Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, January 13, 2014

Akidah Muslim - Asas Kepercayaan Ketuhanan didalam Islam

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Selamat sejahtera ke atas anda dengan Rahmat Allah dan KeberkatanNya!

Syukur Alhamdulillah kepada Nya yang masih mengizinkan saya terus bernafas dan hidup ke saat ini serta masih berupaya menyampaikan kepada anda sedikit sebanyak tentang apa yang telah saya pelajari berkenaan asas asas kepercayaan seseorang yang mengaku beriman terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala seraya mengaku bahawasanya Nabi Muhammad ibni Abdullah selaku hamba Nya serta Rasul Allah yang di utuskan kepada sekelian makhluk.

Mukadimah

Saudara saudari, Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat, para pembaca yang saya hormati sekelian.

Bagi setiap seorang yang mengaku dirinya sebagai seorang Muslim dan telah bersyahadah mengaku bahawa Tiada Tuhan yang ia sembah selain dari Allah Azza Wa Jalla dan mengaku diri sebagai umat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam, teramat penting sekali bagi diri Mukmin itu untuk mengetahui dengan sebenar benarnya akan apakah dia Akidah pegangan dirinya sendiri?

Akidah itu bermaksud 'Kepercayaan Asas' seumpama kerangka kepercayaan kerohanian yang memberi makna serta maksud kehidupan kita selama ujud sebagai seorang manusia yang menyembah Allah Subhanahu Wa Ta'ala ~ Tuhan yang sebenar benarnya dan tidak tersesat mengagungkan sesuatu yang lain!

Andainya kita selaku manusia yang mengaku diri sebagai seorang Muslim tetapi tidak benar benar faham akan jatidiri kita selaku seorang Mukmin percaya akan itu dan ini yang bercelaru dan bersalahan dengan asas asas keimanan terhadap Allahu Rabbi serta gerun akan kuasa sesuatu selain dari Allah, Tuhan Maha Pencipta kita ini, maka tercemar lah nanti Akidah kita dan boleh membawa kita jatuh ke Neraka Jahannam tersiksa selamanya kerana tidak berhati hati didalam beragama.

Selama hidup saya ini sudah saya menyaksikan begitu ramai manusia yang mengaku Muslim dan bertuhankan Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta berimamkan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam tetapi turut terjebak dengan pelbagai kecelaruan akidah dan melakukan pelbagai macam perbuatan khurafat yang bakal menjahanamkan diri mereka di Yaum al Akhirat kelak!

Begitu juga dengan kebanyakan mereka yang Kaffir terhadap Allahu Ta'ala. Mereka diperdaya dengan segala macam tohmahan terhadap Agama Islam dan dikelirukan dengan contoh contoh salah laku umat Islam serta takut dengan hukum hakam Syariah yang dipertunjukkan kepada mereka melalui siaran dan terbitan media massa.

Turut menyumbang kepada segala kekeliruan terhadap apa dia Akidah Islam adalah kedegilan para ilmuan serta cendekiawan didalam dunia kita ini yang masing masing cuba mahu menonjolkan diri sendiri sebagai pejuang Islam dan juara itu dan ini walhal mereka cuma bagaikan enau didalam belukar ; hanya mahu melepaskan pucuk masing masing.

Perumpamaan ini adalah merujuk kepada kecenderungan para agamawan didalam Dunia Islam hari ini yang mengejar glamor dan populariti duniawi melalui media massa seperti siaran televisyen, radio, internet dan bahan bahan cetak serta cakera dvd dan sebagainya.

Saya dapati bahawa ramai dikalangan manusia yang hidup di Akhirul Zaman ini gagal untuk menuntut ilmu dan mencari bahan bukti tentang kebenaran Islam walaupun mereka berpeluang untuk memiliki dan mempunyai laluan kepada jaringan internet sedunia yang mempunyai lautan data dan penerangan tentang apakah dia Al-Islam dan pelbagai macam keterangan serta bahan-bahan kajian yang boleh menjawab seribu satu macam persoalan tentangnya?

Ramai dikalangan orang orang Islam dan Kafir hari ini memiliki komputer peribadi serta alat alat telekomunikasi canggih seperti komputer tablet dan telefon pintar tetapi sering di salah guna untuk mencari hiburan semata mata dan hanyut didalam jaringan sosial seperti Facebook dan lain lain portal laman media yang sia sia serta tidak bermanfaat.

