Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, April 21, 2014

Karpal Singh dan Najib Razak tetap bersama menentang pelaksanaan Syariat Allah dan Hukum Hudud! Bukti nya..

5:44
Transliteration
Inna anzalna attawrata feeha hudan wanoorun yahkumu biha annabiyyoonaallatheena aslamoo lillatheena hadoo warrabbaniyyoonawal-ahbaru bima istuhfithoomin kitabi Allahi wakanoo AAalayhi shuhadaafala takhshawoo annasa wakhshawni wala tashtaroo bi-ayatee thamanan qaleelan waman lam yahkum bima anzala Allahu fa oola-ikahumu al kafiroon
Sahih International
Indeed, We sent down the Torah, in which was guidance and light. The prophets who submitted [to Allah ] judged by it for the Jews, as did the rabbis and scholars by that with which they were entrusted of the Scripture of Allah , and they were witnesses thereto. So do not fear the people but fear Me, and do not exchange My verses for a small price. And whoever does not judge by what Allah has revealed - then it is those who are the disbelievers.
Malay
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Surah Al Maidah. Ayat ke 44. Al Quran Al Karim.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala begitu jelas sekali berfirman bahawasanya barangsiapa di kalangan manusia yang tidak menghukum menurut perintah Allah adalah orang orang yang kafir terhadap Nya!

Mendiang Karpal Singh yang mencabar sesiapa sahaja di kalangan umat Islam di Malaysia (terutamanya Ketua2 Agama Islam @ Sultan2 dan Raja Melayu) untuk melangkah mayatnya jika mahu mendirikan sebuah Negara Islam di pentas pilihanraya di Pasar Batu Lancang, Pulau Pinang pada tahun 1990 tetap berpegang teguh pada prinsip nya itu sampai ia mati didalam kemalangan jalanraya baru baru ini!

Saksikan bukti penentangan nya terhadap Hukum Hudud (Syariat Allah):



Karpal Singh dan kuncu kuncunya didalam Pakatan Pembangkang yakni DAP, PKR dan PAS tak perlu gusar.

Legasi penentangan terhadap cadangan pelasanaan Hukum Hudud dan Syariat Allah di bum negara kita Malaysia ini di teruskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Hj. Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Presiden UMNO dan Barisan Nasional!

Bukti nya? Buka mata luas luas dan pasang telinga tuan/puan :



Tuan2 dan puan2, warga Malaysia sekelian.

Allahu Rabbul Alamin adalah Tuhan Pencipta sekelian alam termasuk diri kita ini sebagai manusia. Allah Maha Mengetahui akan sifat dan sikap kita bila sering terdedah kepada gejolak hawa nafsu dan cenderung kepada salah laku andainya kita ini tidak beriman dan beramal seperti sepatutnya menuruti segala perintah dan suruhan Allah!

Jika di andaikan Allah sebagai pengeluar produk, maka sudah tentu Allah akan mengadakan tatacara penggunaan produk tersebut supaya mudah mendapat manfaat terbaik dari produk tersebut!

Allahu Ta'ala tidak mencipta kita tanpa menurunkan tatacara kehidupan untuk membimbing kita ini di dunia ini dan di akhirat nanti. Tatacara kehidupan itu diturunkan berbentuk wahyu2 yang disampaikan kepada setiap nabi dan rasul2 Allah melalui zaman berzaman.

Itu adalah berbentuk suhuf2 dan kitab2 yang diperturunkan Allah kepada manusia melalui perantaraan Malaikat Jibril Alaihis Salam. 

Cuba hayati maksud dan makna Ayat ke 213 didalam Surah Al Baqarah dibawah:


2:213
Transliteration
Kana annasu ommatan wahidatan fabaA Aatha Allahu annabiyyeena mubashshireena wamun thireena wa anzala maA Aahumu alkitaba bilhaqqili yahkuma bayna annasi feema ikhtalafoo feehi wama ikhtalafa feehi illa allatheena ootoohu min baAAdi ma jaat-humu albayyinatu baghyan baynahum fahada Allahu allatheena amanoo lima ikhtalafoo feehi mina alhaqqi bi-ithnihi wallahu yahdee man yashao ila siratin mustaqeem
Malay
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

Umum mengetahui bahawa manusia ini mempunyai pilihan sendiri samada mahu menuju ke jalan Allah atau ke jalan sebaliknya? Manusia adalah satu satunya makhluk ciptaan Allah yang diberi pilihan. 

