Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, August 31, 2014

Lim Guan Eng secara senyap men'republik'kan Pulau Pinang dari Malaysia! Kerajaan Pusat boleh buat apa?



Lim Guan Eng, Ketua Menteri Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang nampaknya seolah men'republik'kan Pulau Pinang dan Seberang Perai melalui tindak tanduknya dengan mengarahkan supaya di sambut Hari Kemerdekaan Malaysia di sambut dengan tema 'Bersatu dan Maju' lain dari tema rasmi sambutan Merdeka Negara kita bagi tahun ini iaitu 'Di Sini Lahir Nya Sebuah Cinta'!


Baru baru ini Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada Polis Di Raja Malaysia dan akan tetap menyokong Pasukan Peronda Sukarela yang di tubuhkan DAP di atas alasan untuk mengawal keselamatan Negeri Pulau Pinang kerana Polis Pulau Pinang di katakan tidak cekap menjaga keselamatan rakyat negeri berkenaan!



Pada malam Ahad 17hb Ogos 2014, Ong Eu Soon seorang lelaki Cina berusia 52 tahun, anak jati Negeri Pulau Pinang dan seorang aktivis sosial ALIRAN Pulau Pinang telah di belasah beberapa orang anggota Pasukan Peronda Sukarela DAP Pulau Pinang!



Ong Eu Soon di belasah oleh anggota2 PPS kerana beliau mempertikaikan kewajaran beberapa projek Lim Guan Eng seperti projek terowong yang di katakan ada kepentingan peribadi Ketua Menteri Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang itu! 

Berikut adalah petikan salinan repot polis berkaitan kes serangan PPS tersebut:



Ikuti laporan penuh kes ini di sini dan di sini

Sebelum ini pada tahun 2012 ada seorang wartawan akhbar Cina Pulau Pinang di belasah pasukan PPS DAP! 




Ikuti laporan berkaitan di sini.

Ini baru sebuah negeri dikuasai DAP dan sudah ada ura ura mahu mengeluarkan Pulau Pinang dan Seberang Perai dari Malaysia dengan cara menubuhkan pasukan keselamatan khas seperti Pasukan Peronda Sukarela ini.

Bayangkan jika DAP menguasai negeri2 lain di Malaysia ini? Na'uzubillah!

Besar kemungkinan Cina Cina DAP ini akan menubuhkan pasukan tentera mereka ala Komunis Bintang Tiga dahulu dan memerangi Kerajaan Pusat Malaysia nanti secara revolusi bersenjata!

Saya sebut Cina Cina DAP sebab bangsa lain seperti Melayu dan India hanya dapat menempek sahaja di samping takhta seolah Maharaja Cina DAP iaitu Lim Guan Eng dan bapa nya Lim Kit Siang! Yang lain itu semua ala 'window dressing' sahaja. 

Kuasa mutlak didalam Empayar DAP di pegang Lim Kit Siang dan anak nya Lim Guan Eng!


Barangsiapa yang cuba mempertikai atau mencabar mereka akan di belasah orang orang suruhan DAP didalam Pasukan Peronda Sukarela Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang!

Hari ini Polis Di-Raja Malaysia telah menyahut cabaran Lim Guan Eng dengan menahan 250 orang anggota anggota Pasukan Peronda Sukarela DAP Pulau Pinang seusai sahaja mereka menyertai perarakan sambutan Kemerdekaan di Padang Kota, Pulau Pinang.



Seperti di jangka, Lim Guan Eng masih terus berdegil dengan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyediakan pasukan peguam untuk membela semua anggota pertubuhan haram tersebut!

Cumanya saya agak terkilan membaca laporan New Straits Times di sini bahawa semua anggota PPS itu di tahan di atas kesalahan mengambil bahagian didalam perhimpunan yang tidak sah!

Sila rujuk kepada ulasan Phee Boon Poh, Ketua Pasukan Peronda Sukarela Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang berikut:

"Meanwhile, PPS chief Phee Boon Poh described the action taken by the police as 'unbelievable'.They were detained for illegal assembly. At the Merdeka Day march-past. It is unbelievable," he said when met at the Esplanade grounds."

Saya khuatir bahawa penahanan tersebut akan terbatal di atas kesilapan teknik perundangan. Nak tahan mereka di atas kesalahan berkumpul di perhimpunan sah itu sudah pasti di cabar peguam bela mereka sebagai tidak berasas kerana mereka berhimpun di dalam acara rasmi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Sepatutnya mereka di tahan di atas kesalahan menjadi anggota sebuah pertubuhan keselamatan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. 

Apakah para penguasa Polis Di-Raja Malaysia tidak tahu untuk menahan mereka ini menurut peruntukan Akta Perundangan yang sepatutnya?

Kesilapan2 teknikal dari segi perundangan seperti ini lah yang sering di gunakan para peguambela pembangkang untuk melepaskan para penjenayah di kalangan mereka walaupun segala bukti kesalahan dari segi bukti sahih dan rakaman video di sertakan pihak pendakwa raya!



