Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 02, 2014

Melayu Pulau Pinang ~ UMNO mampu menyelamatkan Melayu Penang dari terus terusir!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Umum mengetahui bahawa masaalah Melayu Pulau Pinang bermula dengan penjualan hak dan tanah tanah kampong mereka kepada pihak pemaju dan sebagainya. 


Segala kemelut Melayu Pulau Pinang yang bagaikan 'Menang sorak ; kampong tergadai' seperti kita lihat telah berlaku di Perkampongan Melayu Pokok Asam di Jelutong Timur, Perkampongan Melayu Tanjong Tokong, Perkampongan Melayu Kg Binjai, Bayan Lepas dan kini yang melanda orang orang Melayu Pulau Pinang di kawasan Balik Pulau menjadi sebegitu kerana para pemilik tanah Melayu berkenaan telah menjualnya kepada pemaju yang ada diantaranya bukan Melayu.


Setiap pemaju perumahan sudah tentu mahu membuat sebanyak mungkin keuntungan dari projek projek mereka dan membina taman taman perumahan kos sederhana tinggi ke perumahan mewah untuk meraih kepulangan tertinggi sebanyak mungkin dari pelaburan mereka.


Jadi dari segi ringgit dan sen, kita tidak boleh mempersalahkan tuan tuan tanah persendirian dari menjual tanah tanah mereka demi mencari sumber kewangan untuk keperluan keperluan peribadi mereka.


Apa yang saya ingin mencadangkan disini adalah apa salahnya UMNO tampil kemuka menjadi pembeli tanah tanah persendirian Melayu didalam Negeri Pulau Pinang dan menjadi pemilik tanah tanah itu dan kemudiannya memajukan tanah terbabit melalui satu perbadanan mereka sendiri demi menjaga kepentingan orang orang Melayu Pulau Pinang itu sendiri?


Bukankah slogan UMNO adalah 'UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia'?


Rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan serta fahaman agama.


Orang orang Melayu Pulau Pinang bukan semuanya benar benar berketurunan Melayu sepertimana kita semua sedia maklum. Ramai diantara mereka yang mengaku sebagai Melayu Pulau Pinang sebenarnya berketurunan dari samada darah campuran India Muslim / Pakistan / dsbnya.


Dari pengalaman peribadi saya membesar di Pulau Pinang, saya telah menyaksikan betapa sesetengah dari 'Melayu' Pulau Pinang ini amat gemar berhasad dengki dan berebut harta sesama mereka. 

Amat jarang sekali untuk kita melihat mana mana usahawan dikalangan masyarakat Melayu dan India Muslim Pulau Pinang untuk berlapang dada bilamana ada pesaing pesaing mereka maju didalam usahaniaga mereka atau untuk bantu membantu didalam kerja kerja kebajikan dan faedah umat Islam bersama.



"MALAYSIA BUKAN SEBUAH NEGARA ISLAM!!!"

Lim Kit Siang, Bapa kepada Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah kuasa DAP sekarang lantang berucap begitu di Parlimen Malaysia!

Melayu boleh buat apa???

Melayu dan Mamak Penang dah berapa ramai yang pindah keluar dari Penang?


Klik disini untuk membaca laporan Agendadaily tentang nasib Melayu Pulau Pinang selepas PRU13!

Bagi pendapat saya lah, UMNO Malaysia mampu memperbetulkan semula keadaan nasib Melayu di Pulau Pinang dan diserata Malaysia dengan mengambil langkah pro aktif!

Sila rujuk laporan Blogger Din Turtle disini !

Tak ada maknanya para pemimpin Melayu didalam Majlis Tertinggi UMNO kaya raya dengan memiliki rumah2 besar bagaikan istana, berkereta mewah berderet deret dan bermewah mewahan dengan harta benda mereka sedangkan mereka mampu untuk membeli tanah2 lot di Negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai dan kemudiannya membangunkan tanah2 lot itu sebagai taman2 perumahan dan mengutamakan dibeli orang2 Melayu dengan harga mampu milik oleh mereka!

Hidup di dunia ini sekejap saja Datuk2 dan Tan Sri, Tan Sri sekelian! Harta dunia berjuta juta dan berbilion tu tak boleh di bawa masuk kubur!


Betul tak?
Post a Comment