Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, May 03, 2013

Sidang Media PEMBELA ~ Tan Sri Zaman Khan ~ Dato Hassan Ali ~ Isu Doa Kristian Jerusalem



Semua umat Islam seMalaysia patut tonton video ini untuk mengetahui tentang Perancangan Kristian & Yahudi Antarabangsa untuk mencampuri urusan dalaman negara kita dengan merancang supaya Malaysia diperintah Pakatan Pembangkang yang terdiri dari DAP-PKR-PAS!

DAP yang akan menentukan dasar Kerajaan Malaysia SEKIRANYA mereka berjaya merampas kuasa dari Barisan Nasional yang diterajui UMNO, MCA, MIC dan lain lain parti komponen yang terdiri dari pelbagai kaum yang terdapat didalam tanahair kita!

PKR tak ada masaalah untuk menggadaikan sebarang hak Bumiputera Melayu atau melupuskan kuasa Sultan2 dan Raja Melayu demi memenuhi cita cita politik Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tak kira apa saja kosnya!

PAS pula sanggup menggadaikan agenda utama parti mereka yang dahulunya adalah untuk menegakkan negara Islam tetapi hari ini semua itu dah hilang, tinggal alasan sahaja. Mereka sanggup berpakat dengan Syaitan demi untuk menjatuhkan kuasa Barisan Nasional yang diterajui UMNO, saudara sebangsa dan seagama dengan kebanyakan ahli PAS semata mata untuk menguasai Putrajaya!

Jika kita lihat dibawah ini, Pakatan Pembangkang ini lebih kuat kronisma dan nepotisma mereka!

Setiap kali program berita di TV disiarkan, ada sahaja cawangan PAS dan PKR dibubarkan sebab ahli ahli parti berkenaan tidak puas hati dan merasa diri diperkudakan mereka ini!


Saya tidak hairan dengan segala perancangan Kuffar ini yang memang dari dahulu lagi sudah menghantar pelbagai macam delegasi mubaligh mereka ke negara kita didalam misi mereka memurtadkan umat Islam Malaysia dengan kaedah bantuan kewangan, perkhidmatan sukarela yang berselindung disebalik pertubuhan2 dan persatuan2 NGO didalam negara kita.


Yang menjadi sesalan tak sudah saya adalah kenapa PAS yang pernah beriya-iya hendak mendaulatkan Islam boleh pusing 180 darjah dan berpakat dengan musuh Islam # 1 di Malaysia yakni DAP!
DAP ni yang diterajui Karpal Singh dan Lim Kit Siang serta anaknya Lim Guan Eng dari dahulu lagi tegar menentang sebarang usaha pihak berkuasa negara kita untuk memartabatkan Islam sebagai asas perundangan utama bagi Malaysia!

Saya ingin menyeru setiap umat Islam yang sayangkan Agama-Bangsa-Negara untuk memastikan tidak mengundi mana mana calon selain calon BN!

Ingat! Silap mengundi, kita bakal kehilangan kedaulatan Ad Deenul Islam, hak hak sebagai pendokong Kesultanan Melayu dan negara kita yang akan dijajah oleh Yahudi dan Nasara melalui pencacai pencacai mereka di-dalam Pakatan Pembangkang!!! 

Na'uzubillahiminzalik!!!!

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkan lah negara kami ini dari musuh musuh kami dan juga Mu Ya Rahman!

Amin Ya Rabbal Alamin!
Post a Comment