Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, June 13, 2014

Salam Nisfu Sya'aban kepada sekelian Mukminin wal Mukminat, Muslimin wal Muslimat!

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Sayyidatina Aisyah Radhiallahu Anha meriwayatkan bahawa Nabi Sallallalahu Alaihi Wassallam tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi Radhiallahu Anhu :

“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri".

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Sayyidatina Aisyah Radhiallahu Anha “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Sumber.

'Allahumma inni as aluka ilman na fi aa ; wa rizqan toyyiban ; wa amalan muttaqabbala!'



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Ya Ikhwanul Muslimin!

Salam Nisfu Syaaban kepada semua yang beriman dan beramal soleh!

Maaf zahir batin saya pohon daripada mereka yang merasa saya ada terkasar bahasa dan tersilap laku terhadap anda!

Manfaatkan saki baki kehidupan kita di dunia yang fana ini. Beramal ibadah lah sedaya kita!

Jangan dok lorat gila bola! Depa tak kenai pun akan mereka yang dok demam piala dunia!

Akhirat brader! Itu yang patut di utama!

Dunia dunia juga. Akhirat itu kan pasti! Maka jangan sampai lupa destinasi kita seterusnya sesudah Ruh kita di cabut Sayyidina Izra'il Alaihis Salam keluar dari jasad sementara kita ini, ya?

Selamat menyambut Nisfu Syaaban dan bersiap lah kita semua bagi menyambut Ramadhan al Mubarak nanti!

Insya Allah!
Post a Comment