Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, April 09, 2014

Polis Di-Raja Malaysia derita berjemur dek panas mentari ; basah dihujani! Ada sesiapa peduli?

Setiap kali saya ternampak anggota2 Polis Di-Raja Malaysia kita duduk berpeluh menderita dibakar dek panas mentari ataupun basah lencun di sirami hujan semasa bertugas duduk dibawah payung tepi2 jalan, maka sakit hati saya memikirkan betapa pihak2 yang berkenaan tidak mengambil peduli akan kesusahan anggota2 Polis kita!


Para pegawai tertinggi PDRM dan Kementerian Dalam Negeri sedap je duduk bersejuk sejuk di pejabat berhawa dingin masing masing manakala anggota2 berpangkat rendah seperti yang kita lihat di tepi2 jalan bermandi peluh dengan memakai unifom lengkap dibawah payong dengan meja plastik di kawasan kawasan bandaraya kita!

Apakah Kerajaan Malaysia sudah tidak ada duit untuk membeli bas bas mini berhawa dingin untuk kegunaan anggota2 Polis kita sebagai pondok Polis atau Balai Bergerak?

Setahu saya ada saja acara itu dan ini yang di anjurkan pihak kerajaan untuk keraian itu dan ini yang menelan belanja hangus berpuluh malah beratus ribu ringgit setiap masa.

Apakah pengorbanan anggota2 Polis Di-Raja Malaysia kita di seluruh negara tidak di ambil kira ketua2 Polis negeri dan negara?

Apakah mereka itu bukan manusia biasa seperti kita? Mereka pun ada perasaan. Ada rasa sakit dan susah panas serta sejuk bersilih ganti dengan perubahan cuaca di negara kita ini. Fikir lah tentang keperluan mereka juga!

Jika perkara asas seperti ini pun tidak di ambil kira oleh pihak berkuasa, bagaimana kah tidak masyarakat kita agak keberatan untuk menyertai pasukan beruniform dan menjadi baris pertahanan negara kita yang pertama?

Tak kasihan ke pada mereka? 

Saya pernah merakamkan video menunjukkan kesengsaraan anggota2 Polis yang sedang bertugas, bermandi peluh di khemah berdepan Ampang Point pada tahun 2009! 5 tahun yang lalu! 

Sampai sekarang tak ada perubahan!



Sampai bilakah anggota2 Polis akan tersiksa semasa sedang bertugas? 

Sudah lah semakin kurang ajar segelintir masyarakat negara ini terhadap anggota2 Polis sebab di biarkan saja oleh pihak berkuasa tanpa mengambil tindakan yang tegas terhadap penghina2 Polis seperti perempuan India didalam gambarfoto ini:



Jika di Amerika Syarikat, dah bersembur gigi si Minachi di atas di kerjakan Polis mereka!

Juga maarof sintok dibawah ini yang mencerca dan menghina Polis di Facebook :
Semasa protes BERSIH kejadah dahulu, anggota Polis Trafik kita ditendang oleh lahanat didalam gambar ini:



Saya percaya setiap rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini mahu keadilan di tegakkan bagi setiap anggota Polis Di-Raja Malaysia dan mengajar setiap pelanggar undang undang seperti tertera di atas!

Kebajikan anggota anggota Polis kita mesti di utamakan! Tanpa adanya pasukan Polis Di-Raja Malaysia kita bertugas pagi petang siang malam didalam semua keadaan cuaca dan cabaran2 semasa, hidup kita semua ini tidak akan aman tenteram dan nyawa2 kita akan terancam dengan serangan dari musuh2 durjana yang ada di Malaysia!

Kita semua berhutang nyawa dengan pasukan2 keselamatan negara dan tanahair kita ini!

Jangan lupa! Penjenayah semakin berleluasa! Kita sudah tidak selamat lagi walau di dalam rumah kita! Pencerobohan penjenayah semakin menjadi!





Siapa yang boleh kita harap untuk menyelamatkan kita? Siapa lagi jika bukan pasukan Polis Di-Raja Malaysia?

Di tambah pula dengan ada nya Ahli Parlimen PKR seperti Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim yang membuta tuli memperlekehkan pasukan Gerakan Am Polis Di-Raja Malaysia dan meminta supaya PGA PDRM dibubarkan! Saksikan sendiri:



Bila rumah dia di cerobohi perompak dan perogol, siapa kah yang akan dihubungi nya untuk meminta pertolongan?

Polis Di-Raja Malaysia adalah benteng negara! 

Jagalah kebajikan anggota2 Polis kita supaya mereka dapat menjaga keselamatan kita semua dengan lebih sempurna!

Insya Allah!
Post a Comment