Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 26, 2014

Zed Zaidi @ Rozaidi Jamil - Warkah Khas bagi Ahli Ahli Persatuan Seniman Malaysia AGM Sabtu 9 pagi 27 September 2014

Sumber Foto
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh ahli-ahli seniman serta tidak dilupakan juga kepada para pemerhati diluar Persatuan Seniman yang prihatin terhadap permasalahan Seniman sejak dari mula kontroversi dicipta oleh sesetengah pihak yang tidak berpuashati semasa saya memegang tampuk kepimpinan Seniman pada 26 mei 2012 semasa pemilihan Seniman yang lalu.


Saya terpanggil untuk menulis kali ini adalah disebabkan terlalu banyak perkara yang memburukkan nama saya dan keluarga. Ia sekaligus memberi pandangan negatif khusus nya terhadap ahli-ahli Seniman. 


Untuk pengetahuan semua pada 27hb. September, 2014 ; Sabtu ini pada jam pukul 9 pagi di FINAS, ahli-ahli Persatuan Seniman akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli bagi memilih Presiden dan AJK baru untuk memperjuang, membela nasib mereka dan mentadbir Persatuan Seniman, persatuan artis yang tertua di Malaysia.

Oleh itu, apabila ada pemilihan, maka ramai yang akan bertanding bagi merebut jawatan di dalam persatuan tersebut. Kempen telah dibuat bagi mereka yang ingin bertanding dan sebagai ahli Seniman saya perhatikan bahawa kebanyakan mereka ini berkempen bukan ingin menerangkan misi dan visi untuk memajukan Seniman tetapi mereka ini berkempen setiap hari untuk memburuk-burukkan pihak yang ingin bertanding bagi apa sahaja jawatan. Ini satu kempen yang saya anggap terlalu keji dan tidak profesional.

Saya juga telah dilanda pelbagai cabaran supaya tidak memungkinkan saya bertanding sebagai Presiden Seniman untuk tempoh yang baru oleh pihak yang tidak berpuashati terhadap saya. 

Mereka mempertikaikan dari sudut teknikal, personal, dan juga mencipta cerita yang tidak benar yang saya anggap sebagai fitnah bagi mengelirukan ahli-ahli seniman untuk mengundi saya sebagai Presiden Seniman pada 27 September 2014 ini. 

Pelbagai fitnah ditujukan kepada saya seperti 'ada orang cakap Zed tidak suka veteran'; Zed menyeleweng duit Seniman; Zed bankrap dan banyak lagi fitnah yang ditujukan kepada saya. 

Disini saya ingin menyatakan bahawa segala fitnah itu tidak benar dan saya akan tidak teragak-agak membawa perkara ini ke mahkamah! Hanya masa yang akan menentukan!

Saya begitu kesal kerana ini di anggap sebagai kempen tidak sihat dan cuba menjatuhkan kredibiliti dan imej saya selaku calon yang menawarkan diri untuk di pilih sebagai Presiden Seniman. 

Mereka yang tidak berpuashati dengan saya, berkempen untuk menjatuhkan saya dari pelbagai cara dan saya menganggap mereka ini sebagai orang yang tidak bermoral dan tidak mempunyai integriti serta tidak boleh kita harapkan untuk mentadbir Seniman bagi penggal yang baru.

Saya tidak pernah mengaibkan mana-mana pihak dan saya berharap perkara yang sama juga perlu dilakukan oleh pihak yang tidak berpuashati dengan saya sebagai menghormati diantara satu dengan yang lain. 

Dibawah kepimpinan saya sebelum ini banyak yang telah saya lakukan bersama-sama AJK yang telah dilantik untuk membela dan memperjuangkan hak ahli-ahli Seniman seperti:

  • Skim Insurans Seniman yang telah diluluskan oleh Kerajaan sebanyak RM1.1 juta kepada Ahli Seniman, 
  • Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA kepada artis, 
  • Kad Diskaun 1Malaysia bagi menampung kos sara hidup yang tinggi dan
  • Penubuhan MSAG (badan kutipan royalti) untuk pelakon yang telah membuahkan hasil. 
Semua ini telah memberikan kelebihan dan kebaikan kepada ahli-ahli Seniman dari sudut kebajikan secara holistik.

Malangnya, semua perkara dan perjuangan diatas terbantut di tengah jalan oleh kerana Seniman telah disaman oleh ahlinya sendiri atas alasan kononnya mereka mahu menyelamatkan Seniman. 

