Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, September 26, 2013

Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi ~ Bukti Keahlian beliau didalam MAYC! Presiden MAYC sekarang penipu?

Sejak Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Kedah mendaftar diri bertanding untuk dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, maka bermula lah serangan politik ke atas peribadi beliau dan di tuduh oleh Presiden MAYC sekarang, Mohd Hazri Mohd Hadzir bahawa Akhramsyah tidak pernah menjadi ahli atau pun pernah mengetuai MAYC!



Akhramsyah sedang sibuk berkempen ke seluruh negara bagi mendapatkan sokongan dari Ketua2 Pemuda Cawangan dan Bahagian UMNO. Makanya beliau tidak mungkin sempat untuk melayan karenah Mohd Hazri, Presiden MAYC sekarang yang sebelum ini tidak ada pula ambil kesah tentang siapa dia Akhramsyah?

Apa sebabnya Hazri dok serang Akhramsyah ni? Ada pertelingkahan antara dia dengan Akhramsyah ke sampai ke tahap mahu repot polis segala menuduh Akhramsyah berbohong tentang keahlian dirinya didalam MAYC dan pernah menjadi Ketua MAYC dulu? Jawapan nya ... Ada!!!

Baca kenyataan2 Akhramsyah dan rakan2 lain beliau didalam MAYC berkata tentang Presiden MAYC sekarang, Mohd Hazri didalam artikel mereka disini.

Akhramsyah tak sempat nak menjelaskan perkara tetapi sahabat blogger saya Din Turtle dah menggigit Hazri balik dengan bukti keahlian dan peranan Akhramsyah baik punyer kat blog sosio-politik hebat beliau disini!

Bagaikan resmi penyu yang dikatakan jika menggigit tak mudah kan melepaskan sasarannya, Din Turtle siap memaparkan segala bukti tentang keahlian Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi siap dengan dokumen berkaitan dan gambarfoto Akhram sekali!!!


Turut di paparkan Blogger Din Turtle adalah alamat blog MAYC Kebangsaan dimana nama Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi begitu kerap terpapar sebagai penyumbang kepada pelbagai perbincangan di blog MAYC berkenaan!

Sila klik disini untuk membaca salah satu artikel berkenaan. 

Didalam kajian saya mengenai kemelut berterusan yang telah berlaku didalam MAYC, saya dapati perselisihan faham peribadi diantara beberapa individu berkenaan terbawa bawa sampai ke hari ini dan terdapat begitu banyak bukti bahawa Akhramsyah Sanusi memang pernah aktif didalam MAYC sejak sekian lama.

Sebagai contoh, ayuh saksikan gambar di bawah ini. Kot kot le Saudara Hazri @ Presiden MAYC sekarang masih tak dapat melihat sosok tubuh pencabar Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO sekarang di sebelah Mantan Perdana Menteri Malaysia ke4, Negarawan Malaysia terbilang, Tun Dr.Mahathir Mohamad, saya sarankan Presiden MAYC sekarang berjumpa Tuan Tabib Mata untuk diperiksa penglihatannya. Hehehehe... Tok Mamu bergurau ni...

Akhramsyah Sanusi #2 dari kiri sebelah Tun Dr Mahathir, Hero Malaysia! 


Ada satu lagi gambar bukti bahawa Akhramsyah Sanusi adalah ahli dan aktif didalam MAYC. Gambar ini semasa MAYC membantu mangsa2 Tsunami didalam program mereka MAYC Global Relief. Bertarikh 16-26 Oktober 2011!


Kot kot le mata tu masih kelabu di selaputi katarak (asli atau disengajakan) makanya sila lah saksikan bahawa Akhramsyah Sanusi yang anda tuduh sebagai seorang penipu sebenarnya sedang berdiri # 6 dari kiri!


Kiri sekali ni siapa aa? Takkan tak kenal? Hehehehe...


Siapa tipu siapa da?

