Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, September 21, 2013

Kenapa UMNO perlu berubah? Supaya Melayu tidak terus lemah!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Umum mengetahui bahawa kedudukan orang orang Melayu di persada politik tanahair semakin lama semakin lemah.

Sejak Tun Dr.Mahathir menyerah kuasa, kedaulatan orang orang Melayu selaku bangsa induk di Semenanjung Tanah Melayu ini semakin rapuh angkara pemimpin yang mengganti beliau ternyata amat lemah.

Lemah membuka ruang dan peluang kepada jendalu dan kaduk menyusup masuk mereputkan kuasa dan kedudukan Melayu diperingkat pentadbiran negara.

Segala hak hak Melayu mula dipersoal dan diungkit oleh mereka yang merasa diri turut empunya suara mempertikai hak kedaulatan Islam dan Kesultanan Melayu di bumi bertuah ini!

Pergerakan Pemuda UMNO yang merupakan nadi kewujudan bangsa dan kaum Melayu sejak Malaya mula merdeka ternyata hilang punca angkara kepimpinan mereka yang mula lemah sejak dua peralihan kuasa yang sudah!

Secara jujur, cuba kita pertimbangkan kedudukan suara Pergerakan Pemuda UMNO sejak di pimpin oleh Hishamuddin Tun Hussein Onn dan kemudiannya di ambil alih oleh menantu Tun Abdullah Badawi, mantan PM ke 5, Khairy Jamaludin.

Apakah Pergerakan Pemuda UMNO sebagai tunjang kekuatan parti UMNO dengan pelapis kepimpinan parti UMNO di peringkat nasional masih dihormati oleh parti parti komponen BN seperti MCA, MIC dan lain lainnya?



Apakah Pakatan Pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS gerun terhadap Pergerakan Pemuda UMNO sejak dipimpin oleh dua pemimpin Pemuda yang mempunyai pertalian darah dan kekeluargaan dengan mantan2 Perdana Menteri Malaysia terdahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi?

Penzina tegar seperti Presiden MCA Chua Soi Lek pun tak hairan dengan KJ dan selamba sahaja menghina kedudukan Agama Islam yang menjadi teras kehidupan kita semua didalam Malaysia ini!

Adakah KJ berani menegur Chua Soi Lek supaya jangan kurang ajar serta biadap terhadap kedaulatan Islam di bumi tanahair kita?

Jawapan nya tuan puan sendiri tahu bahawa KJ belum terakam didalam lipatan sejarah sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO menyuarakan sebarang bantahan atau memberi amaran terhadap Chua Soi Lek berhubung kenyataan celupar Presiden Parti MCA tersebut!

Begitu juga dengan segala macam penghinaan terhadap Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja serta Sultan2 Melayu yang menjadi teras jatidiri kita di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini oleh pemimpin2 parti pembangkang seperti DAP, PKR dan juga PAS yang bersekongkol dengan penghina2 Islam dari DAP!

Maruah Pergerakan Pemuda UMNO seringkali di calar balarkan oleh pemimpin2 DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo serta oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng!

Apakah saudara saudari, tuan dan puan mempunyai bukti KJ selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO telah mencabar malaon2 terbabit dan mempertahankan maruah Agama Islam kita? Bangsa Melayu? Raja dan Sultan2 Melayu?

Tak ada!!!

Makanya sudah tentu masyarakat Melayu didalam negara kita mahukan perubahan pada pucuk pimpinan parti tunjang Barisan Nasional!

Kita semua tahu bahawa PM sekarang Najib Tun Razak seringkali sujud kepada desakan desakan yang berterusan dari masyarakat Cina dan menganaktirikan kaum Melayu sendiri dengan terus tunduk kepada permintaan2 tak munasabah dari Persatuan Dong Zhong Sekolah2 Cina dan begitu begini!

Belum pernah ada didalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri berbangsa Melayu dan beragama Islam sanggup menggunapakai simbolisma kaum lain dan menggelarkan diri sebagai 'Ah Jib Gor' demi mahu mengemis sokongan dari kaum sama dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng!





Diberinya segala apa yang di tuntut Dong Zhong, persatuan sekolah2 vernakular Cina sementara kaum lain di anaktirikan Najib!

Lim Guan Eng selamba derk saja suruh penyokong2 DAP cekau apa sahaja yang dihamburkan Najib tetapi bila tiba PRU ke 13 supaya mengundi DAP dan Pakatan mereka!



Hasilnya? Cina2 dan India serta Melayu pembangkang mengajar Najib cukup2! Apakah Najib telah sedar dari lamunan 1 segalanya? 

Tidak! Virus menipu diri masih kuat merebak disegenap pelusuk dirinya. Najib kena main dengan Cina 'Baik Punyer!'.




Pemimpin2 Melayu yang lemah seperti Najib dan KJ ini harus di gantikan dengan orang orang berwibawa seperti Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin dan Dato Seri Dr Hj Zahid Hamidi di peringkat tertinggi kepimpinan UMNO dan oleh orang orang lain di peringkat Pemuda, Wanita serta Puteri!

