Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, October 07, 2013

Cuka Kurma Nr Bashirah ~ Makanan Sunnah yang banyak manfa'atnya!

Baru baru ini saya ke Halfest yang di adakan di Mines International Exhibition & Expo Centre yang terletak di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Di antara gerai gerai yang saya sempat singgah adalah gerai milik Haji Mohd Basri bin Ramli atau yang lebih mesra dengan gelaran 'Pak Ngah Basri'.


Haji Mohd Basri amat mesra dengan setiap pengunjung gerai jualan produk2 Makanan Sunnah keluaran syarikat nya MB Global Marketing.

Didalam perbualan saya dengan Haji Basri, saya mendapat tahu bahawa beliau sendiri dahulunya mengalami masaalah kesihatan dimana sering merasa letih dan lesu dan tidak bermaya.

Beliau berkata bahawa beliau tergerak hati untuk mencuba perubatan secara Islam dengan mengambil bahan bahan makanan berasaskan Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Di antara bahan makanan sunnah yang Haji Basri mencuba adalah cuka kurma atau 'khall' didalam Bahasa Arab, kurma, habbatus sauda’, kismis, madu, prun dan bahan bahan lain yang banyak memberi manfa'at kepada kesihatan manusia.

Haji Basri memaklumkan kepada saya bahawa selepas beliau mengamalkan pengambilan cuka kurma, masaalah kolesterol yang di hidapi beliau beransur kurang dan kesihatan beliau bertambah baik sehingga kembali bertenaga dan berupaya bernikah seorang lagi isteri! :P

Beliau kini ayah kepada 8 orang anak dan tahap kesihatan beliau semakin baik dan membenarkan beliau mengusahakan perniagaan nya dengan baik!

Beliau mengambil keputusan untuk terus berkecimpung didalam perusahaan pengeluaran dan edaran bahan makanan sunnah melalui syarikatnya sendiri iaitu MB Global Marketing. 

Beliau menggunakan jenama nr`bashirah sempena nama salah seorang anaknya. Perniagaan nya yang di asaskan di Bandar Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan kini sedang berkembang pesat di seluruh tanahair kita di atas sambutan orang ramai yang mula sedar akan kebaikan mengambil makanan sunnah di zaman pelbagai macam penyakit menular dikalangan penduduk dunia.

Saya sendiri merasakan bahawa saya perlu mengambil makanan sunnah ini setelah kini menjangkau usia 55 tahun. Badan dah semakin mengalami kesan kesan penuaan dan sekiranya saya tidak menjaga pemakanan saya sekarang, sudah pasti akan menghadapi masaalah2 kesihatan nanti selain daripada penyakit 'sedia manis' warisan! :D

Saya telah mencuba produk keluaran syarikat Hj Basri iaitu 'Khall Manna' dan 'Khall Dates Cider'.



Dari pengalaman saya sendiri, ada beberapa kesan dan manfa'at yang saya rasa dan alami setelah mengambil produk2 ini. 

Selaku seorang yang bukan perokok, saya sering mengalami loya bilamana terkumpul kahak didalam badan. Saya sering terpaksa mengambil jeruk dan asam asam untuk menghilangkan kahak tersebut atau akan mengambil lozenge untuk mengimbangkan keadaan.

Selepas saya mengambil 'Khall Manna' dan 'Khall Dates Cider' saya mendapati bahawa loya saya itu telah mula hilang dan perut saya lawas dengan elok! 

Memang benar apa yang Tuan Haji Basri kata pada saya!

Bahawa pengambilan cuka kurma keluaran syarikat nya akan memberikan manfaat kepada setiap pengambil makanan sunnah ini.
  1. Pengambilan cuka kurma terbukti mengurangkan selera makan dan rasa lapar. Secara tak langsung dengan mengambil cuka kurma, seseorang itu akan dapat mengurangkan berat badan!
  2. Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam ada bersabda tentang kebaikan mengambil cuka kurma ini. Sabda Baginda : “Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khall @ Cuka. Ya Allah berkatilah pada Khall. Sesungguhnya Khall adalah makanan Nabi-Nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan Khall dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.
  3. Pengambilan cuka kurma juga dapat menghalang penyakit barah perut yang amat berbahaya.
  4. Cuka kurma telah terbukti dapat menguatkan jantung dan patut di amalkan oleh semua.
  5. Ibu ibu yang hendak bersalin patut mengambil cuka kurma kerana ia dapat mengurangkan rasa sakit ketika hendak bersalin. Cuka kurma juga mengandungi hormon yang menguatkan rahim, membantu menghasilkan lebih susu bagi ibu2 yang menyusu dan mencegah dari kehilangan darah yang keterlaluan semasa bersalin. Cuka kurma juga membantu memberikan tenaga semasa didalam waktu ibu2 berpantang sesudah bersalin.
  6. Cuka kurma juga dikenal pasti sebagai membantu bagi wanita yang menghadapi masaalah haid.
  7. Pengambilan cuka kurma secara tetap membantu menguatkan sistem imunisasi badan. Pelawasan yang bagus dapat menyahkan toksin merbahaya dari badan. Ini akan menguatkan sistem ketahanan tubuh. Ianya juga membantu mereka yang mengalami keadaan gastrik dan melegakan keadaan sembelit.
  8. Kaya dengan zat besi dan potassium, cuka kurma juga bagus untuk merawat keadaan anemia iaitu kurang darah.
  9. Cuka kurma juga dapat memulihkan keadaan lemah tenaga dan kelesuan sebab ia meningkatkan kecergasan tubuh badan.
  10. Cuka kurma juga dapat menyembuhkan batuk, sakit tekak, batuk berterusan dan menghilangkan kahak.
  11. Cuka kurma juga bagus untuk menyembuhkan sakit kepala akibat kepanasan badan.
  12. Menyembuhkan kesan kelecuran akibat terbakar dan menyembuhkan bengkak.
Saya bersyukur dapat merasa kesembuhan dari pengambilan cuka kurma ini. Ada sebegitu banyak manfa'at dari makanan sunnah ini.

Insya Allah, saya akan menulis lagi tentang manfa'at dari pengambilan makanan sunnah lain nanti.
Post a Comment