Sebagai contoh, sila taip 'Melayu' didalam enjin carian Google didalam komputer anda yang berhubungan dengan jaringan internet! Besar kemungkinan anda akan mendapati hasil carian seperti ini: 

Saya tidak sanggup untuk mendedahkan disini akan hasil carian imej menggunakan perkataan 'Melayu' kerana ianya akan memaparkan rata ratanya gambar gambar wanita wanita Melayu hari ini didalam keadaan yang sungguh mengaibkan sekali! Contoh nya disini.

Apakah seperti ini yang orang orang Melayu mahu bangsa dan kaum mereka dikenali didunia hari ini? Astaghfirullah hal azhim!!!

Sudah sebegini teruk sekali keadaan umat Islam hari ini terutamanya anak anak bangsa Melayu di Malaysia dewasa ini dan keruntuhan akhlak yang semakin merebak dikalangan mereka yang pada luarannya beridentiti sebagai seorang Muslim atau Muslimah tetapi didalam realiti kehidupan sebenar mereka lebih teruk dari sesetengah orang orang Kaffir didalam kebejatan diri terjerumus kedalam kancah maksiat dan dosa dosa besar!!!

Maka dengan itu tanggungjawab untuk menyampaikan yang hak itu jatuh diatas diri setiap Mukmin dan Mukminat untuk membantu menerangkan kepada semua akan apakah dia Akidah Islam sebenar yang sepatutnya dipegang dan dihayati setiap manusia yang mengaku beriman terhadap Allahu Rabbul Alamin.

Ad Din Al Islam adalah hak setiap kita yang bergelar diri sebagai seorang manusia! Setiap manusia tanpa perkiraan tentang bangsa dan keturunannya atau kedudukan sosial dirinya didalam masyarakat. 

Cumanya ramai dikalangan manusia yang tidak menumpukan sedikit masa mereka untuk mengetahui lebih mendalam tentang satu satunya agama yang diperturunkan Allah kepada sekelian manusia.

Kealpaan mereka ini menambah kepada ketidaktahuan mereka tentang apakah dia Agama Islam yang sebenar dan mereka sering menjadi mangsa salah faham angkara agenda musuh2 Islam yang memberi maklumat palsu dan menyesatkan mereka. Menjadi tanggungjawab kita menerangkan tentang apakah dia ajaran Islam yang sebenar?

Pertama sekali adalah soal siapakah Pencipta kita?

Dari saat awal kita yang mahu berfikir akan keadaan setiap sesuatu mesti kagum dengan kejadian setiap makhluk yang bernyawa mahupun setiap tumbuh-tumbuhan, serangga, burung2, haiwan dan manusia.

Bagi saya sendiri, semasa menggunakan kanta pembesar dan mikroskop amat kagum dengan susun atur setiap sel dan ciri ciri struktur dedaun atau bahan yang sedang saya teliti itu didalam sesi biologi dan kajian saintifik semasa sesi sekolah menengah dahulu.
Betapa hebatnya kuasa Allah, Tuhan Maha Berkuasa yang menciptakan sesuatu dengan begitu teliti dan terperinci sekali!

Tidak terjangkau dek akal dan kebolehan manusia untuk mencipta sesuatu kehidupan sama seperti apa kemampuan Allahu Ta'ala! Maha Berkuasa Allah Tuhan Maha Pencipta!

Cuba kita kaji ayat ke 191 Surah Al Imran

Surat 'Āli `Imrān (Family of Imran) - سورة آل عمران

Enlarge Text
Shrink Text
This is a portion of the entire surah. View more context, or the entire surah.
3:191
Transliteration
Allatheena yathkuroona Allahaqiyaman waquAAoodan waAAala junoobihimwayatafakkaroona fee khalqi assamawati wal-ardirabbana ma khalaqta hatha batilan subhanakafaqina AAathaba annar
Malay
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Bagi kita yang hidup di zaman serba canggih ini, tidak ada alasan untuk kita berkata bahawa kita tidak tahu tentang itu dan ini. Segala ilmu pengetahuan baik dari khazanah gedung ilmu yang terkandung didalam Al Qur'anul Karim mahu pun dari segala ilmu peradaban manusia kini terdapat didalam dunia maya internet dari usaha sebahagian cerdik pandai dikalangan terpelajar manusia pelbagai bangsa dan keturunan yang boleh di capai melalui enjin carian seperti Google, Bing dan sebagainya.

