Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, August 04, 2013

Courts Malaysia pula berani menghina Islam! Apakah DAP atau UMNO punca kepada semua ini???



Di Akhirul Zaman ini, semakin lama semakin galak pula puak puak yang menggunapakai kaedah kaedah perniagaan yang tidak diteliti dari segi hukum hakam keagamaan didalam kempen kempen pengiklanan mereka.

Baru baru ini kita semua terkejut dengan tindakan bodoh sebuah kompleks perniagaan melekatkan iklan promosi jualan sempena bulan Ramadhan nan mulia ini dengan memaparkan latarbelakang masjid dilantai kompleks tersebut! 

Ini adalah satu perbuatan yang salah dari sisi agama dan melanggar keharmonian kaum di Malaysia kerana orangramai berjalan diatas stiker promosi itu sekaligus memijak lambang masjid yang menjadi rumah ibadah umat Islam menyembah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Bayangkan bantahan yang akan dilakukan puak Kaffir didalam negara ini jika perkara sama dilakukan terhadap lambang rumah rumah ibadat mereka? Stiker itu memaparkan kuil, tokong, gereja atau gurdwara pula? Mahu tak mereka mengamuk? Dari pengamatan saya kemungkinan itu terlalu tinggi!

Bilamana puak kaffir DAP dibiarkan menghina ahli ahli parlimen negeri Perak yang terdiri dari seorang wanita Cina dan 2 orang Melayu beragama Islam dengan tidak ada sebarang tindakan undang2 keatas mereka, ini membuat mereka merasa diri kebal dan semakin besar kepala! 
Lim Kit Siang dan Nga Kor Ming dari DAP memijak poster ahli parlimen Melayu Perak
Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng memijak poster ahli parlimen Melayu Perak
Perbuatan menghina pemimpin politik Melayu oleh kaum Cina Kaffir Harbi didalam DAP ini berlaku sebab sudah hilangnya rasa gerun mereka terhadap kepimpinan politik Melayu di tanahair ini.

Dengan beralihnya pemerintahan Kerajaan Pusat dari Perdana Menteri ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2003 kepada Tun Abdullah Badawi, zaman kelemahan pentadbiran pemimpin Melayu bermula dan kaum Cina DAP mula tumbuh tanduk dan mengasak Kerajaan Barisan Nasional setelah Abdullah Badawi membuka ruang dan peluang kepada pembangkang dengan merungkai segala Akta2 dan Undang2 Pencegahan yang telah lama mengekang kerja2 anti kerajaan oleh musuh2 negara ini.

Pemikir dan Politikus Melayu seperti Allahyarham Prof. Dato Dr. Zulkifli Mohamad (1927-1964) telah lama memperingatkan orang orang Melayu supaya berwaspada didalam mentadbir negara agar tidak kecundang di arena politik semasa dengan bersikap lemah terhadap kaum pendatang.



Makanya perbuatan menghina Islam menjadi turutan kepada penghinaan kaffir terhadap pemimpin Melayu Muslim Malaysia pula! Selepas BN kalah teruk didalam PRU ke 12 dan hilang 4 buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu kepada Pakatan Pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor selain Kelantan yang kekal di tangan PAS, Cina DAP semakin angkuh dan besar kepala!

Mereka mula berani menunjukkan sikap anti-kerajaan dan anti-Melayu secara terang terang!
Nga Kor Ming pemimpin DAP Perak bersama ahli ahli partinya menunjukkan isyarat tidak suka dengan usaha Dato Seri Najib Tun Razak , Perdana Menteri sekarang yang cuba untuk menyatukan rakyat dibawah kempen 1Malaysia nya.



Teresa Kok, seorang ahli parlimen DAP kawasan Parlimen Seputeh terang terang melancarkan kempen anti tulisan Jawi di kawasan parlimen nya! Tulisan Jawi adalah tulisan yang diwarisi orang2 Melayu zaman berzaman malah semasa penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris kembali, tulisan itu masih digunapakai segala pentadbiran kerajaan2 itu diperingkat negeri dan persekutuan.



