Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, September 27, 2014

Zed Zaidi dipilih secara rasmi menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia semula dengan suara majoriti!

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Pelakon Zed Zaidi dipilih sebagai Presiden Seniman yang baharu apabila mendapat suara majoriti dengan memperoleh sebanyak 109 undi daripada 252 undian keseluruhan.

Kemenangan tersebut sekali gus mengetepikan pencabarnya, Datuk Mustapha Maarof yang mendapat 71 undi manakala seorang lagi calon, Afdlin Shauki hanya memperoleh 66 undi. - UTUSAN ONLINE

Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada Zed Zaidi @ Rozaidi Jamil di atas kemenangan ini!


Ada pula laporan berbeza dari Nelly Natalia, isteri Zed seperti tersiar di laman Facebook beliau. Akan kita semak semula selepas mendapat maklumat lanjut. Insya Allah.


Sudah sepatutnya Zed Zaidi di nobatkan sebagai Presiden Seniman setelah beliau berhempas pulas menjaga kebajikan para artis dan seniman baik yang baru apatah lagi yang veteran!




Presiden SENIMAN Rozaidi Abdul Jamil @ Zed Zaidi menziarahi pelakon veteran Datuk Yahya Sulung dan menghulurkan sumbangan persatuan semasa arwah sakit terlantar di rumah.
Sekian lama ini kita sering membaca dan mendengar tentang para artis dan karyawan yang terlantar menderita sakit atau mati di dalam keadaan hina tanpa bantuan pihak pentadbiran sebelum ini.



Zed Zaidi bersama Ahli Ahli Jawatankuasa SENIMAN



Zed Zaidi sanggup melepaskan jawatan Presiden sebelum ini untuk mengelakkan pendaftaran Persatuan Seniman dibatalkan pihak ROS!



Orang lain berebut rebut nak jadi Presiden tetapi tak ada sangat sumbangan terhadap kebajikan ahli ahli Seniman. 

Kemenangan Zed hanya boleh di sebut 'Bak sireh pulang ke gagang!

Ada pula wartawan hiburan Berita Harian bergelar Kak Pora berhasad dengki terhadap kejayaan Zed Zaidi selama ini dengan cuba memburukkan imej Zed dengan menyiarkan artikel berbentuk hasutan dan fitnah dibawah:



Zed Zaidi mungkin tak sesempurna mana tetapi beliau terbukti mampu membawa SENIMAN ke tahap lebih tinggi lagi dari segala mereka yang pernah menerajui persatuan sebelum ini!

Maka sebab itu sebahagian besar ahli ahli SENIMAN bangun menyokong kepimpinan Zed Zaidi dan hadir menunjukkan sokongan padu mereka terhadap nya!



Saya turut hadir dan merakam video penerangan Zed Zaidi dan peguam persatuan di FINAS


Datuk Yusf Haslam berucap 

Zed Zaidi seorang graduan lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) pemegang IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI (Dengan Kepujian)

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati perjuangan Zed Zaidi untuk membina semula Persatuan SENIMAN demi kebajikan para artis dan seniman negara kita!

Amin Ya Rabbal Alamin!

Syabas saya ucapkan kepada semua ahli ahli SENIMAN yang telah mengundi Zed Zaidi mengembalikan Presiden SENIMAN yang di sokong ramai!

Post a Comment