Untuk belajar tentang siapakah dia yang mencipta kita, elok kita mengkaji tentang Sifat2 Allahu Ta'ala. 

Arab Kristian menggunapakai 
untuk gantinama 'Tuhan' sembahan mereka. Kita yang beriman terhadap 
ALLAH

mempelajari tentang Sifat2 Allah dan amat perlu mengetahui dengan jelas mengenai 3 bahagian Ilmu2 yang wajib iaitu:

  1. Usulluddin yang berkaitan dengan Aqidah
  2. Feqah yang menerangkan tentang Syariat dan
  3. Tasawwuf yang mengajar tentang Ilmu Kerohanian dan Akhlak yang sepatutnya ada pada setiap Muslimin dan Muslimat dan Mukminin serta Mukminat!

Mahu tak mahu, setiap dari kita yang beriman terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala mesti mempelajari segala Ilmu yang tersebut di atas jika kita ada hasrat untuk bernikah kahwin dan mempunyai zuriat untuk menyambung warisan keturunan kita masing masing.

Bayangkan keadaan dimana seorang suami atau isteri itu buta agama dan tidak mempunyai sebarang Ilmu pengetahuan tentang Islam dan Allahu Ta'ala untuk di sampaikan kepada pasangan masing masing dan kemudiannya kepada anak anak mereka?

Jika ada pasangan seperti ini, maka jangan lah hairan bila kepincangan kehidupan berlaku di Akhirul Zaman ini dan masyarakat semakin pincang dan maksiat bermaharajalela di tanahair kita ini.

Jika kita hendak menjadi Muslim yang seimbang, maka kita perlu belajar dan menguasai ketiga tiga bidang Ilmu Agama Islam di atas. Tidak boleh diabaikan mana mana satu ilmu tersebut. Tidak boleh mengetahui perkara perkara berkenaan Usulluddin sahaja tanpa menguasai Ilmu berkenaan Feqah dan sesudah mengetahui tentang Usulluddin dan Feqah tidak boleh pula mengabaikan Ilmu Tasawwuf!

Didalam Surah Al Kahf ayat 29, Allahu Ta'ala memperingatkan kita melalui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam:

Surat Al-Kahf (The Cave) - سورة الكهف

Enlarge Text
Shrink Text
This is a portion of the entire surah. View more context, or the entire surah.
18:29
Transliteration
Waquli alhaqqu min rabbikum faman shaafalyu/min waman shaa falyakfur inna aAAtadnaliththalimeena naran ahatabihim suradiquha wa-in yastagheethoo yughathoobima-in kalmuhli yashwee alwujooha bi/sa ashsharabuwasaat murtafaqa
Malay
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.
Walau sebanyak mana pun keterangan dan ilmu pengetahuan yang menunjuk kepada KeEsaan Allahu Ta'ala, mesti ada dikalangan manusia yang degil dan engkar terhadap menerima bukti2 yang menyerlahkan KeUnggulan Allahu Rabbul Jalil selaku Tuhan Maha Suci kita semua!

Ego yang membara didalam hati manusia manusia kuffur ini menyekat diri mereka dari kembali kepada fitrah manusia selaku hamba yang perlu mengabdikan diri terhadap Zat Ilahi!

Ramai dikalangan kaffirin hari ini masih menuduh Islam sebagai suatu agama yang direkacipta Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dengan menciplak dari kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Apakah mereka ini tidak mengkaji akan sejarah peradaban manusia dan kisah ciptaan Nabi Adam Alaihis Salam?

Cuba kita kaji balik akan apakah dia agama Nabi Adam Alaihis Salam ketika di ciptakan Allah?

Menurut apa yang di ajarkan kepada kita melalui hadis2 Nabi yang sahih, kejadian Bapa Manusia, kisah penciptaan Nabi Adam Alaihis Salam adalah seperti berikut:

Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril Alaihis Salam untuk turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah sebagai bahan untuk menjadikan Adam. 

