Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 11, 2015

Dakwah kepada Bukan Muslim. Bagaimana untuk menyampaikan Islam kepada keluarga dan kawan2 anda?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Muslimin dan Muslimat sekelian, didalam Al Qur'anul Karim, Surah An Nahl, Ayat ke 125, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman kepada manusia yang beriman untuk menyeru kepada sekelian manusia ke Jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana serta berunding dengan mereka (kaum kaffir serta mereka yang munafik) dengan cara sebaik mungkin!


16:125
Sahih International
Invite to the way of your Lord with wisdom and good instruction, and argue with them in a way that is best. Indeed, your Lord is most knowing of who has strayed from His way, and He is most knowing of who is [rightly] guided.
Chinese
你應憑智慧和善言而勸人遵循主道,你應當以最優秀的態度與人辯論,你的主的確知道誰是背離他的正道的,他的確知道誰是遵循他的正道的。
Malay
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Tamil
(நபியே!) உம் இறைவனின் பாதையில் (மக்களை) விவேகத்துடனும், அழகிய உபதேசத்தைக் கொண்டும் நீர் அழைப்பீராக! இன்னும், அவர்களிடத்தில் மிக அழகான முறையில் தர்க்கிப்பீராக! மெய்யாக உம் இறைவன், அவன் வழியைவிட்டுத் தவறியவர்களையும் (அவன் வழியைச் சார்ந்து) நேர்வழி பெற்றவர்களையும் நன்கு அறிவான்.
Ini adalah perintah tetap Allahu Ta'ala kepada kita untuk berdakwah kepada semua dengan cara sebaik mungkin! Allah menyuruh kita menggunakan kebijaksanaan kita untuk menerangkan tetap Islam dengan sebaik baik cara kepada mereka yang belum beriman kepada Allah. 

Allah berfirman kepada kita iaitu kita wajib menyampaikan ilmu pengetahuan tentang Islam kepada semua manusia dengan penuh hikmah dan bijaksana. Cara untuk kita berdakwah itu hendaklah dengan mudah tetapi mesti berfakta!

Tak payah nak rumitkan keadaan dengan terlalu terperinci sampai susah orang nak menghampiri Ad Deenul Islam. Takut benar orang orang Kaffir kerana ada di kalangan ilmuan agama dan alim ulama yang terlalu serius, terlalu keras dan tidak mesra didalam interaksi mereka bersama orang awam. Payah benar untuk menguntumkan senyum bagaikan tak lawas berminggu gamaknya?

Berikut adalah rakaman video oleh petugas luar Radio & Televisyen Malaysia yang datang bertemu dengan saya untuk satu sesi rakaman pendapat dan pandangan saya tentang Kalimah Allah.

Selepas sesi penggambaran tersebut, saya menjemput mereka untuk membasahi tekak dengan membelanja mereka minum di Kolek Kafe, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL.

Saya mengambil kesempatan itu untuk berdakwah kepada jurukamera RTM berbangsa India dan beragama Hindu yakni Encik Veeran tentang Islam.

Ikuti rakaman rakaman video berikut:

Dakwah kepada Veeran Bhgn 1/2:


Dakwah kepada Veeran Bhgn 2/2:


Tuan tuan dan puan puan,
Dakwah adalah pendekatan. Jika kita tidak menawan hati orang orang yang belum tahu tentang apakah itu Islam dan berperasan bahawa kita ini terlalu sempurna atau maksum tidak berdosa barang sedikit jua, bagaimanakah mungkin kita dapat menarik manusia kepada kebenaran yang terdapat di dalam Islam?

Jika saya hendak menggunakan perumpamaan, cuba kita fikirkan akan keadaan sebatang jarum yang halus dengan seutas benang!

Untuk dapat menjahit, maka benang itu perlu di masukkan melalui lubang yang terdapat kepada kepala jarum! Andaikata benang itu tidak masuk, maka anda tidak boleh dapat menjahit.

Perlu berhati hati dan tangan tidak terketar ketar. Maka dengan niat yang betul dan tumpuan perhatian kita kepada tugasan didepan mata, maka dengan berhati hati dan dengan kemahuan yang tegar, sudah pasti akan dapat kita memasukkan hujung benang tersebut melalui lubang jarum yang halus tersebut!

Maka begitu juga dengan cara berhadapan dengan manusia. Andaikata kita tidak tahu cara untuk mendampingi manusa, bagaimana mungkin kita dapat menyampaikan risalah agama kepada mereka? Niat kita hendaklah betul. Perlu ikhlas mahu menyampaikan ilmu agama dan kebenaran tentang Islam. 

Sang pendakwah hendak lah berilmu. Hendak lah ia sendiri tahu dengan cukup dan sempurna akan perkara yang ingin ia sampaikan? Jika ia hendak bercakap tentang asas asas Islam, maka ia hendaklah sedia mengetahui dan faham akan apa dia yang ingin ia sampaikan kepada mereka yang lain.

Seorang yang tidak tahu tak mungkin boleh mengajar yang lain. Perlu siapkan diri dengan secukup nya akan perkara perkara asas tentang Islam. Perlu faham dan dapat menerangkan kepada sasaran nya tentang apakah erti Islam? apakah asas asas bagi seseorang untuk menjadi Muslim?

