Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, November 06, 2013

Melayu & Umat Islam seMalaysia Bakal Menang Sorak Tanahair Tergadai.

Dewasa ini, desakan demi desakan oleh golongan pembangkang dan pertubuhan2 yang bukan Melayu dilihat sering menuntut agar di-samaratakan di-antara mereka dan Melayu Muslim seMalaysia didalam pelbagai perkara.

Di tambah pula dengan adanya pemimpin2 Melayu yang seringkali tunduk dan akur terhadap permintaan golongan2 pelampau seperti DAP, MCA, MIC serta NGO2 serta pertubuhan2 agama bukan Islam iaitu MCCBCHST yang tidak putus2 mengasak Kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Bapa Kena Kencing dengan Cina Malaysia iaitu Perdana Menteri Najib Razak.

Karpal Singh, Pengerusi DAP pernah mencabar umat Islam seMalaysia termasuk secara tidak langsong akan Raja dan Sultan2 Melayu untuk melangkah mayat mereka (kaffir seMalaysia) jika mahu wujudkan sebuah Negara Islam di Malaysia ini!



Cabaran itu di laungkan Karpal di Pasar Batu Lancang pada tahun 1990! Saya ada disana semasa ia mencabar umat Islam di atas pentas pilihanraya!

Sembilan tahun berlalu cuma tanpa ada sesiapa pun para pembesar dan pemimpin Melayu yang memberi reaksi terhadap cabaran anak Ram Singh ini!

Saya yang berdiri dihadapan pembesar suara menuntut Karpal Singh menarik balik kenyataan nya itu didalam sesi soaljawab Forum Keadilan yang di adakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang pada 1hb Februari tahun 1999!

Karpal memohon maaf diatas kenyataan nya itu! Hanya akhbar The Star yang berani menyiarkan berita itu. Akhbar lain diam menikus....

Bagi mereka yang berharap bahawa nasib Melayu dan umat Islam Malaysia akan terbela dengan adanya Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, ternyata harapan mereka turut meleset dan musnah kerana demi ingin menyelamatkan kedudukan nya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia selepas tempoh kuasa Najib tamat nanti pada 2018, TPM ini juga turut menjadi pak turut kepada apa sahaja keputusan Najib!

Punca kepada kehakisan kuasa dan kedudukan Melayu Muslim seMalaysia boleh juga di katakan berasas kepada keadaan dimana sembilan Sultan2 dan Raja Melayu disekat dari bersuara oleh sistem Perlembagaan Malaysia dan terhalang dari mempunyai kuasa eksekutif untuk mempertahankan kedaulatan Melayu serta kesyumulan Islam di tanahair ini.

Walaupun Baginda Tuanku2 Sultan dan Raja Melayu dikatakan mempunyai kuasa mutlak ke atas urusan agama Islam dan kedudukan istimewa orang2 Melayu di Persekutuan Negeri2 Tanah Melayu di Tanah Semenanjung ini serta di negeri2 Sabah dan Sarawak, hakikat bahawa Kuasa Eksekutif yang di pegang Perdana Menteri sering menjadi penghalang kepada sebarang usaha Duli2 Tuanku memainkan peranan mereka menjadi pelindung akan hak2 Melayu serta Muslim seMalaysia.

Dari maklumbalas beberapa orang peguam Melayu Muslim kenalan saya, apa yang saya dapat tahu adalah Sultan2 dan Raja Melayu memang mempunyai kuasa keatas urusan agama Islam dan bangsa Melayu tetapi disebabkan halangan2 teknikal perundangan yang berkuatkuasa di negara ini, suara Raja dan Sultan2 Melayu ini sering hilang didalam perjalanan usaha di mahkamah.

Hasilnya adalah keadaan sekarang ini. Dimana label 'Negara Islam' yang sering dilekatkan kepada imej negara ini dimata dunia hanya merupakan 'fatamorgana' dendangan para penipu dan pendakyah yang bertopengkan kesamarataan didalam segala hal!

Apakah sama Islam itu dengan mana mana agama atau kefahaman ciptaan manusia kuffar yang lupa akan hakikat kejadian mereka di cipta oleh tiada yang lain selain Allahu Ta'ala?

Kelesuan dan kelemahan para pemimpin Melayu serta kebanyakan Sultan2 dan Raja Melayu kecuali Duli2 Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kesultanan Perak amat lah dikesalkan bilamana pihak kesultanan2 lain itu sering diam membisu membiarkan kaduk naik junjung!

Masa depan Melayu dan Muslim Semenanjung Tanah Melayu ini sekarang berada didalam keadaan yang genting dan kelemahan pentadbiran Najib Razak yang sering kowtow terhadap permintaan orang2 Cina baik didalam DAP. Dong Zhong serta MCA dan GERAKAN bakal menjadi asbab Melayu hilang segala hak dan kedudukan mereka di tanahair ini.

Melayu dan Muslim seMalaysia harus berwaspada terhadap petualang yang sedang menggadaikan masadepan diri sendiri serta anak cucu mereka sekarang!

Apakah Melayu seMalaysia mahu senasib dengan Melayu Singapura???



Barangsiapa yang menidakkan hakikat ini hanya menipu dan membohongi diri sendiri.
Post a Comment