Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, May 03, 2013

Khalid Ibrahim ~ MB Bengap Kerajaan PKR Negeri Selangor tak faham aduan penduduk Puchong!



Perhatian kepada para pengundi Parlimen 124 Bandar Tun Razak!

Sila tonton rakaman video di atas ini yang menunjukkan dan mendedahkan kebengapan mantan Menteri Besar PKR Kerajaan Negeri Selangor (2008-Mac 2013) yang tidak faham aduan seorang warga tua kaum India penduduk kawasan Puchong tentang apakah yang dibuat Kerajaan Selangor terutamanya pihak berkuasa tempatan yang ternyata tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka seperti menyelenggara sistem perparitan disana dan sebagainya?

Padahal dah terima segala cukai pintu dan sebagainya dari rakyat!

Tengoklah bagaimana punya bengap si Khalid Ibrahim yang lari tajuk dengan sengaja atau disebabkan kebengapan tahap gabannya boleh pusing pula tajuk perbincangan dengan penduduk tua warga Puchong tersebut dengan bertanyakan berapa harga dia (wargatua itu) nak jual rumahnya?

Kerajaan Negeri Selangor boleh beli balik!

@#$%^&! Nak kata bangang nanti ramai yang tuduh kita tak hormat kepada mantan MB Selangor ini! Nak kata bengap, mereka akan kata dia bekas ahli korporat yang berjaya!

Tetapi nampak sangat bahawa si Khalid Ibrahim ini yang kini dengan tidak ada sedikit pun rasa segan atau malu mahu juga nak bertanding sekali lagi sebagai calon PKR di Parlimen P124 - Bandar Tun Razak yang dia ABAIKAN SELAMA 5 TAHUN yang lalu sahih TIDAK FAHAM SOALAN PENDUDUK???

Apakah tuan puan para pengundi Parlimen P124 Bandar Tun Razak sanggup nak berwakilkan orang seperti ini?

Sah sah makan GAJI BUTA beb! 

Tak payah lah buang masa dengan orang bengap tak leh harap seperti Khalid Ibrahim ini.

Sejak sekian lama Bandar Tun Razak dibangunkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan lengkap dengan prasarana-nya!

Sejak si Khalid Ibrahim ini menang didalam PRU le 12 kerana undi undi protes kami terhadap kepimpinan lemah PM ke5 Abdullah Ahmad Badawi, tak ada apa yang si Khalid ini lakukan untuk kami penduduk Parlimen P124 Bandar Tun Razak!

Tak ada apa pun faedah yang kami dapat dari dia!

PRU ke13 ini, pastikan Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat peluang untuk kencingkan para penduduk Parlimen P124 Bandar Tun Razak sekali lagi!

Satu pesanan saya kepada para peraih undi bagi Barisan Nasional Bandar Tun Razak!

Tolong jangan hantar orang orang yang tidak ada keupayaan berinteraksi secara sopan santun dan bijaksana dengan para pengundi di hadapan pusat pusat pengundian yang ditetapkan.

Biar senyum selalu dan mesra dengan orang awam. Edarkan minuman air mineral secara percuma kepada orang2 awam dan petugas petugas yang ada.

Rendahkan diri. Jangan jadi sombong bodoh! Jangan dok merokok secara taiko depan orang ramai.



Jika tak mampu berbuat begitu tolong jangan berada disana.

Pergi duduk jauh jauh. Biar para pengundi mengundi dengan tenang dan penuh iltizam untuk tidak tersilap kali ini.

Jika petugas dan peraih undi BN terutamanya para pemuda dan pemudi UMNO tak faham cara nak menawan hati rakyat, tolong jangan berada disana.

Belajar dari pengalaman lalu. Ada saya terbitkan laporan saya semasa PRU12 dahulu disini

Saya undi PKR di PRU12 itu sebab sikap kurang ajar peraih undi BN yang didalam gambar dibawah ini!

Wallahi! Saya geram dengan sikap tak hormat orang awam yang ditunjukkan si polan ini! Jangan main main dengan kami para pengundi dan terutama dengan blogger beb! 

Kami tak hairan dengan mana mana ahli politik, syeh! Apatah lagi dengan orang orang seperti ini!!!


Tengok lah dan kenal pasti siapa dia yang membuatkan ramai dari kami undi Khalid mangkok hayon itu sebab tak puas hati dengan sikap peraih undi BN pada hari itu!

SIKAP DIA INI YANG MEMBUATKAN KAMI UNDI PKR!!! 

MAHU KALAH LAGI KE???

BELAJAR HORMAT ORANG JIKA NAK BERJAYA DALAM POLITIK ATAU PUN HIDUP! 

ZAMAN GERAK GEMPUR BEGITU BEGINI TERNYATA GAGAL, KAN?

Bak kata cucu saudara saya, Amir Rafiq : 'Be Humble!'

Kepada para pengundi yang budiman dan waras fikiran, 

Undilah calon BN Tan Kok Eng demi mendapatkan semula arus kemajuan bagi kawasan parlimen kita di Bandar Tun Razak dan persekitarannya!

Insya Allah!

Post a Comment