Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, February 12, 2014

PETUALANG LAHAD DATU, SABAH MASIH BELUM DI TANGKAP??? MENGAPA NAJIB MASIH MEMBISU???

Bergenang air mata saya membaca kisah2 sedih balu2 perwira perwira negara kita yang syahid di medan tempur Lahad Datu, Sabah!

Betapa tinggi pengorbanan mereka dan kedahsyatan cabaran yang sedang di tempuh mereka serta anak anak yang kehilangan ayah2 mereka selama lamanya! 

Manakala petualang negara yang merancangkan pencerobohan pengganas pengganas Sulu masih bebas tanpa tindakan dan pendakwaan oleh pihak berkuasa Malaysia!

APAKAH STATUS KES LAHAD DATU INI???

Apakah sia sia sahaja pengorbanan para pegawai Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia kita itu???

Apakah sudah di tutup fail kes kes pendakwaan terhadap pengkhianat negara yang menyanyikan lagu 'Sabah nak hilang?'

Apakah Kerajaan Malaysia sudah lupa terhadap kematian para pejuang2 negara kita?


ANGGOTA2 POLIS DIRAJA MALAYSIA YANG GUGUR SYAHID:
ALLAHYARHAM ALLAHYARHAM
  1. Sarjan Mejar Abd Aziz Sarikon (48) Semporna, Sabah
  2. Sarjan Mejar Baharin Hanit (49) Alor Gajah, Melaka
  3. Sarjan Salam Togiran (42) Sandakan, Sabah
  4. ACP Ibrahim Lebar (52) Besut, Terengganu
  5. Koperal Mohd Azrul Tukiran (27) Rantau Panjang, Klang
  6. Sarjan Sabaruddin Daud (47) Sabak Bernam, Selangor
  7. ASP Zulkifli Mamat (29) Besut, Terengganu
  8. Mendiang DSP Michael Padel (36) Serian, Sarawak
ANGGOTA2 ANGKATAN TENTERA MALAYSIA YANG GUGUR SYAHID:
ALLAHYARHAM ALLAHYARHAM :
  1. Koperal Ahmad Hurairah Ismail (24) Pasir Mas, Kelantan
  2. Koperal Ahmad Farhan Ruslan (21) Pasir Tumboh, Kelantan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KESEMUA PERWIRA PERWIRA DARI PDRM DAN PERAJURIT PERAJURIT KITA DARI ATM MATI SYAHID DAN MENDIANG ASP MICHAEL PADEL TERKORBAN MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA TETAPI PERANCANG UTAMA PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU SABAH ITU SAMPAI KE SAAT INI MASIH BEBAS DAN PIHAK PIHAK PDRM SERTA ATM DAN KEMENTERIAN PERTAHANAN SERTA KEMENTERIAN DALAM NEGERI MASIH TIDAK MENDEDAHKAN IDENTITI LAKNAT ITU WALAU PUN MEREKA MEMPUNYAI SEGALA BUKTI BUKTI UNTUK MENSABITKAN HARAMI ITU DI MUKA PENGADILAN!!!!

Apa guna nya masing masing bergelar Menteri begitu begini jika tidak berani menegakkan keadilan di dalam negara kita ini???

Apakah tidak cukup asas asas pertuduhan untuk mengaitkan pencerobohan terancang di Lahad Datu, Sabah itu dengan bukti kukuh si polan di dalam rakaman video You Tube ini boleh dok nyanyi bahawa Najib dah goyang sebab Sabah nak hilang?



Anwar Ibrahim menyanyikan lagu di atas berkali kali di serata negara sebelum terjadi nya peristiwa pencerobohan pengganas pengganas Sulu itu!

Ini bukan lah suatu kes yang rumit gila babi sampai tak boleh nak kaitkan dia dengan pencerobohan ke atas negeri Sabah yang merupakan sebahagian dari negara kita!

Para pengganas pengganas Sulu ini sudah tentu di biayai orang orang yang mempunyai agenda dan rancangan untuk menangguk di air keruh bila Sabah menjadi pertaruhan mereka untuk berkuasa di dalam negara kita sekiranya Kerajaan BN yang ada sekarang tumbang akibat ketidakstabilan politik negara tercetus dek pencerobohan ini!



JANGAN NANTI MENTERI MENTERI BERKENAAN DAN PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK SENDIRI DI CATATKAN DIDALAM LIPATAN SEJARAH NEGARA KITA SEBAGAI KETUA KETUA KERAJAAN MALAYSIA YANG PALING LEMAH DAN PENGECUT SAMA SAMA BERSUBAHAT DIDALAM TRAGEDI LAHAD DATU ITU!!!