Dengan menyaman Persatuan Seniman sebagai defendan pertama dan diikuti pemegang jawatan tertinggi dalam persatuan seniman sebagai defendan kedua hingga kelapan maka keputusan mahkamah memihak kepada mereka dan kekalahan seniman dimahkamah semuannya disebabkan kekalahan secara teknikal. Dengan kemenangan itu mereka menjaja kepada ahli-ahli Seniman yang mereka lah 'Hero Seniman' yang sebenar.

Ya, mereka memang Hero! Disebabkan itu pentadbiran Seniman telah digantung selama setahun, ahli-ahli Seniman terkontang-kanting, ramai artis yang sakit dan meninggal tidak dapat Seniman menyalurkan sebarang sumbangan!

Pejabat Seniman telah ditutup! Bekalan elektrik dan telefon pejabat Seniman di potong dan yang paling utama jatuhnya maruah Seniman! Malunya... 

Persoalan saya sekirannya kita mempunyai masalah keluarga adakah kita akan berkongsi masalah itu kepada orang lain? 

Jawapannya tidak! 

Kerana ini adalah prinsip kekeluargaan supaya kita boleh menjaga maruah keluarga kita dari terus dijaja oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jadi tidak hairanlah mereka-mereka ini yang di anggap hero sanggup menjaja maruah mereka kepada orang ramai dan menganggap diri mereka inilah yang suci dan bukan orang yang munafik!

Oleh yang demikian saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli Seniman supaya akan memilih mereka-mereka yang boleh bekerja untuk ahli secara ikhlas, jujur, amanah dan yang paling utama jangan memfitnah sesama sendiri serta bersatu bagi memperkasakan kembali Persatuan Seniman dimana imejnya telah tercalar dengan teruk! 

Angkara saman di mahkamah yang saya anggap paling terburuk dalam sejarah seniman kerana inilah kali pertama Seniman disaman dimahkamah.

Dengan ini saya dengan rasa rendah diri menawarkan diri, sedia berkhidmat kepada ahli-ahli Seniman bagi memegang tampuk kepimpinan Seniman sebagai Presiden seniman semula dengan niat untuk membela dan terus memperjuangkan nasib ahli-ahli Seniman!

Yang paling utama, berilah saya peluang untuk meneruskan kerja kerja saya yang kini tertangguh kerana keputusan mahkamah diatas saman yang telah dilakukan oleh ahli Persatuan Seniman sendiri.

TRANSFORMASI SENIMAN UNTUK MAJU, BERSATU DAN MEMARTABATKAN SEMULA MARUAH SENIMAN!

Chu Ching Abdullah * Mazlan Abd Latif * Achoy Bond Ani Maiyuni Adam Salleh Haji Zainol Abideen Ariffin Abu Bakar Amir Musa Murali Real Abdullah Affa Nico G Ayie Arrows Salman Al-Farisi Nadiah Kasumawati Abd Karim Deen Arman Azlan Anuar Ellyna Ali Kelana Ahmad Eizwan Abdullah Mohd Azhar Akim TiGer Abd Rahim Romle Megat Azhariko Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Kapt Mohd Nor Bond Bard Hanief Al-Hadiey Bard Danzly Bob Fitri Raja Faizal CellMaxx Cdan Hassan Jeppio Dragon Fly Normah Damanhuri Shahroul Ahmad Daud Ekinz Mn Ezal Hashim Elyas Iskandar Dennis Chua Eow Seong Muhammad Faiz Hashim Fauziah Nawi Gulam Muszaffar Papa Gomo Villa Hafiz Zahreen Harris Salim Haji Saifuddin Ross Hassan Shah Hassan Harry Jalil Hanafi Hamari Mior Hashim Manap Abd Halim Abd Aziz Harridz Mohan Fuad Hassan Zulfadzli Haron Srieliana Hilmi Imran Haji Ismail Hasri Hamzah Rafik Raman Rena Tan II Rena Tan Kapt Khir Mohd Noor ZRain Ishak Raja Izzuwin Shah Jamawi Jaafar Jurey Rosli Johari Mohd Mohd Salleh Mastor Zulkeflie M.Osman Mahaguru Tan Sri Omardin Megat Ishak Sudirman Mohd Tahir Niezam Abdullah Norish Karman Zack Taipan Original Qazem Nor Rizal Rahim Subash Sundaramoorthy Sudzek Suzaidah Shaza Talib Ucop Cecupak Syed Wafa Wazata Zain Yus Waisar Taha Wahid Mohd Yusof Bin Harun Zack Koolg
LikeLike ·  · Stop Notifications · Share
Achoy Bond and 25 others like this.

Post a Comment