Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, January 08, 2014

Maa Rabbuka? Siapa Tuhan Kamu?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saudara saudari, Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Nampak gayanya negara kita semakin hari semakin kalut dengan polemik pertikaian tentang siapakah yang lebih berhak menggunapakai kalimah suci 'Allah' bagi menyebut nama Tuhan Sekelian Alam yang sebenar?

Persoalan ini timbul disebabkan kedegilan seorang paderi berketurunan India masih mahu menggunakan perkataan 'Allah' sebagai gantinama perkataan 'Tuhan' didalam kitab 'Bible' terjemahan Bahasa Melayu kepercayaan Gereja Kristian Katolik mereka didalam negara Malaysia ini.

Didalam Facebook semakin ramai warganegara kita bertikam lidah memperbincangkan perkara ini sehingga ke tahap memaki hamun sesama sendiri dan ada juga dikalangan mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam turut bertelingkah, tuduh menuduh dan gelar menggelar sesama mereka.

Yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis pandangan dan pendapat saya hari ini adalah bila saya membaca satu perkongsian berita dari seorang rakan Facebook saya bahawa beliau terbaca satu kenyataan di internet yang mendakwa bahawa 'Allah' bukan nama Tuhan ; ianya cuma suatu perkataan Arab yang bermakna 'Tuhan'!

Saya salin dan paparkan perkongsian tersebut dibawah untuk tatapan semua:

 "Allah is not God's name, it's just an Arabic word which means God." Read this on the net. So, if the Bible is translated into the Malay language, then the word God could be translated to Tuhan right? So why use the word Allah, since it's an Arabic word...just trying to figure this thing out.

Sejurus dengan perkongsian berita itu, bertubi tubilah perselisihan pendapat yang tercetus di laman FB kawan saya itu dan sedang berterusan sehingga sekarang.

Maka terpanggil lah diri saya ini selaku seorang blogger yang sering menulis menerbitkan artikel2 berlandaskan ilmu pengetahuan Agama Islam untuk tampil membantu menerangkan kepada beliau dan juga rakan pembaca sekelian akan apakah hakikat sebenar tentang bab melibatkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Rabbul Alamin, Tuhan Maha Suci, Maha Pencipta kita semua?

Maa Rabbuka?

Siapa Tuhan Kamu?

Soalan pertama yang akan ditanya Malaikat Munkar dan Naqir Alaihis Salam didalam kubur kita!

Maka apakah akan kita jawab?

Sudah tentu dengan 'Allahu Robbi!'

Allah Tuhan ku!

Tidak mungkin kita nak sebut nama lain. Boleh juga kita nak sebut mana mana satu nama dari 99 Asma'ul Husna Allahu Ta'ala.

Namun nama utama yang Insya Allah akan kita sebut adalah 'Allah!'

Allah sendiri menurunkan Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam melalui perantaraan Sayyidina Jibril Alaihis Salam dengan memulakan setiap 114 Surah dengan Basmallah!


Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah, (Tuhan) Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Setiap Muslim, lelaki dan perempuan, tanpa mengira perbezaan kaum, pangkat dan kedudukan wajib beriman terhadap KeEsaan Allah!

Tidak ada mana mana tuhan selain dari Allah!

Jangan lah ada di kalangan umat Islam yang keliru tentang yang mana satu Allah ini?

Perkara paling asas sekali bagi diri kita untuk layak mengaku sebagai seorang Muslim yang beriman terhadap Allah adalah untuk meyakini tanpa sebarang syak wasangka dan ragu ragu lagi bahawa 'Hanya Allah, Tuhan yang layak kita sembah!'

Sesiapa yang berkepercayaan sebaliknya bukan lah seorang Mukmin!

Tidak ada ruang walau sebesar hama bagi kita ini untuk meyakini bahawa ada kuasa selain Allah yang menciptakan kita!

Allah. Tiada Tuhan selain Ia. Tuhan Maha Suci. Maha Sempurna.

Kenali Sifat Sifat Allah.



Setiap dari kita harus menghafal dan menghayati Sifat 20 Allahu Ta'ala ini. Ianya akan membantu kita untuk mengenali siapa dia Allah, Tuhan yang kita sembah?

Marilah kita menghayati Asma'ul Husna @ 99 Nama Nama Allah, Tuhan kita!



Bilamana kaum Nasrani dari Najran datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam di Madinah dengan tujuan mahu mengetahui akan siapakah dia Tuhan yang Nabi Muhammad menyuruh untuk di sembah, maka Allahu Ta'ala mewahyukan melalui Jibril Alaihis Salam untuk Junjungan Besar kita, Muhammad ibni Abdullah untuk menyampaikan Surah Al Ikhlas, Surah ke 112 yang menerangkan secara jelas dan terperinci akan siapakah Dia, Allahu Rabbul Alamin kepada kaum dari Najran, penganut Nasrani tersebut:


Surat Al-'Ikhlāş (The Sincerity) - سورة الإخلاص

Enlarge Text
Shrink Text
بسم الله الرحمن الرحيم

112:1
Transliteration
Qul huwa Allahu ahad
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

112:2
Transliteration
Allahu assamad
Malay
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

112:3
Transliteration
Lam yalid walam yoolad
Malay
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

112:4
Transliteration
Walam yakun lahu kufuwan ahad
Malay
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Demikian lah maksud ayat ayat didalam Surah Al Ikhlas, Surah ke 112 didalam Al Qur'an Al Karim yang merupakan Penghulu Segala Kitab Wahyu2 Allahu Ta'ala yang diperturunkan kepada Nabi Muhammad, Utusan Allah Teragung kepada sekelian alam termasuk kita ini selaku manusia dan juga Nabi yang di utuskan Allah kepada Jin dan makhluk2 lain.