Nak menuju syurga Allah dengan menuruti segala Perintah Nya atau kufur terhadap Allah dengan memilih jalan ke Neraka!

Maka adalah menjadi bukti sejarah bahawasanya manusia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan telah berpecah belah dan mengada adakan segala macam kepercayaan yang karut marut rekaan daya imaginasi mereka sendiri dan berpaling dari Ad Deenul Tawheed iaitu Al Islam.

Selain dari Al Islam, segala kepercayaan lain adalah palsu dan karut semata!

Didalam Surah Al-Imran Ayat ke 19, Allahu Ta'ala telah berfirman bahawa:


3:19
Transliteration
Inna addeena AAinda Allahi al-islamu wama ikhtalafa allatheena ootoo alkitaba illa min baAAdi ma jaa humual AAilmu baghyan baynahum waman yakfur bi-ayati Allah hifa-inna Allaha saree AAu alhisab
Malay
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
Orang orang kaffir seperti Karpal Singh dan kuncu kuncunya tidak akan beriman terhadap Allah dan sudah tentu tidak mahu berhukumkan Ayat ayat Suci dan Syariat dari Allah kerana hati mereka sudah terhijab dengan segala buruk sangka dan dendam kesumat hasil dari indoktrinasi para pemimpin kaum mereka sejak zaman berzaman lagi!

Cuba kita hitung jumlah bilangan manusia yang hidup sekarang? Secara hitung kasar berjumlah 7.2 bilion manusia (dan bertambah setiap saat). Jumlah bayi yang lahir sekali ganda dari jumlah manusia yang mati.

Dari jumlah sebanyak itu, berapa peratus kah manusia2 yang beriman terhadap Allah? 


via chartsbin.com


Menurut carta di atas jumlah manusia yang beriman cuma sekadar 21.1% dari jumlah bilangan besar manusia yang hidup di muka bumi sekarang ini. Bukan kah hampir 80% dari jumlah manusia sekarang ini adalah terdiri dari mereka yang kaffir terhadap Allah?

Berbalik semula kepada kenapa saya menyamakan Najib Razak dengan Karpal Singh?

Karpal Singh yang mati sebagai seorang kaffir terhadap Allah di puja dan di puji sebagai seorang yang amat berjasa kepada negara kita! Salah satu jasanya dikatakan adalah disebabkan dia lah yang pertama sekali membuka cerita tentang kesalahan jenayah liwat Dato Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Malaysia yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Kalau tidak kerana Karpal Singh, Anwar Ibrahim dah lama naik menjadi PM!

Mendiang Karpal Singh di raikan sebagai juara rakyat oleh para penyokongnya. 

Di waktu yang sama, ramai termasuk diri saya sendiri berkata "Syukur Alhamdulillah!" bila mendapat perkhabaran tentang kematian Karpal Singh!

Kenapa saya berkata begitu?

Sudah tentu kerana Karpal Singh merupakan musuh utama umat Islam se Malaysia yang mengimpikan untuk sempat hidup di bawah lindungan Syariat Allah yang sebenar dan tidak di bawah Perlembagaan Malaysia yang sekular tinggalan penjajah British Kolonial di bekas Tanah Melayu ini!

Datang pula si Najib Tun Razak ini menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran gabungan Barisan Nasional dan di terajui nya 'TIDAK AKAN MELAKSANAKAN HUDUD' @ Syariat Allah di Malaysia!

Jadi apa perbezaan nya di antara Karpal Singh yang mati sebagai seorang kaffir yang paling tegar menentang Syariat Islam dengan Najib Razak yang bertekad untuk tidak melaksanakan Syariat Allah yang memerintah supaya umat Islam di hukum menurut Undang2 Syariah Nya?

Tak ada bezanya!

