Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

ReadNWrite Ad

Sunday, April 14, 2013

Teh Tarik bersama YB Kamalanathan di Ladang Great Farm, Sg Jang, Hulu Selangor. (Dikemaskini)

Alhamdulillah! Akhirnya jadi juga saya pergi ke acara ini padahal dah terlewat sedikit nak berkumpul di 'meetup point'. Namun mujur Zamiel Zukie telefon saya dan mahu menunggu. Maka saya pun terus bersiap dan memandu kereta pergi menuju 'meetup point' baru di Shell selepas Taman Melati.

Sampai saja, terus kami berkonvoi menuju ke Great Farm, Sg.Jang, Hulu Selangor. Dah lama juga tak meronda ke kawasan ini. Memang mencabar bila mengikuti konvoi sebab ada kalanya didalam perjalanan, saya terpaksa memberi ruang kepada kenderaan lain dan tak nampak kereta Mercedes C200 Zamiel memecut laju meninggalkan saya jauh dibelakang. Tetapi bila dapat peluang, saya memotong kembali kenderaan2 lain ini dan kembali berada dibelakang Mercedes C200 itu! :P

Akhirnya sampai juga ke tempat dituju selepas memandu sekian lama melepasi pekan2 lama dan dikiri kanan jalan dipenuhi bendera2 BN, PKR, PAS dan DAP sepanjang perjalanan. Musim pilihanraya kan! Biarlah mereka berkempen bagai nak rak!

Sebaik meninggalkan simpang jalan masuk ke Sg Jang itu maka terpaksa lah melalui jalan tidak berturap dan tidak rata! Lopak2 berair dan lumpur jalan tanah merah menyambut ketibaan kereta2 salun kami dan terhoyong hayang lah saya dan juga kereta2 didepan merasai penangan pergerakan seperti kenderaan pacuan 4 roda masuk ke belantara!
Wira 1.5 Auto yang saya pandu sejak 2001 masih gagah berkuasa mengorak pemanduan menuju destinasi yang belum pernah kami teroka sebelum ini. Di kiri kanan terdapat hutan dan adakalanya kami memandu ditepi sungai. 

Kawasan ini tidak didiami dan masih seperti sediakala. Jalan tanah merah yang berliku liku dan adakalanya berbukit menjadi satu cabaran kepada keupayaan kami sebagai pemandu dan kepada kereta kami yang tidak dicipta untuk masuk ke kawasan seperti ini namun kami tabah memandu perlahan lahan menuju kedalam kawasan ini yang saya dapat tahu kemudian terletak beberapa kilometer dari jalan besar tadi.

Saya dapati beberapa orang asli menunggang motosikal keluar masuk sambil membawa hasil hutan. Saya nampak seorang sedang membawa akar herba aprodisiak Tongkat Ali untuk dijual gamaknya? Teringin juga nak meneroka kawasan perkampongan Orang Asli suatu hari nanti.

Adakalanya kami terpaksa berhenti sekejap memberi laluan kepada lori lori besar yang mengangkut kayu kayan ke sebuah kawasan yang saya kira adalah kilang membuat kayu arang sebab ada serombong yang tinggi menjulang ke langit sentiasa menghamburkan kepulan asap.

Setelah sekian lama memandu masuk ke dalam kawasan yang dikelilingi hutan, akhirnya sampai lah kami ke kawasan ladang Great Farm, yang mengeluarkan Madu Lebah Kelulut. Ladang ini juga mengusahakan ternakan ikan air tawar seperti Ikan Talapia dan keli serta ternakan kambing. Macam macam ada... :)


Uzaidi Udanis ( baju merah didepan sekali memegang Samsung Galaxy Note), salah seorang chifusan Program Teh Tarik bersama YB diantara yang mula mula sampai ke Great Farm.


Pemilik Ladang Great Farm keluar menyambut ketibaan kami. Terasa seronok juga mendengar juruhebah bertugas mengumumkan ketibaan team Teh Tarik bersama YB. :)

Saya terjumpa seorang blogger 'otai' Pro Pakatan Pembangkang yang sekian lama ini saya kenal melalui internet saja iaitu 'Pak Karamu'. Selepas bertegur sapa, kami bergambar untuk kenangan dan bertukar nombor telefon serta alamat emel. Alhamdulillah. 

Walaupun berlawanan dari segi fahaman politik; bagi saya tak jadi masa'alah untuk menjalinkan tali silaturahim sebagai sesama Mukmin dan rakan blogger.

Tidak lama kemudian selepas kami sampai, tibalah YB P.Kamalanathan, mantan Ahli Parlimen BN Hulu Selangor. Saya dan YB Kamalanathan telah berkawan sejak tahun 2010 lagi bilamana saya 'cover' Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang ditandingi beliau. 

YB Kamalanathan menang didalam pilihanraya kecil itu dan berkhidmat dengan cemerlang sehingga tahun ini bilamana Parlimen Malaysia dibubarkan untuk PRU ke 13 ini.

