Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, October 22, 2014

Selangor Darul Ghaflah? Bala Bencana mula menimpa!



Apakah umat Islam di Malaysia ini sadar atau tidak bahawa Hari Kiamat semakin hampir? 

Segala tanda2 kecil kedatangan Hari Kemusnahan Dunia ini sudah berlaku dan berlalu pergi tanpa kita ambil langkah2 menghadapi Ketentuan Ilahi ini!

Baru berlaku puting beliung skala kecil di Jalan Pandamaran, Klang, Selangor, Melayu Muslim yang di timpa bencana dah kelam kabut melaung IQAMAT dan bukan AZAN!

Bayangkan keadaan sebenar yang PASTI AKAN BERLAKU seperti di terangkan di dalam FIRMAN ALLAHU TA'ALA di dalam Surah Al Qiyamahhttp://quran.com/75 ?

Bila permukaan bumi ini akan di goncang dan di kibas kibas oleh para Malaikat Allah bagaikan mengibas tikar atau hamparan?

Kemana kah pergi nya nanti segala kesombongan manusia manusia yang bangang bahalol dok gi buat kerja kerja bodoh seperti baru baru ini dengan program sentuh, peluk dan anjing mereka?

Kalau ikutkan hati.....mati! Ikutkan rasa...binasa lah kalian yang terlibat dok buat angkara durjana di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini!

Bala dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala mula menimpa negara terutama di Selangor Darul Ghaflah!

Kasihan saya saksikan orang di dalam rakaman video ini yang di dalam keadaan kalut dan kelam kabut tenggelam punca sehingga dia melaungkan IQAMAT dan bukannya AZAN bila di timpa bencana!

Jelas menunjukkan keadaan umat Islam hari ini yang jauh hanyut dengan godaan dunia sementara ini dan tidak bersiap sedia menantikan kedatangan Hari Kiamat yang telah di janjikan dan di pastikan Allahu Ta'ala dan di terangkan ciri ciri nya oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam!

Semua tanda2 kecil menjelang kedatangaan Hari Kiamat sudah berlangsung samada secara sadar atau tidak tetapi kebanyakan masyarakat Melayu Muslim Malaysia masih terus berhibur dan bermaksiat tak sudah sudah!

Nak kena bencana gempa bumi atau tsunami baru nak cari sejadah! 

Selepas ini, musibah apa lagi nak menimpa Selangor Darul Ghaflah?

Semuanya ini berbalik semula kepada siapakah mereka yang di lantik memerintah Malaysia?

Kaji akan peribadi setiap seorang Sultan Sultan dan Raja Melayu yang sedang berkuasa dan Tengku Tengku Mahkota Kesultanan Melayu yang bakal menaiki takhta menggantikan ayahanda ayahanda mereka!

Kaji juga akan siapakah dia Perdana Menteri dan Timbalann Perdana Menteri serta gaya dan kehidupan peribadi mereka yang di sembunyikan dari mata masyarakat melainkan ada tersiar tanpa sengaja di dalam mana mana laman sosial oleh mereka sendiri yang jelas mendedahkan gaya hidup yang tidak Islami?

Sesungguhnya di dalam dunia siber ini tidak susah nak membongkar rahasia petualang petualang ini yang mengundang Kemurkaan Allahu Ta'ala!

Bila dah kena penampar dahi oleh Amarah Allah baru kelam kabut nak kembali ke sejadah!
Post a Comment