Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, May 05, 2013

PDRM berjaya menumpaskan cubaan konvoi Malaysian Spring Pakatan Pembangkang menuju ke Putrajaya!

Bilamana saya terbaca laporan blog flyingkick.blogspot.com bahawa ada satu konvoi kenderaan2 yang membawa panji2 Kalimah Syahadah berwarna putih menuju ke Putrajaya dari arah Perak dan Johor, saya pun segera menghubungi pegawai tertinggi PDRM di Bukit Aman untuk melaporkan perkara ini.

Pegawai tertinggi PDRM tersebut mengesahkan bahawa pasukan Polis Di-Raja Malaysia telah berjaya memintas dan menahan sekelian kenderaan2 terbabit dan cubaan puak puak pembangkang untuk mencetuskan 'Malaysian Spring' diPutrajaya telah dicantas dengan segera tanpa tumpahan darah setakat ini.

Laporan tersebut juga saya kirimkan kepada pihak Kementerian Pertahanan untuk tindakan segera bagi memastikan negara kita kekal aman sentosa tanpa sebarang kekacauan angkara pihak pihak durjana yang ingin merampas kuasa dengan cara menggunakan kekerasan seperti apa yang telah berlaku di Mesir, Tunisia dan kini Syria!

Saya menyeru sekelian rakyat Malaysia yang mencintai keamanan untuk bersama sama membantu pihak berkuasa kita memelihara tanahair tercinta ini dari jatuh ke tangan musuh2 kita baik dari dalam mahu pun luar negeri atau negara!

Bersatu kita teguh menjaga kedaulatan dan kemakmuran Malaysia! Insya Allah!

Sebarang cubaan untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia yang baru kita lantik melalui undian kita pada hari ini adalah satu penderhakaan yang patut di adili dan dihukum dengan tegas menurut peruntukan undang undang Perlembagaan Malaysia yang sedia ada sementara kita berusaha agar Syariah Allah yang sebenarnya ditegakkan di bumi bertuah ini. 

Insya Allah!
Post a Comment