Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, August 18, 2013

Jin Islam mengajar tentang hakikat Iman kepada penyelidik Alam Spiritual di Indonesia!




Didalam kehidupan kita ini yang terdiri dari hakikat wujudnya kita secara jasad yang zahir dan didalam jasad kita ini terkandung pula ruh kita yang bersifat batiniah menjadikan kita makhluk yang bergelar manusia!

Kita terdedah kepada gejolak hawa nafsu dan kehendak dalaman diri kita yang jika tidak dikendali dengan cermat dan teliti boleh menjerumuskan kita ke dalam lembah hina dan di laknat oleh Allahu Robbul Alamin!

Saya sudah lama menonton akan video yang terpapar di atas dan kagum dengan intipati rakaman produksi 'Dua Dunia' dari Dua Dunia Trans 7, Indonesia yang di siarkan pada 4hb November tahun 2011.

Rakaman segmen ini bertempat di Malang, Jawa Timur. Sesungguhnya bumi negara jiran kita Indonesia adalah bumi yang penuh bersejarah dan tempat dari mana berasalnya kebanyakan perguruan dan madrasah keilmuan Ad Deenul Islam.

Menonton segmen para penyelidik alam ghaib program 'Dua Dunia' berbicara dengan 'Jin Islam' yang menguasai jasad salah seorang perantara didalam bahagian pertengahan sehingga akhir episod ini menyentuh jiwa saya bilamana 'Jin Islam' itu menegur akan mereka yang menemuramah nya kerana cuma bersaksi lisan tentang memahami hakikat 'Bersyahadah'!

Sememangnya tidak ada sesiapa pun dikalangan manusia yang hidup sesudah zaman Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam mahupun Ahlul Bait Baginda serta para Sahabat Nabi Muhammad Khataman Nabiyyi yang boleh mengaku bahawa telah bersaksi akan kerasulan Baginda secara bersemuka dengan Rasul Allah!

Kita semua beriman kepada Allahu Ta'ala hanya semata mata dengan penuh keyakinan kita secara rohani terhadap Ujudnya Allah, Tuhan Maha Pencipta dan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam adalah Utusan Allah kepada sekelian alam.

Makanya jika di ukur dengan lafaz lafaz ucapan 'Jin Islam' didalam video di atas, akan terserlah lah kelemahan ilmu atau kefahaman agama sekelian dari kita yang mungkin akan disoal akan tahap iman dan amalan masing masing?

Didalam Al-Qur'an Al Karim terdapat sebuah surah yang dikhususkan tentang Jin. Surah Al Jinn. Surah ke 72 yang mengandungi 28 ayat. Jin di jadikan Allah daripada api. Malaikat daripada cahaya dan manusia dari segala jenis tanah yang di ambil dari muka bumi ini.

Kita wajib percaya dan beriman dengan Kitab Allah. Secara tak langsung, segala apa yang diperturunkan Allahu Robbul Alamin kepada manusia melalui Malaikat Jibril Alaihis Salam kepada Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam tentang wujudnya makhluk makhluk Allah yang digelar sebagai Jin wajib kita yakin dan percaya selaku seorang yang beriman terhadap Allah!

Walau sehebat mana pun di kalangan kita ini mengaku sudah berpuluh puluh tahun belajar dan mengkaji akan ajaran agama Islam kita ini, sudah pasti akan ada sahaja bab yang belum lagi kita pelajari atau mengetahui.

Manusia adalah ciptaan Allahu Robbul Alamin yang akan disoal dan dipertanggungjawab diatas segala perbuatan dan pekerjaan kita selama hidup dan bernyawa di atas muka bumi ini.

Terserah kepada kita untuk memperbetulkan diri kita ini di hujung hujung usia dan hidupnya kita ini di Yaum al Duniya.

Samada kita nanti ke Syurga atau Neraka Allahu Ta'ala bergantung akan kitab amalan kita dan Syafa'at Nabi Muhammad Sayyidul Mursalin serta Rahmat dan Maghfirah Allah Azza Wa Jalla?

Fikir fikirkan lah!
Post a Comment