Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh pencabar langkah mayat dia jika nak tegak Negara Islam Malaysia sudah mati pagi tadi! Alhamdulillah!


3:185
Transliteration
Kullu nafsin tha-iqatu almawt iwa-innama tuwaffawna ojoorakum yawma alqiyamatifaman zuhziha AAani annari waodkhilaaljannata faqad faza wama alhayatu addunyailla mataAAu alghuroor
Malay
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Karpal Singh yang merupakan penghalang utama penguatkuasaan Syariat Allah di muka bumi tanahair kita ini yakni Semenanjung Tanah Melayu telah mati didalam keadaan yang ngeri pagi tadi didalam kecelakaan jalanraya!

Mayat mendiang Karpal Singh di tuntut ahli keluarga nya di Rumah Mayat Hospital Kampar. Perak. 



Apakah secara kebetulan tulah menderhaka terhadap Duli Tuanku Sultan Perak maka takdir Ilahi menentukan Karpal mati secara ngeri di tanah jajahan bumi Perak Darul Ridzuan?



Karpal Singh yang baru meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP turut merupakan duri didalam daging pemerintah Kerajaan BN Malaysia dan juga telah didapati bersalah menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Shah didalam perkara melibatkan titah Tuanku memecat MB Nizar Jamaludin Pakatan Pembangkang setelah kuasa majoriti beralih dari pembangkang kepada BN selepas 3 ADUN Pakatan beralih menyokong BN pada tahun 2009.

Sering bersengketa dengan Speaker Parlimen Malaysia, Karpal Singh dan anak nya Gobind Singh Deo sudah terakam didalam Hansard Parlimen bertegang urat tak sudah sudah dengan ahli ahli Parlimen BN dan selalu di hukum perintah keluar Dewan Rakyat disebabkan kedegilan mereka menentang perintah Tuan Speaker!



Cara mereka anak beranak menghuru harakan Dewan Rakyat pasti tidak akan di lupakan Ahli2 Parlimen semua:



Karpal Singh pada tahun 1990 mencabar sesiapa sahaja yang mahu menegakkan sebuah Negara Islam di Malaysia ini untuk melangkah mayatnya dahulu!

Tak ada seorang pun yang berani mencabar Karpal Singh tentang kenyataan nya itu sehingga lah pada tahun 1999, di Forum Keadilan, saya menyoal Karpal tentang penentangan nya itu terhadap Syariat Islam! 

Karpal Singh menjawab bahawa ia tidak menentang umat Islam secara mutlak tetapi cuma tidak bersetuju untuk Undang2 Islam digunakan terhadap orang2 bukan Islam! Dia meminta maaf sekiranya telah menyinggung perasaan umat Islam dengan kenyataan nya itu! Sila baca disini dan disini.





Apa apa pun, sudah tamat riwayat Karpal Singh pagi tadi. Tinggal sejarah sahaja hakikat bahawa Karpal Singh selama hayatnya merupakan penghalang utama menahan dan menyekat PAS dari menguatkuasakan Hukum Syariah di Kelantan walau sudah bertahun Dewan Perundangan Negeri Kelantan meluluskan usul penegakkan Syariah Allah di sana!


Sebenarnya saya percaya Kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional dan juga Sultan2 Melayu tidak berani untuk menegakkan Syariah Allah di Malaysia ini sebab kehidupan sekelian yang terlibat pun tidak seperti yang di tuntut Ad Deenul Islam!

Hidup bermewah-mewahan dan mengikut tatacara kehidupan orang2 Kaffir Barat! Tak adanya Karpal Singh kat dunia ni sekarang pun belum tentu memberanikan diri sesiapa pun pemimpin Melayu di Malaysia menjadi juara menegakkan Hukum2 Allah di Malaysia! Tengok sahaja lah sendiri selepas ini!
Post a Comment