Didalam Al Quranul Karim, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman didalam Surah Al Humazah :


Surat Al-Humazah (The Traducer) - سورة الهمزة

Enlarge Text
Shrink Text
بسم الله الرحمن الرحيم

104:1
Transliteration
Waylun likulli humazatin lumaza
Malay
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

104:2
Transliteration
Allathee jamaAAa malanwaAAaddadah
Malay
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

104:3
Transliteration
Yahsabu anna malahu akhladah
Malay
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

104:4
Transliteration
Kalla layunbathanna fee alhutama
Malay
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

104:5
Transliteration
Wama adraka ma alhutama
Malay
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

104:6
Transliteration
Naru Allahi almooqada
Malay
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

104:7
Transliteration
Allatee tattaliAAu AAalaal-af-ida
Malay
Yang naik menjulang ke hati;

104:8
Transliteration
lnnaha AAalayhim mu/sada
Malay
Sesungguh nya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

104:9
Transliteration
Fee AAamadin mumaddada
Malay
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.


Cuba baca Kenyataan Akhbar MAYC Kebangsaan dibawah ini dimana nama Akhramsyah Sanusi disebut dengan jelas sebagai Presiden MAYC (Sesi 2010-2012):


      KENYATAAN AKHBAR (MAYC)
   
  MAYC KEBANGSAAN MENOLAK SEBARANG USAHA YANG MENGELIRUKAN AHLI-       AHLI MAYC.

1.  Pada hari ini, Ahad, 26 September, 2010, satu “Mesyuarat Agung Tahunan MAYC”  dikatakan diadakan di suatu Dewan di Wisma Belia MAYC.

2.   Ianya secara kononnya, bersandarkan suatu Notis Mesyuarat Agung yang ditandatangani oleh seorang yang bernama Syed Abdul Rahman (SAR), kononnya, beliau adalah Setiausaha Agung MAYC.

3.    SAR memang lah seorang Setiausaha Agung MAYC semenjak dilantik pada tahun 2005, bagaimanapun Perlembagaan MAYC hanya memberikan kuasa kepadanya hanya untuk tempoh dua (2) tahun sahaja.  Kami merujuk kepada Fasal 18 Perlembagaan MAYC.

4. Semenjak tahun 2006 hingga 2010, MAYC Kebangsaan tidak pernah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunannya.

5.   Pada 31 Julai 2010, satu Mesyuarat Agung Tahunan MAYC telah diadakan dan Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi telah dipilih sebagai Presiden MAYC bagi sessi 2010-2012. Ianya telah mendapat liputan yang luas oleh pihak media sendiri. Dan pemilihan-nya amat disenangi oleh kepimpinan utama Negara.

6.   Meskipun terdapat “bantahan” yang mana prosedur bantahan tersebut amat diragui, satu pertemuan antara JK MAYC Kebangsaan 2010-2012 dengan YB Menteri Belia dan Sukan pada 02 September, 2010 (hari Khamis) berkesudahan dengan ditetapkan satu Panel Penyelesaian Pertikaian (PPP) menurut Seksyen 29(2) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta668). Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Dato’ Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Penasihat Undang-undang KBS.

7.    Bagaimanapun tarikh Bicara untuk PPP masih belum ditetapkan oleh pihak ROY.

8.    Kami juga difahamkan bahawa “Mesyuarat Agung Tahunan” yang diadakan pada hari ini hanya dipanggil ahli-ahli yang tertentu dan juga turut dihadiri oleh bukan perwakilan MAYC yang sah.

9.    Kami juga telah disahkan bahawa tiada jemputan hadir Mesyuarat kepada majoriti ahli MAYC melebihi 200 kelab belia berdaftar. Kepimpinan MAYC Negeri dan MAYC Kawasan secara majoritinya juga turut tidak dipanggil.

10. Apa yang sedang berlaku hari ini ialah suatu manifestasi anti - demokrasi yang cuba ditunjukkan kepada masyarakat khususnya golongan belia. Dan sikap sebegini amat ditentang oleh Perlembagaan  Persekutuan.

11.   “Mesyuarat Agung Tahunan” yang hanya memanggil “ahli terpilih (selected members)” sudah pasti akan difahami sebagai “ada sesuatu yang ingin diselindungkan” atau mempunyai tujuan-tujuan yang berniat jahat (malafide).

12. Justeru, kami mempunyai tanggungjawab sosial malah ia sebenarnya suatu tanggungjawab legal untuk menolak sebarang usaha yang cuba mengelirukan ahli-ahli MAYC, khususnya para belia di seluruh Negara.

