Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, November 22, 2013

Kesultanan Kedah harus mengambil balik Pulau Pinang dan Seberang Perai!

Sudah berapa lama Semenanjung Tanah Melayu ini merdeka dari penjajahan British Kolonial?

Masuk 2013 ni dah 56 tahun!

Namun Kesultanan Kedah Darul Aman terus diam membisu membiarkan Pulau Pinang dan Seberang Perai tanpa menuntut kembali hak kedaulatan Kesultanan Kedah ke atas Pulau Pinang dan Daerah Seberang Perai seperti sepatutnya!

Penjajah British sudah lama meninggalkan Semenanjung Tanah Melayu ini tetapi seolah Kesultanan Melayu Kedah masih terjajah. Tidak berani menuntut hak ke atas tanah Seberang Perai dan Pulau Pinang yang kini sedang di jajah pula oleh bekas rakan2 seperjuangan Lee Kuan Yew yang sedang bermaharajalela di Singapura yag dahulunya milik Kesultanan Melayu Johor Darul Takzim!

Satu persatu tanah hak milik Melayu dirampas secara halus dean mata Kesultanan Kesultanan Melayu Semenanjung. Semua ini berlaku kerana Kesultanan2 dan Kerajaan Melayu tidak tahu menghargai anugerah Semenanjung Emas dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada mereka!

Seantero dunia kaum kaum lain berperang mempertaruhkan nyawa demi mahu mengekalkan hak dan kuasa masing masing ke atas bui tanahair mereka tetapi entah kenapa Sultan2 dan Raja Melayu sekarang ini sanggup berputih mata membiarkan sahaja tanah jajahan negeri mereka di rampok keturunan imigran tanpa mengambil sebarang langkah mempertahankan nya untuk anak cucu pewaris mereka!

Hari ini, sudah sering kita dengar tentang orang2 Melayu sendiri dipertikai akan hak dan kedudukan mereka sebagai pribumi Semenanjung ini oleh mereka yang berasal dari keturunan para imigran ke Tanah Melayu ini.

Sudah sampai waktunya DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah melakukan yang sepatutnya dilakukan Baginda sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kedah pada tahun 1958 lagi iaitu mengambil kembali Pulau Pinang dan Seberang Perai!

Bilamana Tuanku membiarkan keadaan  dimana pajakan penjajah British ke atas Pulau Pinang dan Seberang Perai berterusan sampai ke saat ini maka naik tocang lah kaum keturunan DAP bermaharajalela disana dan memperkotak katikkan nasib orang2 Melayu dan Muslim disana.

Rakyat Pulau Pinang memerlukan perlindungan Duli Tuanku selaku Sultan yang berhak keatas mereka.

Tidak perlu lagi Pulau Pinang menjadi sebuah negeri yang tidak bersultan.

Lakukan lah yang sepatutnya Tuanku! 

Serapkan kembali Pulau Pinang dan Seberang Perai kedalam Kesultanan Kedah Darul Aman!
Post a Comment