Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, July 05, 2014

Gerai2 Ramadhan DBKL Masjid India menjejas teruk para peniaga tetap di sana!

Bila tiba sahaja bulan Ramadhan, maka Jalan Masjid India yang terkenal di bahagian lama kotaraya Kuala Lumpur akan mulai sesak di sepanjang jalan dengan gerai gerai pelbagai macam barangan jualan perayaan.

Masaalah nya gerai gerai perniagaan bermusim ini di dirikan betul betul di hadapan premis premis perniagaan hakiki di Jalan Masjid India! Setiap tahun DBKL mengeluarkan begitu banyak lesen perniagaan kepada peniaga peniaga sementara ini tanpa memperdulikan nasib para peniaga asal di kawasan segitiga emas ini.

Saya ke kawasan ini untuk mengambil gambar keadaan di sekitar kotaraya dan selepas kecewa dengan keadaan Masjid Jamek Bandaraya yang di kunci oleh petugas di sana dengan alasan kerja2 pembersihan akan di lakukan mereka dan masjid hanya boleh di masuki pada jam 12 tengahari ke atas, saya sedang berjalan ke stesen LRT Masjid Jamek untuk kembali ke kariah saya untuk solat Jumaat, saya bertembung dengan rakan blogger saya. OutSyed the Box.

Syed Akbar Ali, salah seorang peniaga berpremis di Jalan Masjid India mengadu bahawa perniagaan beliau terjejas teruk dengan pemasangan gerai gerai sementara oleh DBKL yang menutup premis perniagaan nya dari pandangan para pelanggan!

 Maka saya pun menemani beliau untuk membuat liputan ini bagi membantu Syed mengutarakan masaalah yang beliau dan para peniaga berpremis di Jalan Masjid India sedang hadapi.





Nampak tak apa yang Tuan Syed Akbar Ali dan para peniaga lain sedang hadapi?

Bayangkan anda membayar sewa kedai RM30,000.00 sebulan, pelbagai macam lagi kos pengupahan pekerja pekerja, bayaran utiliti dan seribu satu lagi perbelanjaan perniagaan dan tiba tiba ada pihak DBKL membenarkan peniaga peniaga sementara ini datang menutup ruang hadapan kedai anda dengan gerai gerai mereka sepanjang satu satu nya bulan yang anda nantikan untuk mencari sedikit kelebihan keuntungan?

Kalau ada di antara peniaga itu yang berkemungkinan rugi besar angkara kemunculan gerai gerai perosak perniagaan ini, siapa kah yang akan bertanggungjawab terhadap segala kemungkinan yang akan berlaku?


Syed Akbar Ali turut menunjukkan pada saya akan papan notis waktu punggah memunggah untuk para peniaga oleh pihak DBKL yang tak masuk akal!

Mana ada mana mana pihak pembekal beroperasi pada waktu lepas tengah malam sehingga ke jam 5 pagi seperti tertera?

Memang bengong lah barangsiapa pegawai DBKL yang bertanggungjawab ke atas semua masaalah ini!

Post a Comment