Perlu dapat menerangkan tentang Rukun rukun Iman. Rukun rukun Islam. Kenapa perlu kita menjadi Muslim? Apakah tugas dan tanggungjawab seorang Muslim?

Kenapa kita hanya sembah Allah yang Satu? Kenapa perlu kita sembahyang 5 waktu dalam sehari? Kenapa kita perlu berpuasa di bulan Ramadhan? Kenapa perlu kita berzakat fitrah? Kenapa perlu kita menunaikan fardhu Haji jika kita mampu atau mendapat peluang mengerjakannya?

Ramai di kalangan Muslimin dan Muslimat sendiri, bila di hampiri dan di tanya kepada mereka untuk menerangkan tentang Islam, sebilangan besar dari mereka akan berkata bahawa mereka tidak tahu. Mereka bukan ustaz. Mereka tak belajar secara mendalam tentang agama maka jangan lah dok tanya mereka.

Pergi lah tanya orang lain sebab ilmu agama mereka cetek. Mereka tak mengaji pondok atau sekolah tahfiz.

Apakah semua yang pergi belajar sekolah pondok atau tahfiz tahu akan segalanya tentang Islam? 

Di dalam pengalaman saya sebagai seorang yang terlibat secara langsung dengan usaha usaha dakwah semasa saya di Pulau Pinang bersama rakan rakan aktivis dakwah saya di Masjid Kapitan Keling, ada kalanya kami akan menjalankan 'Dakwah Walkabout'.

Dakwah secara terus dengan sesiapa sahaja yang kami sempat berjumpa. Bila jumpa para pelajar atau orang orang muda Melayu, kami akan berkenalan dengan mereka terlebih dahulu. Sambil sambil itu kami akan menyelidiki akan kefahaman agama mereka dengan tujuan untuk membantu menyampaikan asas asas agama kepada mereka jika mereka tidak tahu.

Bukan lah tujuan kami untuk mencari kelemahan dan kekurangan orang lain tetapi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam telah bersabda " Ballighu anni walau ayah" yang bermaksud 'Sampaikan lah daripadaku walau sepotong ayat!'



Di dalam Surah Yusuf Ayat ke 108, Allah berfirman: 


12:108
Sahih International
Say, "This is my way; I invite to Allah with insight, I and those who follow me. And exalted is Allah ; and I am not of those who associate others with Him."
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
Islam itu mudah jika kita tahu akan hakikat apa yang boleh dan apa yang tidak? 

Kita perlu tahu untuk menerangkan kepada mereka yang kita hampiri di dalam berdakwah akan tujuan Islam mewajibkan sesuatu perkara? Mengharuskan sesuatu perbuatan? Mengharamkan sesuatu dan menghalalkan sesuatu yang lain pula?

Andai kita sudah ada asas asas pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang Islam, Insya Allah akan mudah bagi kita menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dan Mukmin!

Mari saksikan pengalaman seorang wanita Kristian yang memeluk agama Islam, agama fitrah semualajadi setiap manusia:



Berikut pula perkongsian pengalaman seorang wanita Amerika Syarikat yang telah memeluk Ad Deenul Islam:


Islam kini sedang berkembang dengan begitu pesat sekali di Amerika Syarikat! 

Saksikan:


Semakin Islam ditekan dan ditohmah sebegitu rupa didalam media penyiaran dan penerbitan di sana, semakin ramai lah pula rakyat Amerika Syarikat dari pelbagai kaum dan keturunan yang berpusu pusu ke masjid dan pusat pusat Islam untuk mengetahui lebih lanjut tentang apakah Islam ini?

Sesudah mereka mengetahui akan kebenaran Islam, maka mereka pun terus mengkaji dan belajar tentang hak hak mereka sebagai seorang manusia yang di cipta Allah untuk kembali kepada fitrah mereka sebagai Muslim!

Ya! Setiap Ruh di cipta Allahu Ta'ala untuk mengabdikan diri kepada Nya. Di antara ujian ujian Allah terhadap manusia adalah mencipta akan ia untuk lahir sebagai bayi yang tidak tahu apa apa. Terpulang kepada ibubapanya untuk mengasuh dan mendidiknya menjadi begitu begini.

Sesudah ia dewasa dan faham akan baik dan buruk, betul dan tidak, maka ia perlu mencari erti kehidupan secara sendiri. Tidak akan berubah sesuatu keadaan bagi kita melainkan kita berusaha mengubah takdir kita melalui usaha yang tepat dan secukupnya.

Saya menyatakan bahawa Islam adalah fitrah setiap manusia! Kenapa boleh saya berkata begitu?

Jawapan nya mudah!

Tiada kuasa selain dari Allahu Ta'ala yang menciptakan segalanya termasuk kita ini! Anda wajib meyakini akan hakikat ini kerana ianya adalah asas kepada Akidah kita sebagai seorang Muslim dan Mukmin!

Insya Allah akan saya melancarkan satu siri rakaman rakaman video You Tube saya tentang asas asas pengetahuan tentang Islam dan perkara perkara yang patut kita tahu dengan secara mendalam bagi memantapkan lagi keimanan kita terhadap Allahu Rabbul Alamin.

Doakan saya berjaya menyempurnakan impian dan perancangan saya ini sebelum saya kembali kepada Allahu Rabbul Alamin nanti.

Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Haji Zainol Abideen @ Mahaguru58
Post a Comment