YB Kamalanathan menyapa kami semua dengan mesra dan selepas upacara perasmian acara, kami dibawa pengusaha ladang melihat koloni lebah Kelulut yang bersarang didalam batang batang pokok. Pengusaha ladang Great Farm ini telah memotong batang batang pokok yang dibuat sarang oleh Lebah Kelulut ini dan membawanya ke kawasan berteduh diladang untuk dikutip hasil madunya bila sudah matang.
Saya dapat merasa sendiri madu dari usaha lebah Kelulut ini. Rasanya masam manis dan lebih cair dari madu lebah biasa. Lebah ini tidak menyengat dan membahayakan kita. 
Corong pintu masuk dan keluar Lebah Kelulut ke sarang nya yang dina didalam batang pokok. Begitu hebat dan terperinci kerja serangga kecil ini hasil anugerah Allahu Ta'ala kepada spesis lebah ini.
Sarang lebah Kelulut ini memang nampak ganjil dan luarbiasa. Seperti menyaksikan satu benda yang bukan dari bumi ini. Macam imej sesuatu dari cerita sains fiksyen. Alien....

Sebelum ini semasa dikampong, pernah juga melihat lebah jenis ini tetapi tidak pernah saya melihat kepompong simpanan madunya seperti ditunjukkan oleh pengusaha ladang Great Farm buat pertama kalinya ini. Terimakasih tuan.
Sesudah melawat kawasan lebah kelulut ini, kami di jamu dengan nasi kampong. Lauk masak lemak nangka dan ikan keli serta sambal belacan. Saya makan nasi putih berlaukkan gulai nangka masak lemak dan sambal belacan sahaja. Saya tak suka makan ikan darat seperti keli. 
Selepas itu kami beredar ke kawasan kolam ikan dimana se-ekor kerbau jantan di bawa pekerja ladang untuk berendam. 

Ada kalanya kerbau jantan itu melawan suruhan pekerja Bangladesh itu dan enggan untuk turun masuk ke kolam. Hahahaha. Gempar juga sekejap bilamana nampak seperti kerbau perkasa itu mahu mengamuk. 
Tetapi setelah diherdik dan ditampar bontotnya secara kuat oleh si pekerja Bangladeshi itu, akhirnya kerbau itu mengalah dan turun ke kolam. 

Yang jadi kelakarnya sebelum ia turun, ia memberut terlebih dahulu. Tak jadi aku nak bergambar dengan kerbau yang tengah melepas! Hahahahaha...


Rupa produk Madu Lebah Kelulut keluaran Ladang Great Farm ini. RM80 sebotol. Agak mahal tetapi bila difikirkan akan kerja kerja yang diperlukan untuk menuai hasil madu ini oleh lebah lebah kelulut yang kecil itu memang amat berpatutan le. Banyak khasiat madu kelulut ini.
Sejurus selepas itu, saya dan rakan rakan peserta Teh Tarik bersama YB dihadiahkan cenderamata berupa sebotol madu lebah Kelulut sebagai kenangan lawatan kami ke ladang Great Farm itu. Sebotol madu lebah Kelulut itu dijual dengan nilai RM80 harga pasaran. 
Sarang madu lebah kelulut. Ganjil dan berlainan sama sekali dengan sarang madu lebah biasa.

Bukan mudah nak dapatkan Madu Kelulut ini. Hanya beberapa pengusaha ternakan lebah kelulut yang ada didalam negara kita.

Matahari sudah meninggi tegak memancar dengan bahang tengahari. Saya terpaksa beredar lalu memohon diri dan selepas bergambar kenangan dengan semua rakan rakan baru dan lama, terus memandu pulang. Saya memilih untuk kembali ke KL melalui Lebuhraya PLUS dan singgah berehat di R&R Sungai Buloh.

Saya selamat kembali ke rumah pada waktu petang. Lawatan ke Ladang Great Farm meninggalkan kenangan indah bersama kawan2 baru dan lama serta dapat bertemu kembali dengan kawan lama saya YB Kamalanathan. Saya mengucapkan 'Selamat Bertanding' kepada YB Kamalanathan dan berharap beliau akan dipilih semula oleh pengundi2 Parlimen Hulu Selangor didalam PRU ke 13 ini pada 5hb Mei 2013.
Pada Zamiel Zukie (gambar di atas) dan Uzaidi Udanis, saya ucapkan ribuan terimakasih dan berharap dapat bersama lagi di lain lain acara yang akan datang. Semoga dipelihara Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan diberikan segala kebaikan dunia dan akhirat untuk kerja2 amal mereka ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Adzayu Hazelin, pelajar jurusan Public Relations & Mass Communication UITM Shah Alam merupakan anak kepada Pakar Lebah Kelulut Ladang Great Farm turut bersama menguruskan program Hari Terbuka ladang agro ini. 

Beliau mempelawa saya untuk turut serta didalam satu acara yang akan beliau adakan tidak lama lagi yang berkaitan dengan pendermaan organ. Insya Allah jika tiada aral melintang, akan saya hadirkan diri kelak.
TAP @ Editor watan-online.com yang turut hadir membuat liputan serta mewawancara YB Kamalanathan berkenaan hal ehwal politik dan PRU ke 13 akan datang ini.

Masih banyak gambar2 dan rakaman video yang perlu saya proses dan siapkan untuk terbitan disini dan di Facebook saya. Insya Allah akan saya kongsikan nanti.
Post a Comment