Anak sulung Anwar Ibrahim si Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai PKR) yang ilmu pengetahuan amnya entah apa apa turut terlibat menghina dan memperkecilkan peranan dan tugas anggota anggota Polis Di Raja Malaysia dari Pasukan Gerakan Am dan pegawai pegawai Polis dari Cawangan Khas didalam ucapan nya didalam rakaman video You Tube di bawah:



Setelah puas menyanyi di sana sini bahawa Najib dah goyang dan Sabah nak hilang, Anwar Ibrahim muncul pula membuat rakaman video dibawah menyalahkan pihak UMNO dan Kerajaan Malaysia dibawah Najib diatas kelemahan mereka membiarkan pengganas pengganas Sulu mencerobohi wilayah Lahad Datu di Sabah:



Apakah semua ini hanya sandiwara Anwar dan juga pihak berkuasa di Malaysia memperjudikan nasib serta nyawa2 anggota2 pasukan keselamatan negara kita serta rakyat di Sabah didalam pertembungan politik di antara Pakatan DAP-PKR-PAS dengan BN dan agenda kedua pihak untuk ingin terus berkuasa ?



Apakah pihak berkuasa Malaysia yang ada ini sudah tutup fail dan melupakan perbuatan kejam pengganas pengganas Sulu terhadap jasad para perwira negara kita yang mati syahid di Lahad Datu?


Buka lah mata luas luas dan lihat betul betul!


Mayat anggota keselamatan kita yang terkorban di cincang dan dipotong potong pengganas pengganas Sulu yang konon nya orang orang Islam juga dari Kepulauan Sulu, Selatan Filipina!
Seorang anggota keselamatan negara kita yang cedera akibat terkena tembakan peluru pengganas Sulu semasa pertempuran di Lahad Datu sedang diberikan rawatan.

Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua (gambar dibawah) mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa di Lahad Datu itu hanya sandiwara UMNO! 

Keluarga keluarga perwira negara kita yang gugur mati syahid di sana mempertahankan kedaulatan negara hancur kehidupan mereka kini tetapi laknat laknat begini boleh dengan selamba sahaja memperlekehkan kematian dan pengorbanan para perwira perwira kita!





Entah lah tuan tuan dan puan puan, sama sewarganegara dengan saya! 

Sakit hati ini mengenangkan semua apa yang telah terjadi ini dan kelemahan Kerajaan Malaysia di bawah Najib Tun Razak yang terus membiarkan semua ini berlalu cuma tanpa mengambil langkah menghadapkan petualang petualang di sebalik pencerobohan pengganas pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah itu terus bebas sampai ke hari ini!

Itu baru pengganas pengganas Sulu yang kehidupan masing masing cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, datang menceroboh wilayah Sabah sebab di janjikan segenggam wang dan sebidang tanah jika mereka berjaya menakluki Sabah!

Ada di antara mereka begitu miskin dan tidak berkelengkapan perang selayaknya. Ada yang bersepatu biasa dan tubuh badan penuh berselirat dengan segala tangkal azimat ilmu hitam konon nya mampu kebal dari di tembak peluru dan sebagainya. 

Mati nya mereka jasad terus berulat dan menghitam wajah angkara sanggup mempercayai kuasa sihir dan iblis syaitan! 

Bukankah ini semua adalah petunjuk dari Allahu Ta'ala akan akibat perbuatan syirik menyekutukan Allah dengan pengamalan ilmu hitam?

Tangkal azimat tak dapat menyelamatkan penceroboh ini dari mati sia sia di Sabah!
Tak berupa manusia lagi si pengganas Sulu yang mati ini!
Kesudahan nasib penceroboh Sulu mampus di Lahad Datu, Sabah!
Bergelimpang mati di Kampong Tanduo, Sabah si pengganas Sulu ini
Mati berkecai kepala otak berterabur pengganas pengganas Sulu ini di Lahad Datu, Sabah!
Tali pinggang hijau pun tak dapat menjadikan penceroboh2 Sulu ini kebal 
dari dibunuh askar2 dan polis kita!
Seorang lagi pengganas Sulu yang kecundang di Sabah!
Mereka yang kononnya kebal tersungkur juga akhirnya di Sabah!
Betapa cepatnya mereput jasad penceroboh Sulu pengamal ilmu ilmu hitam!
Mayat mayat pengganas Sulu ditanam beramai ramai didalam kawasan ladang kelapa sawit di Lahad Datu!
Sudah rupa Jerangkong Hidup pengganas Sulu wanita ini dapat ditangkap!
Sudah tentu kedua Menteri Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri kita ini tahu siapa dia Petualang di sebalik Tragedi Pencerobohan Pengganas Pengganas Sulu di Sabah setahun lalu tetapi mendiamkan diri kerana.... 

PM Najib Razak @ Ketua Kerajaan BN Malaysia (gambar di atas ini) masih belum memberikan lampu hijau untuk mereka mendedahkan identiti si pengkhianat negara yang masih bebas kesana kemari ke saat ini!!!

Apakah mungkin kita semua di kejutkan sang pemerintah tak lama lagi atau perkara ini akan di senyapkan terus sampai kita semua turut mati?

Wallahu alam bissawab!
Post a Comment