Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, September 06, 2014

Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Hadi Awang menerangkan kenapa PAS tidak setuju Wan Azizah jadi MB Selangor!







Saya percaya ramai di antara kita umat Islam di Malaysia ini menarik nafas lega menyaksikan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang akhirnya bersuara dengan tegas menolak pencalonan Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim sebagai calon Menteri Besar Selangor Darul Ehsan untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.






Wan Azizah sekeluarga berjuang bagi memenuhi cita cita mereka untuk menguasai Putrajaya bersama DAP tetapi dengan memperkudakan Parti Islam Malaysia!

Rata rata umat Islam seluruh Malaysia kini mengharapkan para ulamak bangun untuk membela nasib umat Islam di negara kita setelah terbukti bahawa Presiden UMNO kini Najib Razak agak cemerkap didalam urusan pentadbiran negara dengan nampak cenderong bagi memansuhkan segala Akta Akta Keselamatan yang sekian lama ini telah banyak mengekang pihak pihak tertentu untuk mengganggu gugat hal hal yang melibatkan soal keselamatan tanahair kita!

Andai kata Presiden PAS kini telah tegar tegas mempertahankan segala hak dan maruah umat Islam Malaysia sepertimana beliau sedang lakukan sekarang, saya percaya kedudukan PAS didalam carta politik tanahair sudah lama kukuh dan kemas malah mungkin telah lama mengambil alih memerintah Malaysia berbanding UMNO yang sekarang sudah lemah di perkotak katik MCA dan MIC serta parti parti komponen Barisan Nasional yang lain!

UMNO di bawah Najib Razak kini semakin teruk di kesemua lapisan bahagian pentadbiran sebab masing masing sibuk nak menjaga periuk nasi mereka dan tidak berani menongkah arus bagi menegakkan keadilan!

Saya ucapkan Syabas dan Tahniah kepada Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di atas pendirian beliau sekarang. Semoga tetap tegas dan tidak berpatah balik didalam keputusan ini! 


Genggam bara api biar sampai jadi arang! 

Andai Hadi Awang melakukan 'U Turn' seperti sebelum ini percaya lah seluruh masyarakat dunia tidak akan hormat lagi kepada PAS! Bukan apa .. takut di tuduh sebegini:



Semoga tak akan jadi musibah ini! Na'uzubillahiminzalik!

Segalanya kini tertakluk kepada apa keputusan Duli Tuanku Sultan Selangor?



Sama sama lah kita semua mendoakan kebijaksanaan Duli Tuanku memilih mana satu Menteri Besar baru Baginda?
Post a Comment