Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, February 16, 2015

Mazidul Akmal Sidik semakin pulih! Syukur Alhamdulillah!

Mazidul Akmal Sidik. Suatu nama yang tidak asing bagi kita pengikut laman blog wartawan TV3 yang terkenal ini. 


Mazidul popular sebagai seorang wartawan penyiasat dan sering muncul di program '999' TV3 dan turut masyhur sebagai aktivis penyiasatan paranormal bersama kawan kawan sama seminat beliau menjelajah tempat tempat yang di katakan berhantu dan sebagainya.

Pada bulan Jun 2014 yang lepas , Mazidul Akmal Sidek telah di serang angin ahmar @ strok yang menyebabkan beliau terpaksa di masukkan ke Hospital Perubatan Pantai dan beliau di letakkan didalam keadaan koma bagi rawatan selanjutnya.


Keadaan Mazidul kini semakin pulih dan beliau sudah boleh kesana kemari menggunakan kerusi roda dan tongkat bagi menampung dirinya. Syukur Alhamdulillah!


Mazidul turut bersama sanak saudara hadir ke majlis perkahwinan baru baru ini dan walaupun belum pulih sepenuhnya masih mampu berposing untuk kamera! 

Begitu lah kuatnya semangat wartawan dan blogger kita ini yang tabah dengan ujian yang datang melanda. Sebagai seorang pejuang, Mazidul tidak menyerah kalah begitu saja kepada takdir dan sedang berusaha untuk pulih sepenuhnya bagi meneruskan kehidupan bersama isteri dan anak anak serta keluarga dan sahabat handai tercinta.

Sakit pening dan kesihatan terjejas ni bukan pilihan kita. Kekadang tanpa di duga di dalam sekelip mata, kita yang sihat segar bugar juga boleh di timpa penyakit dan musibah tak terjangka. Ini lumrah kehidupan duniawi.

Sebagai sesama Muslim, harus bagi kita mendoakan kesihatan bagi diri nya dan memberikan beliau kata kata semangat untuk kembali berupaya mencari rezeki di bidang kewartawanan nya dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanahair kita.

Beliau seorang yang banyak berjasa, membongkar kes kes jenayah dan penipuan sindiket sindiket pengemis, penyalahgunaan kanak kanak dan anak anak yatim oleh pengusaha maahad tahfiz dan sebagainya.

Marilah kita bersama sama mendoakan Mazidul sembuh seperti sediakala. 

Post a Comment