Seperti menyerkup ikan dengan jala yang koyak! Tebar lah berapa kali pun tetap akan terlepas segala jerung jerung durjana pengkhianat negara!!!



Kan sudah terbukti dengan kejayaan Anwar Ibrahim meloloskan dirinya berpuluh puluh kali dari pendakwaan di mahkamah sebab pihak pemerintah Malaysia sering semerkap didalam kerja kerja pendakwaan mereka!



Karpal Singh yang sebelum mati sudah meminta supaya Anwar Ibrahim bertaubat pun sudah tidak ada untuk menegur mereka para penyamun Pakatan 'Rakyat'.

Makanya Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sekarang ini agak bebas untuk bermaharajalela di bumi Malaysia kita ini!

Nak harap Peguam Negara? Lupakan lah! Yang itu pun tak leh pakai.....



Tak percaya? Tanya lah kat Janda Berhias Reformasi Nurul Izzah! 

Beliau masih dengan tak malu nya terus berkedudukan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai walau pun telah mengaku secara terbuka bahawa ia telah memfitnah calon BN Raja Nong Chik menyeleweng pembelian tanah seluas 12 ekar dari DBKL kepada sebuah syarikat proksi diri Raja Nong Chik sendiri sehari sebelum hari mengundi PRU13 yang lalu!

Beginilah keadaan penipuan dan kedurjanaan para pemimpin pakatan pembangkang di Malaysia.

Lim Guan Eng akan terus bermaharajalela di Pulau Pinang kerana pihak Kerajaan Pusat di bawah PM Najib Razak agak lemah dan tidak tegas atau teliti didalam mendakwa para penjenayah dari kalangan Pakatan Pembangkang!

Seorang wanita India duduk melutut di hadapan Lim Guan Eng sebaik menerima cek bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang! 

Samada sedar atau tidak, sesebuah kerajaan akan hilang sokongan rakyat bawahan jika pemerintah tidak berani menguatkuasakan setiap undang undang yang sudah di luluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Parlimen!

Lim Guan Eng sedang menggunakan setiap kuasa yang di peruntukkan kepada nya sebagai Ketua Menteri Kerajaan Negeri. 

Soalnya adalah ia kini di katakan melanggar Undang Undang Persekutuan yang melarang mana mana negeri didalam Persekutuan Malaysia untuk menubuhkan pasukan keselamatan di negeri sendiri.

Tetapi bagaimana pula dengan pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor Darul Takzim? Royal Johor Military Force. JMF

Apakah Lim Guan Eng serta para peguam DAP akan menggunakan kewujudan pasukan tentera negeri Johor sebagai alasan kewajaran untuk menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela DAP mereka?

Secara peribadi saya rasa ada banyak perbezaan di antara JMF dengan PPS. 

JMF adalah satu pasukan keselamatan yang di tubuhkan untuk menjaga keselamatan kesemua istana dan anggota anggota Kerabat di Raja Kesultanan Negeri Johor dan ianya bersifat kekal sebab Kesultanan Di Raja Johor pasti berkesinambungan turun temurun!

Manakala kewujudan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang ini bergantung kepada keputusan setiap Pilihan Raya Umum negara kita.

Sementara itu saya tak dapat menahan rasa lucu di hati menyaksikan betapa jauh perbezaan di antara kehebatan pasukan tentera elit Timbalan Setia Di-Raja Kesultanan Johor Darul Takzim dengan Pasukan Peronda Sukarela DAP Lim Guan Eng dengan selipar Jepun dan seluar katok apek apek Cina Penang di atas!

Askar Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang berbasikal pun tak seterok ini!


Kita tengok saja bagaimana akan berakhir kemelut ini? 

Apakah Najib Tun Razak akan unggul sebagai Perdana Menteri yang berintegriti atau akan tunduk kepada perancangan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang untuk mengujudkan Republik Negeri Pulau Pinang Cina DAP sama seperti Republik PAP Cina di Singapura? 


Sama seperti Dinasti Lee di Singapura, Lim Guan Eng nampaknya kini mewujudkan Dinasti Lim di Pulau Pinang dan Seberang Perai! Kit Siang sudah pasti amat berbangga dengan kejayaan anak nya.


Dinasti Razak dah ada. Dinasti Hussein nampaknya akan datang selepas ini. Sementara itu kita sedang menyaksikan pertembungan di antara Lim Guan Eng, Ketua Menteri Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang yang sombong dan bongkak ini dengan ketegasan seorang Ketua Polis Negara yang sudah terbukti bukan mudah di perkotak katikkan sesiapa!

Datuk Temenggong Negara Malaysia! Tan Sri Khalid Abu Bakar!


Kita tengok saja lah perkembangan seterusnya. 
Post a Comment