Dia berkempen untuk menukar segala papantanda di kawasan parlimen nya dan juga kawasan kawasan dibawah perwakilan DAP seperti dibawah ini:


Segala perancangan kaum kaffirin di negara ini dibiarkan begitu saja oleh pentadbiran lemah Melayu diperingkat pusat. Sementara itu, kita dapat mengetahui strategi pemimpin DAP seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dibocorkan oleh salah seorang ahli laman web peribadinya:
Sila klik ke atas imej untuk membaca dengan jelas.


Saya percaya paparan skrin ini asli. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau tidak.

Bilamana pemimpin BN seperti Abdullah Badawi dan Najib Razak melakukan eksperimen untuk menawan hati Cina dengan memberi muka kepada mereka, maka natijahnya adalah para belia penyokong politik anti-kerajaan pula naik lemak dan mula bertindak terlalu biadap dengan melakukan segala macam provokasi terhadap kepimpinan lemah Melayu sekarang!


Kalau zaman dahulu mak bapak pelajar biadap seperti ini akan marah terhadap anak mereka yang kurang ajar terhadap pemimpin negara, tetapi zaman sekarang ini siap di peluk cium pula oleh ibubapa yang kurang peka terhadap natijah membenarkan anak mereka jadi kurang ajar sebegini!


Melihat kebiadapan pelajar Melayu terhadap pemimpin Melayu sendiri maka gadis Cina penyokong DAP ini tumpang sekaki menginjak poster pemimpin tertinggi negara!

Walaupun saya sendiri tidak gemar dengan Najib Razak diatas kelemahan pentadbiran-nya , tak akan saya menghina Najib dengan cara begini. Ini sudah kepalang kurang ajar !!!

Punca kepada segala pencercaan dan penghinaan terhadap pemerintah Melayu ini adalah Bapak Kepada Segala Cauvinis DAP Cina Kaffir Harbi ini :



Selagi dia masih bernyawa, Melayu akan terus di asak berterusan oleh anak beranaknya dan juga oleh puak puak pencacai penyokong agenda Malaysian Malaysia nya yang bertujuan menghapuskan kedudukan dan kuasa orang orang Melayu ke atas tanahair mereka sendiri!

Lim Kit Siang menjadi begitu berani sebab disokong oleh peguam Sikh ini ~ Karpal Singh a/l Ram Singh!


Karpal Singh semberono saja mencabar orang orang Melayu untuk melangkah mayat dia jika hendak menubuhkan sebuah negara Islam didalam ertikata sebenarnya di Tanah Melayu ini!!!
Cabaran ini dilaungkan Karpal pada tahun 1990 semasa kempen pilihanraya di dewan orangramai Pasar Batu Lancang, Pulau Pinang. Saya ada dikalangan orang awam yang menyaksikan perbuatan Karpal semasa itu.

9 tahun saya berdendam dengan Karpal Singh. Sembilan tahun juga tak ada seorang pun para pembesar Melayu berani berbuat apa apa pada peguam Sikh ini.

Tak ada seorang pun dari 9 Raja dan Sultan2 Melayu yang dikatakan Ketua Agama Islam membantah walau sedehem terhadap cabaran Karpal Singh! 

Tetapi hakikatnya, Karpal bebas selama itu untuk terus membina kekuatan mengasak ketuanan Melayu di tanah semenanjung ini sebab Melayu seolah kena Sindrom Si-Luncai! Di biarkan.. di biarkan!

Pada tahun 1999, setahun selepas Anwar Ibrahim dipecat Tun Dr Mahathir dari jawatan nya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan segala jawatan jawatan kerajaan, DAP dengan PAS dan Keadilan telah mengadakan sebuah forum di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Forum itu bertajuk Forum Keadilan. Dendam yang tersimpan selama 9 tahun dibenak fikiran saya akhirnya mendapat ruang dan peluang untuk berdiri dihadapan Karpal Singh menyoalnya tentang kenyataan Karpal mencabar umat Islam untuk melangkah mayatnya jika berani mahu menegakkan syiar Islam di bumi bertuah ini!