Walau bagaimanapun, Bumi mengeraskan diri dan enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah dengan nama Allah bahwa dia tidak rela untuk menyerahkannya kerana kebimbangannya seperti yang dibimbangkan oleh para malaikat.

Jibril kembali setelah mendengar sumpah tersebut lalu Allah mengutuskan pula Malaikat Mikail dan kemudiannya Malaikat Israfil tetapi kedua-duanya juga tidak berdaya hendak berbuat apa-apa akibat sumpah yang dibuat oleh bumi. 

Maka, Allah memerintahkan Malaikat Izrail untuk melakukan tugas tersebut dan mendesak bumi agar tidak menolak walaupun bumi bersumpah karena tugas tersebut dijalankan atas perintah dan nama Tuhan.

Maka, Izrail turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya adalah atas perintah Allah dan memberi amanat kepada bumi untuk tidak membantah yang memungkinkan bumi mendurhakai Allah. 

Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam. 

Tanah-tanah tersebut adalah:
  • Tanah Baitulmuqaddis (Palestin) - kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal.
  • Tanah Bukit Tursina (Mesir) - telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat.
  • Tanah Iraq - dahi sebagai tempat sujud kepada Allah.
  • Tanah Aden (Yaman) - muka sebagai tempat berhias dan kecantikan.
  • Tanah telaga Al-Kautsar - mata sebagai tempat menarik perhatian.
  • Tanah Al-Kautsar - gigi sebagai tempat memanis-manis.
  • Tanah Kaabah (Makkah) - tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama.
  • Tanah Paris (Perancis) - tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak.
  • Tanah Khurasan (Iran) - perut sebagai tempat berlapar.
  • Tanah Babilon (Iraq) - alat kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan.
  • Tanah Tursina (Mesir) - tulang sebagai peneguh manusia.
  • Tanah India - kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan.
  • Tanah Firdaus (Syurga) - hati sebagai tempat keyakinan, keimanan, dan kemahuan.
  • Tanah Taif (Arab Saudi) - lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, syukur dan do'a.

Tubuh Adam mempunyai sembilan rongga atau liang. 

Tujuh liang di kepala dan dua di bawah badan yaitu dua mata, dua telinga, dua hidung, satu mulut, satu dubur dan satu urethra. 

Lima panca indera dilengkapi dengan anggota tertentu seperti :
  • mata untuk penglihatan, 
  • telinga untuk pendengaran, 
  • hidung untuk pengesanan bauan, 
  • lidah untuk merasa seperti masam, masin, manis dan pahit dan 
  • kulit untuk sentuhan bagi panas, dingin, tekanan, melekit dan sakit.

Ketika Allah menjadikan tubuh Adam, tanah dicampurkan dengan air tawar, air masin dan air hanyir beserta api dan angin. 

Kemudian Allah resapkan Nur ke dalam tubuh Adam dengan pelbagai "sifat".

Lalu tubuh Adam digenggam dengan genggaman Jabarut dan diletakkan di dalam Alam Malakut.

Tanah itu dicampurkan lagi dengan istilah wangi wangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah dan dirasmi dengan "Bahrul Uluhiyah". 

Kemudian, tubuh tersebut dibenamkan dalam "Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalan dan Jamal" lalu disempurnakan tubuh tersebut.

Waktu kejadian manusia tidak disebut berapa lama walaupun melalui apa cara perhitungan sekalipun seperti dalam Surah Al-Insaan Ayat 1:

بسم الله الرحمن الرحيم
76:1
Transliteration
Hal ata AAala al-insani heenunmina addahri lam yakun shay-an mathkoora
Malay
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
Menurut keterangan ulama, tubuh Adam diselubungi dalam tempoh 120 tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah dan 40 tahun di tanah yang hitam dan berbau. 

Dari situ, Allah merubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan dan tertutuplah dari rupa hakikatnya. 

Karena proses kejadian itu melalui peringkat yang "kotor", tidak hairan lah para Malaikat dan Iblis memandang rendah akan kejadian manusia yang diciptakan dari tanah.

Masuknya Ruh

Roh diperintah Allah untuk memasuki jasad Adam tetapi seperti makhluk lain, Roh juga enggan, malas dan segan karena jasad yang seperti batu. 

Dikatakan Roh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam sambil disaksikan para malaikat. 