Oleh dan bagi pihak MAYC Kebangsaan,

AZMI BIN ISMAIL, Naib Presiden MAYC Kebangsaan
AHMAD ANSOR, Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan

Bertarikh 26/09/2010

Posted by Mayc Kebangsaan at 11:55 PM 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nampaknya politik kotor dan penyakit hasad dengki sesama ahli majlis majlis belia adalah lebih kurang sama sahaja dengan politik kebangsaan kita!

Bayangkan lah betapa sesetengah manusia ini sanggup memburukkan sesama Muslim hanya untuk berebut kedudukan duniawi yang sementara ini?

Ini baru di peringkat majlis majlis belia, beb!

Belum lagi di peringkat kekuasaan politik didalam ertikata sebenar. Di peringkat paling bawah sekali adalah di peringkat politik cawangan parti politik. Kemudian nya di peringkat Bahagian.

Kemudian nya di peringkat Negeri. Selepas itu di Bahagian Pusat. Kemudian ada pulak peringkat peringkat seterusnya sehingga ke Majlis Tertinggi parti.

Untuk itu manusia sanggup menipu, memfitnah, memburukkan, mengadu domba, mengada adakan cerita, malah ada yang sampai sanggup membunuh atau mengupah orang untuk membunuh!!!

Semuanya di sebabkan apa???

Iya! Tidak lain tidak bukan demi .... NAFS!!!

Nafsu punya pasal, tak de di ambil kira akan natijah perbuatan mereka! Demi segenggam wang ringgit, pangkat dan kedudukan, manusia sanggup berperang, melancarkan huru hara dan memusnahkan kehidupan seteru mereka!

Kekadang kenal secara peribadi pun tidak tetapi disebabkan iri hati dan dendam kesumat, manusia sanggup lakukan apa sahaja!


Makanya sekarang Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sedang merasakan perit dan angkara dua tiga orang manusia berkepentingan kuasa dan kedudukan politik semasa yang mungkin terancam dengan pendaftaran dirinya sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia!

Sebenarnya politik Malaysia sekarang ini memang terok tahap gaban!

Kepimpinan politik negara bukan lagi tertakluk kepada keupayaan seseorang untuk mentadbir kerajaan di atas daya kebijaksanaan dan keilmuan seseorang itu.

Sudah jadi seperti hak pusaka nak di perturunkan dari seorang perdana menteri kepada waris darah daging ia sendiri.

Turut menjadi keutamaan adalah rupa paras dan kesegakan seseorang. Ada beberapa komen saya terima dari para pemuja Khairy Jamaludin yang di perbandingkan dengan rupa dan keadaan Akhramsyah Sanusi yang berbadan gempal ala ala 'Teddy Bear' itu!

Pemuja KJ berkenaan @ penghantar komen le.. boleh berhujah bahawa Khairy tetap menjadi pujaan hatinya sebab sebab berikut :

"di awal perlantikan KJ sebagai ketua pemuda dulu , ramai yang tak berpuas hati . walaupun sebagai ketua pemuda tiada jawatan menteri atau timbalan menteri diberikan pada kj... sehingga disindir orang.  tapi kj tetap steady , dia buat je keje dia , tak merajuk , tak menghasut orang supaya gulingkan najib dsb , malah dia ambik kesempatan tu untuk memperbaiki diri , 
  • bercampur dgn orang2 bawahan, 
  • masuk kem ILMU , 
  • sanggup direndam dalam air di waktu pagi,  
  • tak cukup dengan tu dia pi jalani latihan sebagai askar wataniah.. 
  • kalau latihan askar tu , ko ketua pemuda ke atau ketua apa pun... dia punya training memang lasakkk , cuba habag mai ketua pemuda yang mana dah buat tu??? 
  • itulah perubahan yang ditonjolkan kj dalam UMNO, bukan setakat cakap air liur je... 
lagi satu nak kondem najib apahal pula ?? 


  • dok ungkit2 benda2 lepas, 
  • ada perkara yang dibuat ada yang tersiratnya...tapi komen lah macam mana pun 
  • najib dan muhyiddin menang tanpa bertanding.. 
  • jangan terlalu dok ikut sangat stigma ubah pembangkang tu.. .. 
  • saya berumur 30-an dan kami orang muda tak sama fikiran seperti penulis blog yang dah berusia ni..
  • biar kami tentukan masa depan kami .. 
  • orang orang tua janganlah menghasut pula dek sentimen dan dendam lama"
Hehehehe.


