Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 16, 2013

Najib Politikus Hebat? Pengerusi Lembaga2 Sekolah Mubaligh Kristian dilantik Timb.Menteri Pelajaran II Kabinet 2013-2017

Apakah rahsia atau sebab musabab PM Dato Seri Haji Mohd Najib Tun Razak melantik YB Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran II ?

Apakah PM Dato Seri Haji Mohd Najib tidak sedar bahawa YB Mary Yap Kain Ching ini adalah :
  • Pengerusi Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia (FCCMSM)
  • Pengerusi Lembaga Pendidikan Dioses Anglikan Sabah ( Sabah Anglican Diocese of Education )
  • Pengerusi Majlis Sekolah Kristian Mubaligh Sabah ( Sabah Council of Christian Mission Schools )
Didalam kekalutan pelbagai kes2 melibatkan pergerakan evangelis Kristian melakukan usaha2 untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia ini dengan agenda2 halus indoktrinisasi kefahaman Kristian kepada masyarakat Melayu yang mudah terpengaruh dengan ajaran2 kuffar ini, PM Dato Seri Haji Mohd Najib Tun Razak boleh pula pergi melantik Pengerusi pelbagai macam lembaga Kristian di Sabah dan seluruh Malaysia ini sebagai Timbalan Menteri Pelajaran II!

Tak habis lagi kalut dengan isu penggunaan Kalimah Allah oleh pihak Gereja Kristian untuk Tuhan Trinitas (3 dalam 1) mereka, Najib pula buat hal dengan melantik Pengerusi pelbagai macam Lembaga Sekolah2 Mubaligh Kristian jadi Timbalan Menteri Pelajaran II Malaysia!


Jenoh lah Presiden Persatuan Peguam2 Muslim Malaysia, Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar (gambar) terpaksa bangun membantah sekali lagi! Penat tau kawan tu terpaksa bekerja keras untuk memantau dan membanteras penularan serangan2 Kristian terhadap akidah umat Islam Malaysia secara berterusan sekain lama ini!

JAKIM dan segala Jabatan serta Majlis2 Agama dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri di kekang dengan pelbagai macam kerenah birokrasi dan membantutkan usaha mereka didalam mengekang pengaruh Kristian ini yang mempunyai sokongan dana yang melimpah ruah dari pelbagai pertubuhan2 Kristian dari serata dunia amnya dan khususnya dari Amerika Syarikat, UK dan Jerman.

Sekarang Najib menambah satu lagi masaalah kepada persatuan2 dan pertubuhan2 PEMBELA Islam diMalaysia dengan melantik seorang yang terang terang menjadi kepala pertubuhan2 mubaligh Kristian untuk menjadi Timbalan Menteri Pelajaran kita walaupun yang bernombor 2!

Buang tabi'at ke Dato Seri?

Ini sudah seperti menjemput ketua serigala menjadi pengawal biri biri!


Bolehkah Najib menjamin bahawa YB Mary Yap Kain Ching tak akan sekali kali menggunakan kuasa dan kedudukan nya sebagai seorang Timbalan Menteri Pelajaran II untuk membantu mana mana usaha para mubaligh Kristian didalam meneruskan agenda evangelis mereka di dalam sistem pendidikan negara ini?

Lihat sahaja usaha mereka untuk menggunapakai perkataan 'ALLAH' sebagai gantinama bagi Tuhan Trinitas (3 dalam 1) mereka didalam penerbitan gereja:

Perkara melantik pemimpin bukan Islam bagi mentadbir urusan2 pendidikan bagi seluruh tanahair ini bukan suatu perkara kecil. 

Timbalan Menteri Pelajaran III YB Kamalanathan A/L Panchanathan dari MIC terkenal sebagai seorang yang neutral dan seorang Ahli Parlimen bagi Parlimen Hulu Selangor yang berkhidmat dengan cemerlang kepada semua. 

Tak ada sebarang risiko dengan perlantikan beliau ke jawatan Timbalan Menteri Pelajaran III. Saya kenal secara peribadi akan YB Kamalanathan dan boleh menjamin akan ketelusan beliau. Insya Allah.

Tetapi bab Mary Yap ini menggusarkan saya dan saya percaya rakan2 saya didalam pergerakan2 PEMBELA Islam berfikiran serupa.

Apakah nasi sudah menjadi bubur didalam perlantikan ini?

Dapatkah Perdana Menteri memberi jaminan bahawa segala tindak tanduk Timbalan Menteri Pelajaran II yang dilantik beliau ini TIDAK AKAN MENGGANGGU GUGAT HAL EHWAL para pelajar seMalaysia yang beragama Islam selama tempoh perkhidmatan nya selama 5 tahun akan datang ini???

Ini soalan2 yang sedang bermain dikepala kami....
Post a Comment