Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, February 18, 2014

Bila ISA di mansuhkan Najib Tun Razak ~ Tanduk2 Setan mula bercambah..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!


Saya sengaja mendiamkan diri memerhatikan reaksi spontan para pembangkang dan musuh musuh politik Kerajaan Persekutuan Malaysia dibawah pimpinan Barisan Nasional semasa dan seperti yang saya jangka jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak ternyata mengambil risiko paling besar didalam sejarah pentadbiran Malaysia dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dan lain lain akta yang berkait.


Memang Malaysia sudah lama dikawal selia dek Akta Keselamatan Dalam Negeri yang merangkumi segala keperluan mengekang dan membanteras anasir anasir yang senantiasa berusaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada diatas kemahuan masing masing untuk merasai kuasa politik pentadbiran negeri dan negara pula.


Yang paling ketara sekali adalah reaksi parti pembangkang DAP yang melalui Ahli Parlimennya Manoharan mula melatah mahu bendera negara kita ditukar kerana kononnya tidak menepati citarasanya? 

Sejak sekian lama ini Teresa Kok (DAP Seputeh) mempertikaikan penggunaan tulisan Jawi di papan papantanda jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  dan juga di kawasan kawasan dimana DAP berkuasa seperti di Pulau Pinang dan di Ipoh! 




Apa ke benda yang dia sakit hati sangat dengan tulisan Jawi? Bukannya kacau kehidupan dia pun? Ini kes tak sadar diri hidup di Tanah Melayu!!!



Suka benar hati dia dapat memasukkan tulisan2 Mandarin ke dalam papantanda kawasan parlimen nya! Memang ada resam 'Bagai Belanda mendapat tanah!'



Baru baru ini Teresa Kok menerbitkan sebuah video satira politik Tahun Baru Cina dengan menyindir isteri PM Najib Razak serta memperlecehkan peranan pasukan keselamatan negara di Sabah melalui video itu!





Sekilas pandang kita dah tahu siapa yang dia sedang sindir dengan watak di atas!



Selepas masyarakat Melayu naik marah dan mengugut untuk menampar muka nya, tahu pula dia takut dan bingkas pergi membuat repot polis mengenai ancaman di tampar itu!



Ada juga Melayu dan Muslim2 yang mahu bersama si pencetus ketegangan di kalangan masyarakat kita ini?

Ada baik dan buruk didalam perebutan kuasa politik ini tetapi kita perlu melihat akan siapakah dia mereka yang mahu menjadi pengganti dan peneraju kerajaan yang baru?


Bilamana sesebuah kerajaan terlalu lama memegang tampuk kuasa, ada bahaya kelesuan minda meresap masuk kedalam sistem pemerintahan. Keyakinan bahawa biar apa pun berlaku, mereka tetap akan berkuasa boleh membuatkan sesebuah parti politik itu hilang rasa prihatin akan keadaan rakyat dibawah perintah mereka.


Negara kita ini boleh dikatakan masih mentah lagi. Sepertimana pengkaji sejarah menyatakan bahawa kemerdekaan kita tidaklah dicapai melalui perjuangan secara ketenteraan membebaskan diri dari cengkaman penjajah Inggeris.


Almarhum Tunku Abdul Rahman tidak menyandang senjata menentang Inggeris sepertimana Allahyarham Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Indut.
Zaman sekarang, musuh2 Islam dan Melayu cepat sekali mengambil kesempatan untuk menyerang minda dan mencetuskan suasana ketidakselesaan terhadap apa apa sahaja penyataan yang berlandaskan kefahaman Islam dan kebudayaan warisan tradisional Melayu!

Mereka tidak ada masaalah didalam meninggalkan adat resam tinggalan nenek moyang mereka sebab lumrah bagi mereka mengambil apa sahaja jalan pendekatan bagi mencari kelebihan duniawi. Adat tradisi mereka semakin lama semakin pupus di sebabkan pendirian mereka yang mementingkan kebendaan semata mata.

'Masuk kandang kambing dia mengembek ; masing kandang kerbau dia menguak!' Tetapi kini dah ada ura ura nak mengambil alih kandang sekaligus! Ianya tidak mustahil mungkin berlaku!

Lihat sahaja di Singapura! 

Mana perginya Kesultanan Melayu di sana? Hanya tinggal puing puing sahaja dengan saki baki warisan Melayu mengumpul habuk di Kg.Gelam. Kini tinggal menjadi Pusat Warisan Melayu sahaja.

Di Pulau Pinang kini, penguasaan orang orang Melayu sudah semakin berkurangan dari sehari ke sehari! 

Kesultanan Kedah Darul Aman tak kelihatan bersemangat langsong untuk menuntut hak sebagai Pemerintah jajahan takluk Pulau Pinang dan seberang Perai! Lupakan sahaja hasrat kebanyakan penduduk untuk bersultankan Raja Melayu disana!

Nasi sudah menjadi bubur! Sesal dahulu pendapatan ; sesal kemudian tak ada guna nya, syeh!

Begini lah jadinya bila PM Najib Razak terikut ikut sangat kehendak cauvinis DAP dengan merungkaikan segala perundangan keselamatan yang menjaga kepentingan negara sekian lama ini!

Sekarang, bising begitu begini apa faedahnya?
Post a Comment