Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, October 09, 2013

Zahid Hamidi hentam Malaysiakini ~ Majlis Peguam dan Suhakam pulak melatah! Apa hal syeikh???


Majlis Peguam kat Malaysia ni memang pelik! Di lain lain negara, Majlis Peguam masing masing kan menjadi tulang belakang kepada kerajaan yang memerintah!



Kat Malaysia ni lain sikit! Majlis Peguam disini terdiri dari mereka yang ingin menjadi 'Kerajaan didalam Kerajaan'. Perkara ini terserlah semasa usaha mereka menubuhkan 'IFC' @ 'Inter Faith Council' yang saya dedahkan disini lengkap dengan bukti2 mahu bermaharajalela dengan sesuka hati mereka meng'hanjing'kan masyarakat Muslim seMalaysia!

Pepatah Melayu ada menyebut 'Beringat sebelum kena ; berjimat sebelum habis!' Takkan lupa kot?

Kita semua bosan dan geram dengan Menteri Dalam Negeri sebelum ini @ Hishamuddin Tun Hussein Onn sebab dia sering bersikap lemah dan tak berani memberi arahan utk menguatkuasakan undang2 yg sedia ada!


Hishamuddin sering beri amaran saja! Tindakan nya tiada! Sampai semua tak hairan dgn dia.

BERGANTI dengan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi! Menteri KDN yang tegas dan berani. Tak macam sebelum ni! 'Home Minister with POWER!!!'

Satu satunya Menteri yg berani dan lantang bersuara serta BERANI BERTINDAK terhadap segala penjenayah tegar yg berleluasa membunuh orang ikut suka!

OPS CANTAS yg Zahid Hamidi lancarkan bersama PDRM ternyata begitu berkesan sehingga begitu ramai gengstar mampus ditembak polis!

Gengstar kecut perut berebut nak gi buang tatu kat badan sebab takut kena cekop dek Polis!

Sekarang Majlis Penyamun dan Penyangak yg menyamar jadi Majlis Peguam dok hentam Zahid sebab dia 'sound direct' kat Malaysiakini dan media pembangkang2 supaya jgn spin cerita dan berita dari nya!


Pedulikan salakan Majis Peguam yang pro pembangkang dan bersikap bagaikan 'gunting dalam lipatan!'

Baru sekarang terasa ada harapan untuk Malaysia kembali aman dan selamat sebab gengster2 semua dah kecut perut dengan tindakan tegas Polis Di-Raja Malaysia menguatkuasakan undang undang yang sedia termaktub didalam Perlembagaan Malaysia!
YB Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia

Zahid Hamidi adalah harapan kita untuk melihat Malaysia kembali menjadi tanahair tercinta dimana kedaulatan undang undang bukan sekadar retorik seperti di zaman Hishamuddin Tun Hussein Onn menjadi Menteri KDN dulu!

Saya sokong Zahid 100% utk bertindak terhadap setiap musuh negara!

Siapa anda nak sokong? 

Zahid Hamidi dan IGP baru kita Tan Sri Khalid Abu Bakar atau loyar2 burok dalam Bar Council pro IFC?

Jangan sampai Malaysia jadi seperti negara2 lain dimana penduduk mereka hidup didalam ketakutan setiap saat!

Zahid Hamidi sedang membanteras penjenayah! Kenapa Majlis Peguam dan Suhakam serta segala 'Su' pula yang melatah?

Apakah mereka ini menjadi talibarut segala gengster dan penyamun serta penyangak didalam negara???

Siasat! Jangan tak siasat!
Post a Comment