Seorang Kaffir dan seorang lagi Fasik!

Fasik sebab dia tahu bahawa Hukum Hudud itu adalah sebahagian dari Hukum2 Allah TETAPI MEMILIH UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM2 ALLAH!

Semak balik ayat Quran tentang mereka yang tidak mahu menghukum sesama manusia dengan berpandukan Syariat Allah!

Surah Al Maidah. Ayat ke 47 :


5:47
Transliteration
Walyahkum ahlu al-injeeli bimaanzala Allahu feehi waman lam yahkum bimaanzala Allahu faola-ika humu alfasiqoon
Malay
Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Kaki pembantah akan berkata bahawa ayat di atas merujuk kepada 'ahli ahli Kitab Injil dan bukan Ahli Kitab Al Quran.

Bagi mereka yang beriman dan berimu pengetahuan sudah tentu faham bahawasanya dengan penurunan Kitab Al Qur'an Al Karim kepada Khatimul Anbiya Nabi Muhammad ibni Abdullah Sayyidul Mursalin, maka segala kitab kitab terdahulu telah terangkum didalam Sayyidul Kitabullah iaitu Al Quran Al Karim dan turut mengandungi segala perintah2 Allah kepada kita anak cucu Nabi Adam Alaihis Salam.

Pengengkaran Najib Tun Razak terhadap kewajipan dirinya sebagai Pemerintah Ulung Kerajaan Malaysia untuk menentukan bahawa Syariat Allah mengatasi segala perundangan ciptaan manusia di Malaysia ini meletakkan dirinya sama setempat dengan mendiang Karpal Singh. Iaitu dikalangan mereka yang menentang Undang2 Allah.



Ramai dikalangan penyokong Najib Razak menghujani laman Facebook saya dengan membela tindakan Najib untuk tidak menegakkan Hukum Hudud di Malaysia selama ia berkuasa sekarang ini dengan alasan bahawa negara kita belum bersedia dari segi kecekapan para pegawai pegawai agama di Jabatan Kemajuan Islam, Jabatan Perdana Menteri @ JAKIM dan segala Jabatan2 Agama Islam Negeri2 di Malaysia.

Ada juga yang menyatakan bahawa ekonomi negara kita belum kuat untuk merealisasikan pelaksanaan Undang2 Syariah Allah ini. Seribu satu alasan dihamburkan demi untuk menunjukkan kepada Najib Razak bahawa ia mempunyai peguam2bela tidak berbayar (atau yang ada kepentingan) dikalangan warga siber yang bersedia mempertahankan nya dari kritis saya ini!

Cuma satu sahaja nasihat saya kepada semua peguam2bela Najib Razak ini. Sedarlah kamu bahawa hidup dan matinya kamu dan juga diri saya sendiri ini sudah ditetapkan oleh Allahu Rabbul Alamin!


21:35
Transliteration
Kullu nafsin tha-iqatu al mawt iwanab lookum bishsharri walkhayri fitnatan wa-ilayna turjaAAoon
Malay
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Surah Al Anbiya Ayat ke 35. Al Quran Al Karim

Sepandai pandai kalian mahu berhujah mempertahankan seorang manusia yang fasik terhadap Allahu Ta'ala, akan tiba saat nya dimana nyawa kalian akan sudah sampai ke kerongkong anda dan akan di rentap Malaikatul Maut Sayyidina Izra'il Alaihis Salam tanpa mengira bahawa anda dan Najib berada di Seri Perdana, Putrajaya dengan di lingkungi oleh segala hulubalang dan anggota2 Unit Pasukan Simpanan Persekutuan @ FRU lengkap bersenjata dan berkereta kebal tercanggih di dunia ini.




Apakah akan kalian jawab nanti bila di soal kedua Chief Interrogator Allahu Ta'ala yakni Malaikat2 Munkar dan Naqir nanti di Yaum al Barzakh @ Alam Kubur daa?

Apakah kalian nak cakap "Sorry brader! Kami belum bersedia tuan!"?

Jangan kata bahawa Tok Mamu @ Mahaguru58 ini tak peringatkan kalian, ye!
Post a Comment