Ayat pertama : 
112:1

Allah menyuruh Nabi kita untuk berkata bahawa Allah itu Satu!


Bukan 3 sepertimana kepercayaan Kaffir Kristian.

Kaffir Kristian mempercayai bahawa Nabi Isa ibni Maryam itu adalah Anak Tuhan! Mereka mempercayai begitu sebab Siti Maryam, ibu Nabi Isa itu hamil tanpa ada perantaraan seorang lelaki.

Mereka keliru dan bercelaru didalam kefahaman mereka bahawa Isa itu adalah Anak Allah! Na'uzubillah hi min zalik!

Susah untuk membetulkan fikiran orang orang kaffir Kristian ini yang lupa bahawasanya Allah itu Tuhan Maha Berkuasa!

Allah cuma perlu memerintah akan sesuatu dan akan berlangsonglah apa yang Allah kehendaki!

Kun Fa Ya Kun!

Jadi! Maka Jadi Lah!

Itu adalah Kekuasaan Allah!

Kesamaan Adam Alaihis Salam dengan Isa Alaihis Salam adalah bilamana Allahu Rabbul Jalil menginginkan sesuatu itu berlaku, maka akan berlakulah sepertimana dikehendaki Allah!

Kristian ini terkeliru dengan sebab mereka didakyah sedemikian rupa oleh para paderi mereka yang takut akan kehilangan pangkat dan kedudukan mereka didalam institusi gereja.

Bagi kita umat Islam, Akidah kita terpasak teguh di atas keyakinan dan lafaz sumpah kita bahawa 'Tiada Tuhan selain dari Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah Sayyidul Mursalin! Penghulu sekelian Nabi2 dn Rasul2 Allah!

Tetapi pihak Gereja Kristian masih angkuh mahu meneruskan usaha mereka memperdaya manusia dengan menganggap bahawa Isa Alaihis Salam itu adalah Anak Tuhan yang di utuskan bagi menebus dosa dosa manusia!

Amat tidak bertanggungjawab sekali!

Mereka yang membuat onar, noda dan dosa. Senang senang pula mahu di letakkan tanggungjawab menebus dosa2 mereka itu terhadap Isa Alaihis Salam?

Islam tidak mengajar kita begitu. Dosa pahala masing masing, jawab sendiri! 

Tak adanya kita hendak menyuruh sesiapa yang lain untuk menanggung beban akibat kesalahan yang kita lakukan sendiri.

Dan ada pula mereka mempercayai akan Ruhul Kudus @ Holy Ghost. Satu fatamorgana ciptaan dan khayalan mereka sendiri.

Samada kita ke Syurga atau Neraka Allah tertakluk kepada amal ibadat kita dan Rahmat Allah semata mata. Tak adanya ruang bagi sesiapa pun di muka bumi ini untuk berperanan sebagai Ejen Tiket ke Syurga! Di Akhirat nanti tak ada nya mana mana makhluk berupaya merubah keadaan seseorang menurut kefahaman atau kecenderungan politik duniawi.

Tak ada makna nya segala pangkat kedudukan duniawi di Alam Barzakh! Tak akan sampai segala patung replika banglo, kereta Mercedes atau Rolls Royce serta 'Hell Bank Note' berjumlah jutaan dolar yang sering dibakar dek Cina untuk ruh ruh moyang dan keturunan mereka didalam Neraka Jahannam sepertimana sering kita lihat bila tiba sahaja 'Hungry Ghosts Festival' perayaan Cina penganut kefahaman Tao!



Watak watak hantu khayalan penganut Tao.

Beratus ratus juta pula nilai dolar Hell Bank note! Seolah dah tahu siap akan destinasi terakhir puak penganut kefahaman Tao ini di alam selepas kehidupan duniawi ini.

Tak ada nya mereka nak kalut berebut rebut dengan kita nak menggunapakai istilah2 suci dan terma2 yang digunapakai didalam ajaran Islam nan maha suci kita ini.

Ad Deenul Islam adalah satu satunya ajaran agama yang di wahyukan dari Allahu Ta'ala kepada kita ini, anak cucu Nabi Adam Alaihis Salam secara khusus dan istimewa.

Segala kefahaman dan kepercayaan lain adalah karut semata mata dan sebagai seorang Mukmin dan Muslim, hendaklah kita menjauhi segala adat dan resam kaum kaffirin dari mencemar akidah dan amalan seharian kita.

Akan saya terangkan lagi akan asas asas kepercayaan Agama Islam kita ini didalam waktu terdekat. Insya Allah.

Jangan mudah terkeliru akan apa apa perkara yang membezakan secara nyata diantara kita dengan penganut2 kefahaman kaffir.

Jangan dok bersetuju atau bersekongkol dengan petualang petualang agama seperti Marina Mahathir dan kumpulannya yang menyamatarafkan Allah Tuhan kita dengan tuhan2 sembahan para kaffirin!

Mereka ini akan menerima natijah kedurjanaan mereka baik di dunia ini sendiri dan Insya Allah di Alam Barzakh dan Akhirat kelak! Tak akan dapat kemana melainkan mereka benar benar insaf dan bertaubat nasuha berhenti dari melakukan segala onar ini!
Post a Comment