Akhramsyah Sanusi tak ada membayar walau setengah sen sekalipun kepada blogger seperti saya dan lain lain untuk menyampaikan sebarang berita tentang kesediaannya untuk merubah keadaan PEMUDA UMNO dari letih dan lesu seperti sekarang ini suaya kembali gagah perkasa, bertaring dan berwibawa untuk terus membela maruah dan jatidiri Melayu!

INI SATU SATUNYA SEMENANJUNG TANAH MELAYU!!! TAK ADA LAGI DI BUMI ALLAH INI TEMPAT LAIN UNTUK MELAYU BERDIRI MEGAH DAN BERANI MENGHADAPI SEGALA SERANGAN MUSUH AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR INI SELAIN BUMI SEMENANJUNG INI!!!

Melayu perlu pemimpin2 baru jika mahu terus ujud sebagai suatu bangsa yang mempunyai harga diri dan cemerlang di persada dunia ini dan di akhirat nanti!

Tanpa perubahan kepimpinan di Majlis Tertinggi dan Exco Pemuda serta Wanita dan Puteri, maka Melayu seMalaysia akan terus dihina dan di injak injak di arena politik dan kekuasaan di Malaysia!

Lukah dilabuh di batang jati,
      Lukah baru berkarang rotan;
Patah tumbuh hilang berganti,
      Tuah Melayu berbilang zaman.

Pergi bersiram di air pancur,
        Air pancur ditaman indah;
Jangan biarkan bangsa mu hancur,
       Kelak menyesal tidak bersudah!



Kesanggupan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi untuk tampil menawarkan diri bertanding sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO seMalaysia harus di alu alukan sebagai bukti bahawa kepimpinan Melayu di peringkat Pemuda masih mempunyai pasukan pelapis yang mampu memperjuangkan nasib Melayu di tanahair ini.

Samada beliau menang atau tidak bukan menjadi persoalan disini. Yang patut di raikan adalah keberanian seorang Ketua Pemuda UMNO di peringkat cawangan tampil ke depan membawa suara akar umbi ke peringkat nasional!

Kepimpinan UMNO tidak seharusnya terus menjadi pusaka orang orang yang bergelar dan berkedudukan sahaja. Keadaan seperti itu kelak akan membawa kemusnahan dan kehancuran kepada jatidiri orang orang Melayu!

Kerosakan yang di timbulkan orang orang Syi'ah di dunia Muslim sekarang ini berpunca dari ketidakpuasan golongan yang mahukan kepimpinan ummah diwarisi ahlul bai't Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sebaik kewafatan Nabi Muhammad walaupun sudah umum di ketahui ummah bahawa Sayyidina Abu Bakar As Siddiq Radhiallahu Anhu sudah dipilih Nabi untuk mengganti baginda sesudah ketiadaannya.

Keadaan pucuk pimpinan UMNO masih meneruskan legasi kepimpinan mahu diberikan kepada pewaris pemimpin2 terdahulu. Lihat sahaja keadaan sekarang didalam UMNO?

Perdana Menteri sekarang adalah anak kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Menteri Pertahanan sekarang adalah anak kepada Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.

Menteri Besar Kedah sekarang adalah anak kepada Perdana Menteri keempat, Tun Dr.Mahathir Muhammad.

Apakah UMNO ini parti anak beranak? Sama sahaja dengan MCA dan MIC serta lain lain parti komponen Barisan Nasional!

Di sebelah pembangkang pun berlaku perkara yang sama.

Lim Kit Siang menerajui DAP dengan anaknya Lim Guan Eng. Karpal Singh menjadi pemimpin ulung DAP bersama anak anaknya Gobind Singh dan Jagdeep Singh.

Didalam PKR, keluarga Anwar Ibrahim memegang kuasa di peringkat tertinggi parti mereka. Isteri Anwar, Dr Wan Azizah menjadi Presiden parti. Anak mereka Nurul Izzah menjadi Naib Presiden. Anwar sendiri menjadi Ketua Umum PKR dengan jawatan tak rasmi sebagai Penasihat parti.

Didalam PAS, Mursyidul Am parti berkenaan mempunyai anaknya menjadi salah seorang pemimpin tertinggi parti berkenaan.

Semuanya melakukan nepotisma dan menjadikan parti parti politik yang di pimpin mereka sebagai tempat mereka sekeluarga mencari makan dan mengkayakan diri sementara para pengikut dan ahli ahli parti masing masing terus susah didalam kehidupan sendiri!


Perubahan pucuk pimpinan didalam semua parti parti politik tanahair perlu dilakukan demi mencapai kejayaan untuk meneruskan proses pembangunan negara. Jika tidak, tunggu dan lihat sahaja kemusnahan melanda!

Cuba fikirkan maksud pantun di bawah ini:

Sejak kera pindah ke tanjung,
        Anak lebah bersenang hati;
Sejak pemimpin suka disanjung,
        Ramai pencacai datang memuji!


Pemimpin sebenar tak mencari puji tetapi ikhlas mahu berbudi


Apakah masih ada dikalangan calon calon UMNO yang sedang sibuk menawar diri benar benar mahu berbakti atau sebaliknya mahu mengisi tembolok sendiri???
Post a Comment