Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, January 14, 2015

Pelajar India SMK Seri Mutiara Cheras dilarang memakai Unifom Baju Kurung ke sekolah!

Cheras, Kuala Lumpur. 14hb Januari 2015.

Seorang pelajar perempuan berbangsa India yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara, Jalan 31/119, Taman Taynton View, Cheras, 56000, Kuala Lumpur telah dilarang ke kelas oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan kerana pelajar itu memakai uniform baju kurung!


Ayah pelajar berkenaan, Lawrence Jeyaraj mengeluh di laman Facebook bahawa beliau terpaksa berkejar ke sekolah berkenaan selepas di maklumkan oleh anak perempuan nya yang terpaksa berada di luar kelas kerana di larang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah kanan @ seorang wanita berbangsa Cina! 



Alasan Penolong Kanan itu adalah hanya pelajar pelajar perempuan berbangsa Melayu dan beragama Islam sahaja di benarkan berbaju kurung!

Setelah mengikuti perbincangan hangat di laman Facebook Lawrence Jeyaraj yang mengundang pelbagai reaksi para pengguna Facebook yang rata rata cukup marah dan bengang dengan alasan bangang Penolong Kanan tersebut, saya memilih untuk berhubung dengan Lawrence Jeyaraj secara terus melalui sistem chat Facebook dan mendapatkan butiran lebih lanjut tentang kes tersebut.

Kemudiannya saya menelefon sekolah tersebut di talian 03-91325370. 

Panggilan saya di jawab pembantu tadbir sekolah berkenaan dan selepas saya memperkenalkan diri sebagai blogger Mahaguru58 dan ingin mendapatkan penjelasan dari pihak sekolah berkenaan larangan terhadap pelajar perempuan India berkenaan untuk memakai baju kurung ke sekolah, pembantu tadbir itu menjawab bahawa semua pegawai2 dan guru2 sekolah tersebut sedang bermesyuarat dan tidak boleh di hubungi.

Saya menghubungi Timbalan Menteri Pelajaran II, YB P.Kamalanathan dan memaklumkan beliau akan kes tersebut. YB Kamalanathan menjelaskan kepada saya bahawa beliau ada menerima laporan tentang kes itu dari pihak lain tetapi belum di hubungi Lawrence Jeyaraj, ayah pelajar perempuan itu sendiri.

YB P.Kamalanathan,
Timbalan Menteri Pelajaran II
Gambar ehsan www.mole.my

Timbalan Menteri Pelajaran II berkata bahawa negara kita mempunyai lebih dari 10000 sekolah di seluruh negara dan lebih dari 2000 buah sekolah menengah! Belum pernah ada kes seperti ini dan tidak ada sebarang larangan terhadap mana mana pelajar perempuan dari apa bangsa atau agama untuk memakai baju kurung sebagai pakaian seragam sekolah!

YB Kamalanathan kemudian berkata bahawa beliau akan menjalankan siasatan rasmi mengenai kes ini dan akan menghubungi pihak sekolah tersebut! Jika di dapati bahawa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tersebut benar benar bersalah mengeluarkan larangan tersebut ke atas pelajar berkenaan, maka tindakan tatatertib akan di ambil terhadapnya!

Sementara itu, beliau meminta saya menasihatkan ayah pelajar tersebut untuk bersabar sementara pihak kementerian menyiasat kes tersebut.

Saya pun menyampaikan pesanan Timbalan Menteri Pelajaran II kepada Lawrence Jeyaraj dan menasihatkan beliau untuk tidak membazir wang membeli uniform pinafore bagi anak perempuannya kerana baju kurung itu sudah menjadi hak mana mana pelajar perempuan untuk memakainya ke sekolah!

Beliau berterimakasih kepada saya dan berjanji akan menanti keputusan siasatan rasmi kementerian. 

Kekadang yang dok timbulkan masaalah masaalah sebegini bukan dari pihak kerajaan tetapi individu individu seperti Penolong Kanan yang 'lebih kuah dari sudu'!

Dah bagus budak perempuan itu hendak berbaju kurung yang jauh lebih sopan dan selesa bagi mana mana pelajar wanita ada pula pegawai sekolah seperti ini yang sengaja hendak tunjuk kuasa tak bertempat!

Sudah sekian lama para pelajar kita yang bukan berbangsa Melayu selesa sahaja memakai baju kurung sebagai uniform sekolah mereka tetiba ada pula Penolong Kanan SMK Seri Mutiara menimbulkan angkara!!!


Gambar hiasan
Semoga kes ini akan di selesaikan YB Kamalanathan dengan segera demi keadilan bagi pelajar wanita berkenaan! Insya Allah!

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Mutiara mesti di ambil tindakan kerana menyusahkan kehidupan pelajar berkenaan dan menimbulkan masaalah tanpa perlu ini!
Post a Comment