Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, August 09, 2013

Salam Aidilfitri Mahaguru58 kepada umat Islam seantero dunia! Beraya dengan kasihsayang!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Laaa ila ha il lal laa hu Akbar! Allahu Akbar wa lillah il hamd!

Syawal menjelang kembali meraikan kemenangan kita umat Islam berjaya menyempurnakan ibadah berpuasa selama sebulan di Ramadhan nan mulia. 

Ramai dikalangan umat Islam di Malaysia ini yang agak keliru tentang bagaimana cara sepatutnya kita merayakan Aidilfitri ini!

Ada yang seumpama jin tarabus terlepas dari kekangan Ramadhan dengan bergumbira bukan kepalang gayanya! 

Bersorak sorai gegak gumpita mengalahkan yang terlepas dari rantai rantai yang mengikat mereka selama sebulan yang sudah! Hai.. lah manusia!

Kita tegor sangat pun nanti ada yang bengkek terasa sampai ke ulu hati nanti. Namun didalam kita bergembira bersama sanak saudara dan sahabat handai, elok lah kita nasihat menasihati di antara satu sama lain dengan penuh berhemah dan menggunakan hikmah!

Jangan lah hendaknya ada dikalangan kita yang bermulut lepas dan menegor tak berlapik dan menyakitkan hati sesama keluarga pada hari kebesaran kita pula!

Kalaupun ada apa apa perkara yang kita tak berkenan atau tak puas hati dengan ahli keluarga, sanak saudara atau sahabat handai kita jangan lah sampai kita tak berhati perut menegor mereka tanpa perlu!

Kita bertandang ke rumah saudara mara untuk menjalinkan hubungan silaturahim bukan nak menambah sakit hati! Betul tak?

Makanya kawan kawan. eloklah kita kawal sedikit lidah tu! 

Ada sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam yang berbunyi," Jika kamu tidak mempunyai sesuatu yang baik untuk disampaikan, maka hendaklah kamu mendiamkan diri. Itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui!'

Sadaqa Rasulullahi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Maka tuan tuan dan puan puan, marilah kita ziarah menziarahi saudara mara dengan penuh kasih sayang dan pertimbangan. Biar lah mereka senang dengan kehadiran kita dan mengenangi lawatan kita dengan penuh kesyukuran dan penghargaan.

Nak sombong ape ke benda Syeikh? Kita ini bakal kembali kepada Allahu Ta'ala pada bila bila masa dari sekarang. Se elok elok nya hendaklah kehadiran kita bersama sama keluarga menjadi saat saat penuh gembira bersama mereka!

Macam keadaan Atok Uncle semalam! Dikerumuni anak anak cucu yang dah begitu rindukan saya! Alhamdulillah!

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Mahaguru58! Maaf Zahir Batin jika ada di dalam nukilan saya ini yang mengguris perasaan, menghiris kalbu dan terasa sampai ke dalam sum sum tulang temulang!

Semoga Syawal ini menjadi permulaan penyambung silaturahim yang terputus atau terjejas angkara takabur dan megah diri yang sebenarnya tidak membawa ke dalam kubor sebagai amalan yang boleh di ambil kira?

Taqabalallahu minkum!


Post a Comment