Kemudian, Allah memerintahkan Malaikat Izrail Alaihis Salam memaksa Roh untuk memasuki tubuh Adam. 

Malaikat Izra'il Alaihis Salam pun memasukkan Roh itu secara paksa ke dalam jasad tubuh Adam Alaihis Salam dan proses kemasukan Roh secara perlahan-lahan masuk hingga ke kepala Adam Alaihis Salam mengambil masa selama 200 tahun.

Setelah lengkap meresapi ke segenap kepala Adam, maka mula berfungsilah otak Adam Alaihis Salam dan tersusunlah urat saraf dengan sempurna. 

Lalu, terjadilah peristiwa dimana mata berfungsi lalu terus terbuka melihat tubuhnya yang masih keras dan para malaikat berada di sekelilingnya. 

Telinga Adam Alaihis Salam mula berfungsi dan didengarnya Kalimah Tasbih para malaikat. 

Apabila Roh tiba ke hidung Adam, lalu ia pun bersin dan mulutnya juga mula terbuka. 

Allah mengajarkan Adam kalimah "Alhamdulillah!" yang merupakan Kalimah Pertama diucapkan Adam dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri yang membalas ucapannya.*

Kemudian, roh tiba ke dadanya lalu Adam berkeinginan untuk bangun padahal tubuhnya yang bawah masih keras membatu. 

Ketika itu terserlah sifat manusia yang tergesa gesa. 

Ketika Roh sampai di perut, maka organ dalaman dan perut tersusun secara sempurna dan dari saat itu Adam mula merasakan lapar.

Akhirnya, Roh selesai meresap dengan sempurna ke seluruh anggota tubuh Adam.

Tangan dan kaki berfungsilah dengan sempurna segala peraliran darah melalui setiap ketulan otot daging, tulang temulang, urat saraf dan kulit. 

Menurut riwayat, kulit Adam Alaihis Salam amat baik rupanya ketika itu berbanding rupa kulit manusia di masa kini dan warna merah jambunya masih dapat dilihat di kuku sebagai peringatan kepada asal rupa keturunan manusia.


Dengan itu, sempurnalah sudah kejadian manusia pertama dan Adam digelar sebagai "Abul Basyar" iaitu Bapa Manusia. 

Walau bagaimanapun, hanya Nabi Muhammad s.a.w. mendapat gelaran "Abul Ruh" atau "Abul Arwah" iaitu Bapa segala Roh.


* Kalimah Pertama di ucapkan Adam Alaihis Salam adalah 'Alhamdulillah!'

Takkan lah Adam Alaihis Salam itu beragama selain dari Islam???

Pada ketika itu Adam Alaihis Salam sedang berada di Jannahtul Firdaus dan di khalayak para Malaikat Allahu Ta'ala!

Tak ada sebarang manusia lain yang wujud di waktu itu. Hanya Adam Alaihis Salam seorang sahaja manusia yang telah di ciptakan Allah di Syurga Allah!

Siti Hawwa Radhiallahu Anha belum wujud lagi! Belum lagi di ciptakan Allah dari tulang rusuk Adam Alaihis Salam yang paling bengkok.

Kalimah yang telah di ajarkan Allah kepada Adam Alaihis Salam adalah 'Alhamdulillah!' yang membawa makna 'Segala Puji bagi Allah!'

Takkan lah masih tak faham faham lagi bahawa Islam itu wujud terlebih dahulu dari mana mana kepercayaan dan ajaran yang ada sekarang ini dikalangan anak cucu Nabi Adam Alaihis Salam yang telah banyak terpesong dari apa yang di perturunkan kepada Bapa sekelian manusia?

Jangan lah hendaknya ada dikalangan umat Islam yang terpedaya dengan kenyataan2 kaffir bahawa Islam itu adalah agama ciplak yang di ilhamkan Nabi Muhammad selepas mengamati kepercayaan Yahudi dan Nasrani!

Karut semata mata!

Bagi mereka yang mengetahui, segala kejadian alam dan manusia ini di jadikan Allahu Rabbul Alamin dari Nur Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam!

Cahaya Nabi Muhammad adalah pertama sekali di ciptakan Allahu Rabbul Alamin!

Insya Allah akan saya sambung tentang kisah penciptaan Cahaya Muhammad selepas ini. 

Tunggu! 
Post a Comment