Karpal mengaku bahawa ia telah berkata demikian. Didalam suasana mahu menjalinkan perpaduan diantara DAP, PAS dan KEADILAN, peguam veteran itu meminta maaf jika kenyataannya telah menyinggung perasaan umat Islam negara ini!

Bagi saya, Syukur Alhamdulillah! Jiwa saya redha bahawa akhirnya dapat juga saya memaksa Karpal Singh meminta maaf diatas keceluparannya terhadap kita tetapi seperti biasa media nasional tidak memperbesarkan permohonan maaf Karpal itu dan cuma akhbar The Star menyiarkan berita tersebut didalam mukasurat dalaman akhbar itu pada hari berikutnya!

Utusan Malaysia dan Berita Harian? Entah lah! Tak saya dengar akan media tersebut menyiarkannya. Bila media Melayu gagal mengambil kesempatan menyiarkan permohonan maaf Karpal itu di muka hadapan akhbar mereka maka peluang untuk mencantas ego DAP terlepas dengan sia sia.

Macam manalah dia dan segala pemimpin DAP tak tumbuh tanduk dan keluar taring bila para pemimpin dan penguasa penguasa Melayu tidak berani walau untuk mencuit Karpal yang sesudah mencabar umat Islam seMalaysia terpaksa berkerusi roda setelah terlibat didalam satu kemalangan jalanraya dihadapan rumahnya!

Tulah Ilahi? Wallahu'alam!

Hari ini Karpal masih terus degil mengancam sesiapa sahaja yang cuba cuba bercakap tentang negara Islam. Hatta dia telah menundukkan pucuk pimpinan tertinggi PAS dari meneruskan agenda utama perjuangan mereka hendak mendirikan sebuah Daulah Islamiyyah dengan mengalah kepada mahu menubuhkan sebuah negara berkebajikan JIKA mereka diberi peluang berkuasa!





Mahu tidak mahu kita kena tabik peguam DAP ini di atas kekerasan hatinya untuk terus menjadi batu penghalang utama kepada kelemahan orang orang Melayu di Malaysia ini dengan impian Daulah Islamiyyah mereka!

Karpal seorang musuh yang konsisten. Tetap menentang kita walau apa sekalipun. Didalam medan perang, musuh sebegini dihormati para pejuang Islam sebab tetap jatidirinya. Salahudin Al Ayyubi menghormati pendirian King Richard the Lionheart di atas ketetapan dirinya untuk menentang tentera tentera Muslimin secara budiman di medan perang. Karpal adalah sebegitu!


Beberapa tahun yang lepas saya bertemu secara kebetulan dengan Karpal Singh di perkarangan Bangunan Parlimen selepas menghadiri satu sesi perbincangan diantara kami Blogger2 Muslim dengan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim Kedah Dato Zulkifli Noordin berkenaan satu program bersama.

Bila saya bertanya samada Karpal kenal saya lagi ke tidak, beliau menjawab ya! Walaupun secara dasarnya saya menentang Karpal yang masih diatas pendirian anti-Islam nya, Islam mengajar saya untuk berbudi bahasa terhadap seteru kita. Maka saya tidak ada sebarang rasa takabur untuk angkuh enggan bergambar bersamanya. Begitu juga dengan rakan rakan saya yang turut hadir pada hari itu. 



Saksikan gambar kami dengan musuh utama # 2 kepada cita cita 
Melayu hendak hidup didalam sebuah negara yang bertunjangkan kepada Syariah Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang sebenar bukan apa yang dikatakan Perundangan Syarie Malaysia hari ini!



Berbalik kepada soalan saya di tajuk artikel ini.

Siapakah yang berkuasa ke atas Courts Mammoth Berhad? 

