Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, June 04, 2013

S.Shamsudin kembali ke Rahmatullah! Al-Fatihah!

Allahyarham S.Shamsuddin
Pelakon komedi siri Bujang Lapok era zaman kegemilangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang terkenal, S.Shamsuddin @ Shamsuddin bin Dali dilaporkan telah meninggal dunia di National University Hospital di Singapura hari ini.
Allahyarham S.Shamsuddin (tengah)

Allahyarham S.Shamsuddin adalah diantara 3 pelakon hebat dizaman kegemilangan filem hitam putih Melayu tahun 50an-60an dimana arwah berlakon bersama sama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Dato Aziz Sattar.

Filem2 komedi siri Bujang Lapok lakonan mereka bertiga masih popular sampai ke hari ini. 

Salah satu adegan dari filem Seniman Bujang Lapok :



Kitar semula zaman P.Ramlee :



S.Shamsuddin enter frame dalam shooting :


Screen test didalam Seniman Bujang Lapok :



Jampi Mambang didalam Pendekar Bujang Lapok :



Encik! Sound dia rosak! :



Allahyarham S.Shamsuddin dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1hb Januari 1929. Beliau mula berlakon pada tahun 1950 didalam filem Aloha selepas diberikan peluang oleh pengarah Balden Singh Rajhans

Allahyarham S.Shamsuddin telah mula bekerja di studio Malay Films Productions di Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1948 selepas melawat studio filem terkenal itu untuk melihat bagaimana penggambaran filem di jalankan?

Peristiwa ia melawat studio filem termasyhur itu mungkin menjadi ilham Tan Sri P.Ramlee bila di abadikan didalam jalan cerita filem 'Seniman Bujang Lapok' lakonan arwah bersama trio komedi mereka.

Senarai filem lakonan arwah S.Shamsuddin :
YearTitle
1950Aloha
1951Sejoli
1952Aladdin
1952Sedarah
1953Istana Impian
1954Panggilan Pulau
1955Abu Hassan Pencuri
1956Hang Tuah
1956Panca Delima (1956)
1957Bujang Lapok (1957 - Sudin)
1958Kaki Kuda
1958Sarjan Hassan
1959Pendekar Bujang Lapok (1959 - Sudin)
1959Nujum pak belalang (1959 - Nyawa, Penjahat No. 2)
1960Antara Dua Darjat
1961Ali Baba Bujang lapok (1961 - Kassim Baba)
1961Seniman Bujang Lapok (1961 - Sudin)
1962Siti Muslihat
1963Nasib Si Labu Labi
1964Bidasari
1964Mambang Moden
1964Tiga Abdul (1964 - Pencerita)
1969Filem Ibulah Shorga [1969]
1981Dia Ibuku
1979Tuan Badul
1981Setinggan
1981Penyamun Tarbus
1986Bujang Lapok Kembali Daa
2005Pontianak Harum Sundal Malam 2
2007Budak Lapok
2010Eee...Hantu!!!!!
Sumber

Rakan rakan zaman filem P.Ramlee menziarahi S.Shamsuddin semasa arwah sakit di Singapura.

Kehilangan S.Shamsuddin amatlah terasa. Semoga arwah tenang di Alam Barzakh bersama sama dengan mereka yang di redhai Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Amin.

Al Fatihah!

Tinggal Dato Aziz Sattar je yang masih hidup dari trio Bujang Lapok kebanggaan kita serantau. Semoga dipanjangkan usia beliau dan dikurniakan kesihatan serta kemurahan rezeki baginya. Amin.



Post a Comment