Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, August 20, 2014

'Serangan Kajang' Dokumen 'RAHSIA' PKR terbongkar manakala pemimpin2 UMNO terus nganga dan berselfie syiok sendiri!








Klik Kanan ke atas setiap paparan di atas untuk membuka ia semula di tab atau tetingkap yang baru untuk membaca isi kandungan dokumen2 yang di klasifikasikan oleh PKR sebagai 'RAHSIA'! 


Peribahasa Melayu ada menyebutkan bahawa 'Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya kan jatuh ke tanah jua!'

Namun ini bukan sebarang tupai. Tupai itu adalah sejenis haiwan ciptaan Ilahi yang bahaya nya tidak lah sampai boleh menjahanamkan seluruh tanahair kita. Para pekebun dan petani boleh mengambil langkah langkah untuk menjaga hasil tanaman kebun2 mereka dan tidak akan rugi sehingga muflis andai ada tupai tupai memakan buah2an dari kebun mereka.

Tupai yang ini terdiri dari gerombolan orang2 Melayu, India dan Cina didalam Parti Keadilan Rakyat yang di tubuhkan semata mata mahu 'mem'Perdana Menteri'kan seorang manusia bernama Anwar bin Ibrahim.

Ramai di kalangan rakyat Malaysia sebelum tahun 1998 menyokong dan mengharapkan manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 selepas Tun Dr.Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kita yang ke 4.

Manusia cuma boleh merancang dan melakukan sesuatu tetapi Allah Azza Wa Jalla yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu tetap mempunyai perancangan Nya tersendiri dan Perancangan Allah itu kan tetap terjadi walau seluruh umat manusia dari seantero dunia berpakat untuk melaksanakan sesuatu yang di sebaliknya!

Sesudah salahlaku Anwar Ibrahim didedahkan kepada pihak kerajaan dan laporan2 Polis di buat ke atas nya, Anwar Ibrahim di pecat oleh Tun Dr.Mahathir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri sebaik segala siasatan di buat dan di dapati salah laku seksual dan salah guna kuasa telah berlaku, sistem kehakiman menjatuhkan hukuman penjara ke atas Anwar Ibrahim dan segala sejarah itu kini terakam di dalam dedaun masa.

Anwar bebas dari penjara di zaman Tun Abdullah Badawi pengganti Tun Dr.Mahathir dan terlepas beberapa kali dari pendakwaan di mahkamah di atas kesalahan2 liwat di atas kesilapan teknikal pihak pendakwaraya.

Baru baru ini Anwar telah di dapati bersalah setelah sabit kesalahan meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan dan kini masih bebas sementara menanti keputusan rayuan kes tersebut.

Namun ia tidak berdiam diri menyerah nasib tetapi terus berusaha untuk mendapatkan kuasa politik di peringkat tertinggi negara. Dokumen2 di atas yang merupakan strategi perancangan Anwar untuk mendapatkan kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan apa cara sekalipun jelas menunjukkan kesungguhan manusia ini untuk merealisasikan matlamat hidupnya!

Tuan2 dan puan2 bacalah sendiri dan saksikan betapa terperinci perancangan Anwar sekeluarga untuk menjadi pemerintah Kerajaan Malaysia dengan menggunakan segala ruang dan peluang yang ada. 

Orang2 UMNO tidak sehebat golongan PKR sebab mereka agak lembab dan amat pasif di dalam merangka kaedah perebutan kuasa politik di peringkat negeri pada awalnya dan di peringkat kerajaan pusat di akhirnya!


Para pemimpin UMNO masih terus di tahap lama di mana mentaliti mengampu ketua secara terus terusan tidak berubah walau pemimpin mereka sudah silih berganti. Hasil perjuangan mereka bagi masyarakat tak ada. 

Hanya setakat bergambar 'selfie' bersama Najib. Itu kemuncak perjuangan sesetengah dari mereka yang hanya gila glamor tetapi hampas dari segi mahu menaikkan imej Melayu dan Islam.

PEMUDA UMNO di terajui Khairy Jamaludin, menantu Tun Abdullah Badawi yang terbukti tidak sehebat para pemimpin2 Pemuda UMNO di zaman dulu dulu. Walau apa sahaja krisis berlaku suara Pemuda UMNO terus hilang! Takde reaksi atau tindakan secara tegas dan nyata dari pimpinan liberal dan populis Ketua Pemuda UMNO yang gila glamor dan syok sendiri sahaja!

Suara dan semangat Pemuda UMNO yang pernah gah di suatu ketika dahulu kini senyap dan semakin lenyap di setiap peringkat pertubuhan. Yang ada cuma seorang dua yang berani bersuara tetapi itu pun di atas kepentingan untuk mengisi tembolok masing masing dan bukan lagi demi agama, bangsa dan tanahair. Ada tetapi seumpama tiada.

Cuba baca perancangan PKR kat atas! Walau pun kebanyakan mereka yang kita tahu dan kenal sebagai kaki temberang namun kesungguhan mereka didalam berusaha untuk menjayakan pelan dan perancangan politik mereka tidak boleh di anggap enteng begitu saja.

Kebanyakan pucuk pimpinan UMNO masih ketinggalan dari segi semangat dan kesungguhan perjuangan. Dah tak seperti dulu. UMNO sekarang bagaikan tersangkut di era kipas mengipas dan ampu sepanjang zaman.

Macamana lah Tun Dr.Mahathir tak menempelak Najib Tun Razak?



Namun, percaya lah Najib tak kan berbuat apa apa. Bagaikan ada telinga tetapi di pekakkan, ada mulut di bisukan dan ada akal tetapi di bekukan. 



Ini Era 'Play Safe'. Hentam lah macam mana pun, setiap pemimpin UMNO akan terus tersengih bagaikan kerang busuk dan membiarkan sesuatu itu terus berlaku. Takkan berani merubah keadaan. Takut sorru miss!

Takkan Melayu Hilang Di-Dunia! ~~~ Senyap sahaja.... Akur memanjang.
Melayu UMNO dah kena penyakit 'Subservient'. Penyakit ini takde ubat buat masa ini.

Ianya cuma boleh berubah dengan perlantikan seorang pemimpin utama baru. Masaalahnya semua pemimpin UMNO yang dok ada sekarang, tak ada yang berani merubah keadaan. Tak berani menongkah arus!
Post a Comment