Didalam carian saya berkaitan syarikat ini dilaman Bursa Saham Malaysia saya dapati laporan ini

Pengerusi nya dipaparkan sebagai Dato' Ahmad Johari bin [Tun] Abdul Razak. Manakalanya CEO dan Managing Directornya dikatakan James Edward Friel. 



Biar betul? Apakah Pengerusi Courts Mammoth Berhad ini adalah saudara kandung Presiden UMNO sekarang Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak?

Makanya duhai NGO2 Islam yang tak puashati dengan penggunaan Kalimah Syahadah berbentuk bulan sabit mengelilingi harga tawaran di iklan iklan syarikat komersial tersebut, apakah kalian berani bersemuka dengan PM ke 6/7 Malaysia sekarang sebab adik Najib empunya syarikat yang telah menghina Islam ataupun kemarahan anda akan menghadapi kesentapan semangat???

Permintaan tuan tuan meminta YB Dato Seri Mejar Jeneral [B] Jamil Khir Baharom [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam ~ JAKIM) untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Bersama dengan [Biro Agama] Kementerian Dalam Negeri dibawah YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menangani kes ini mungkin menghadapi dinding protokol sebab ada kepentingan peribadi saudara kandung PM Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri!

Tuan tuan nak buat macamana?

Dekat dekat dengan Perhimpunan Agung UMNO ni, apa tuan tuan yakin kedua Menteri Kabinet Najib Tun Razak berkenaan akan sanggup untuk menurut permintaan kalian atau memorandum tuan tuan akan cuma dilitupi debu dan habuk dimeja setiausaha setiausaha politik berkaitan?

Sendiri mau ingat aa...

Mungkin ada di antara pembaca yang menyoal saya akan apa pula kaitan UMNO dengan kerja kerja penghinaan sang kaffir terhadap Islam dan secara tidak langsung terhadap kepimpinan Melayu di Malaysia ini?

Ada banyak puncanya.

Boleh saya bertanya tuan puan akan mana satu parti politik yang menjadi teraju utama kepada Barisan Nasional yang memerintah di peringkat Kerajaan Persekutuan Malaysia sekarang dan sekian lama ini?

Apakah bukan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu [PEKEMBAR] atau UMNO [United Malays National Organisation]???

Lihat saja keputusan yang diperolehi parti komponen BN didalam PRU ke 13:


UMNO menang 88 kerusi Parlimen selepas bertanding di 121 kawasan manakala MCA yang bertanding di 37 kawasan Parlimen cuma menang 7 kerusi sahaja sementara MIC hanya mendapat 4 kerusi Parlimen selepas bertanding di 9 kawasan Parlimen. PBB dan PRS menang setiap kerusi parlimen yang mereka bertanding berbanding MCA dan MIC.

Jadi didalam Kerajaan Barisan Nasional sekarang perwakilan UMNO melebihi kesekelian parti komponen BN yang lain. Kesemua Ahli Parlimen UMNO beragama Islam. Mereka mewakili suara ummah didalam Kerajaan Persekutuan.

Sepatutnya didalam UMNO itu sendiri, BIRO AGAMA patut diberikan platform yang mantap untuk memantau setiap hal ehwal yang berkaitan dengan apa sahaja yang melibatkan maruah dan martabat Islam didalam negara ini. 

Tetapi..

Jika anda seorang pengkaji atau pemantau politik tanahair ini, anda mungkin sedar bahawa ruang dan peluang bagi mana mana ahli atau pemimpin tinggi UMNO untuk memperjuangkan Islam dan hak hak Melayu didalam ertikata sebenar benarnya amat lah terhad!

Barangsiapa yang cuba untuk menjadi juara Islam dan Warisan Pusaka Melayu didalam Parti Kebangsaan Melayu Bersatu [PEKEMBAR] atau UMNO [United Malays National Organisation] pasti kecundang.