Jika itulah kriteria untuk memilih pemimpin pemuda UMNO Malaysia, maka saya rasa beratus ratus ribu anggota komando dan tentera serta polis kita yang lebih layak dari Khairy Jamaludin di atas kebolehan, kekuatan dan keberanian mereka berbanding dengan pemimpin politik seperti KJ!

Jika politik tanahair kita ini tertakluk kepada rupa paras dan ketampanan seseorang, saya rasa beberapa pelakon dan artis tanahair kita jauh lebih kacak dari Khairy dan boleh sahaja di angkat menjadi Ketua Pemuda UMNO yang baru.

Fahrin Ahmad, Fizo Omar dan beberapa karyawan tanahair sudah tentu lebih kacak dari KJ untuk di lantik mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia jika itu yang menjadi kayu pengukur kelayakannya?

Lingkoplah masadepan negara ini jika itu sahaja yang di utamakan orang orang muda seperti si penghantar komen tersebut!

Kita patut utamakan kebijaksanaan serta jatidiri Melayu serta keberanian seseorang pemuda untuk bangun mempertahankan kedaulatan dan kesyumulan agama Islam kita yang teramat suci!

Jika kita merujuk kembali akan beberapa peristiwa di mana kesucian Islam dan kedudukan orang orang Melayu di pertikai dan di cabar oleh kaffir kaffir seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Teresa Kok, Chua Soi Lek, Samy Vellu dan sewaktu dengan mereka, anda tidak mungkin ketemu apa apa pendirian KJ membela Islam dan Melayu sepanjang tempoh berkenaan.

Suara Pergerakan Pemuda UMNO mula tenggelam di era Hishamuddin Hussein Onn memegang kuasa dan kemudian di ambil alih oleh KJ.

Tak ada.

Pergerakan Pemuda UMNO seolah ghaib dari persada politik tanahair.

Yang kita nampak adalah beberapa orang pemuda yang di cap sebagai pelampau dan ekstremis Melayu yang sering tampil kemuka membela maruah agama dan bangsa!

Yang jadi Ketua ...nganga ... atau mengeluarkan kenyataan kenyataan 'playsafe' yang tidak membawa apa apa makna kepada kita.

Pilihlah orang yang boleh kita harap! 

Jangan menang sorak ; kampong tergadai!

Ini bukan setakat kampong brader. Negara dan masadepan anak bangsa dan ummah mungkin hancur punah ranah!

Handsome konon? :P

Handsome nak boleh buat apa? Perabih beraih lagi le....

Bab Najib tu... Tok Mamu dah penat menulis. Gi le rujuk sendiri beratus ratus artikel dah Tok Mamu tulis tentang kenapa 'Ah Jib Gor' bakal terakam didalam lipatan sejarah sebagai PM kedua paling lemah didalam sejarah tanahair kita nan tercinta ini!


Apakah anda terharu tahap makcik ni? Sebab minyak naik cuma 20sen seliter je? 

Terus terang, saya nak tanya? Adakah apa apa ucapan Najib Gor ini pernah menusuk kalbu dan menembus jiwa tuan puan sekelian selayak ucapan seorang negarawan sebenar nya atau cuma disebabkan masing masing nak jaga periok nasi sendiri maka di sokong secara membabi buta sahaja dek kerana takut 'sorru miss'?


Lain keadaan nya bila Tun Dr.Mahathir berucap! Walau ada di antara sifat dan sikap Tun yang tidak digemari ramai, namun bila Tun Dr.M berkata, seluruh dunia kan memasang telinga!

Termasuk le musuh musuh politik beliau! Listen! Listen! Listen! :P


Masih nak puja dan puji Najib Gor dan KJ?

Ikut suka kamu lah syeikh! Nak junjung di atas kepala menari Chingay pun Tok Mamu tak kisah! Saya dah tulis apa yang saya rasa. 

Malaysia masih negara demokratik, kan?

Ikut kepala masing masing le nak berblog ke apa?

Berani kerana benar ; takut jika salah! 

Mahaguru58 menulis berdasarkan Fakta! Kaji lah sendiri!
Post a Comment