Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, January 28, 2014

Ahli Ahli SENIMAN berpiket membantah Abu Bakar Omar dan 7 rakan saman beliau!

28hb Januari 2014.
Taman Melawati, Hulu Kelang,
Selangor Darul Ehsan.






Ahli ahli Persatuan Seniman yang kini menghadapi masaalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan didalam projek projek perfileman dan drama televisyen berikutan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Jawatankuasa AGM Seniman kali ke 14 yang di adakan pada 26/5/2012 adalah terbatal dan tidak sah melancarkan piket tengahari tadi di Taman Melawati!

Mereka meluahkan rasa marah dan kecewa mereka di sekat dari mencari rezeki bagi meneruskan hidup mereka sebagai pelakon dan penggiat seni filem dan drama TV oleh tindakan beberapa orang pelakon dan ahli SENIMAN menyaman SENIMAN yang seterusnya membawa kepada pembatalan Jawatankuasa Seniman sesi ke 13 dan persatuan mereka kini di gantung operasinya.


Mahkamah Tinggi juga telah membuat berkeputusan bahawa Laporan Kewangan Tahun 2011 dan Minit Mesyuarat Seniman ke 13 adalah terbatal dan tidak sah.


Berikutan penghakiman itu maka segala urusan Persatuan Seniman di gantung dan senarai ahli ahli baru Seniman yang di terima dan di daftarkan selepas 28/4/2010 adalah terbatal dan tidak sah!

Ini menyebabkan ramai di kalangan ahli Seniman terutama nya pelakon pelakon baru susah mendapatkan pekerjaan dari projek projek perfileman dan drama TV sejak Seniman di gantung operasi nya!

Salah satu syarat pengeluaran Permit Perfileman dari PADU CITRA melalui FINAS adalah sesuatu produksi filem dan drama atau dokumentari adalah perlu menjadi ahli 3 persatuan yang layak iaitu GAFIM,PROFIMA & PERSATUAN SENIMAN.

Maka, dengan tergantung nya operasi SENIMAN, keseluruhan ahli ahli SENIMAN kini berhadapan masaalah mencari makan dan sudah masuk bulan ketiga mereka hilang punca pendapatan!

Sebab itulah ahli ahli SENIMAN terlalu geram dan tidak berpuashati terhadap pelakon Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Roslinda Buang, Mior Ahmad Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani, Merriane Mohd. Tap, Jamaliah Mohd. Dahan dan Azizah Ab. Aziz!

Sumber: Utusan Malaysia.

Kita tunggu dan lihat apa kah perkembangan seterusnya kemelut yang sedang melanda Persatuan Seniman ini yang sebenarnya memaparkan pertembungan emosi dan amarah sesama karyawan seni filem dan drama negara yang tidak sebesar mana tetapi sering dilanda puting beliong dan taufan sengketa!
Post a Comment