Apatah lagi jika Melayu berketurunan India Muslim? Walau bersemangat macamana pun didalam memperjuangkan hak hak Melayu didalam peringkat tertinggi sekalipun, pasti akan menghadapi 'firewall dalaman' UMNO!

Susah puak puak ni nak berubah sebab golongan elit didalam UMNO empunya gaya hidup yang tidak selaras dengan tuntutan sebenar Syariah Allahu Rabbul Alamin.

Jangan bersoal pula tentang kemewahan hidup terlampau lampau pihak Kesultanan Melayu sebab sudah masuk kawasan larangan. 

Sepatutnya kezuhudan dan kesederhanaan menjadi amalan disebalik tembok tembok dan pagar pagar istana tetapi disebabkan ketandusan pemimpin Melayu yang benar benar berjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair, kita terpaksa terkebil kebil melihat satu demi satu sistem ketahanan ketuanan dan kedudukan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini dihakis oleh DAP yang dibantu PAS dan PKR dari sehari demi sehari.

Sementara itu hiburkan lah hati tuan puan dengan sajian hiburan sepanjang zaman yang tetap dijadikan matlamat utama segala sistem penyiaran tanahair ini yang turut menyumbang kepada kehancuran warisan dan kebudayaan Melayu apatah lagi dengan kemunculan genre baru ullamak tanahair ini yang sudah beralih menjadi superstar dengan memetik gitar karan dalam masjid atau dperkarangannya menarik ratusan ribu penyokong memenuhi padang seolah olah beriman dan tawadhuk gila babun terhadap Rabbul Alamin tetapi kebanyakan nya kesana sebab ostad tu lawak gila syeh!!! :D

Entah lah tuan tuan dan puan puan! Malaysia hari ini semakin kalut sebab para penguasa hanya ajak ajak ayam ke arah mensyumulkan Islam.

Karpal Singh berdehem dari atas kerusi rodanya sahaja sudah cukup untuk menyentapkan kembali mana mana sesungut 'pemimpin' yang pada awal awalnya berkokok mengalahkan Si Jalak Lenteng yang lazim nya bergelumang najis di bontot!

Nak buat macamana lagi?

Oh Ya! Sebelum saya tamatkan artikel hari ini, sila dengar Tun Dr Mahathir berpesan:



Memang Melayu hari ini sudah lupa! Sejarah Melayu dijajah British dahulu ramai yang sudah lupa bagaimana hinanya Melayu dijadikan kuli oleh Tuan Tuan British!



Hari ini Cina dah berani nak belasah anggota anggota penguatkuasa Majlis Daerah berbangsa Melayu sebab mereka sudah dibiarkan berkuasa memerintah beberapa negeri dan kawasan parlimen kerana terbuai dengan propaganda 'ketuanan rakyat'!



Melayu dah kena hambat di bumi sendiri! Ini realiti semasa! Bukan Drama Minggu Ini!

Mutakhir Polis Di Raja Malaysia sendiri sudah kena serang! 
Itu belum lagi mengambil kira kemunculan puak Syi'ah pula menghuruharakan masyarakat Melayu dengan ajaran ajaran batil mereka!
Kalau kita kata Melayu hari ini dah ada yang buta agama dan lupa adat resam serta pantang tok nenek mereka nanti ada yang terasa sampai ke dalam sum sum tulang beb! 

Saksikan sekeluarga ini pula dengan ucapan Selamat Hari Raya Hanjing kepada anda semua! Gambar ini ehsan TaipingMali.BlogSpot.com


Lim Kit Siang mesti seronok tengok semua ini.

Semakin hari semakin bingai jadinya sebilangan Melayu sementara NGO2 Islam terus membantah bising tentang penghinaan kumpulan itu dan ini terhadap Islam manakala para pemerintah leka dan lalai terhadap tugas dan tanggungjawab mereka terhadap ummah di Malaysia ini!

Jika ada yang bersuara pun cuma seorang dua dikalangan Sultan Melayu. Yang lain masih terus di buai mimpi disiang hari.



Dah mangli gamaknya?
Post a Comment