Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, March 05, 2015

DBKL di katakan makan rasuah di Taman Tenaga, Cheras, KL! Benar ke? Dikemaskini!







DBKL (Cawangan Bandar Tun Razak) Cheras, KL di katakan menerima rasuah dari para penggerai makanan di sepanjang Jalan Sembilang, Taman Tenaga, Bandar Tun Razak, 56000, Cheras, Kuala Lumpur kerana sudah semakin terlampau cara penggerai penggerai disana membina sambungan bumbung gerai gerai mereka sesuka hati sehingga ada yang menceroboh lot lot parking kereta!



Video2 di atas saya rakam pagi tadi selepas sekian lama saya merasa sakit hati apabila susah untuk mendapat lot parking bagi meletakkan kereta saya bila saja ada urusan di Taman Tenaga seperti membeli makanan atau ubat-ubatan di farmasi di situ.

Sudah terang lagi bersuluh dari rakaman rakaman video video di atas ini bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan cara para penggerai penggerai makanan di Jalan Sembilang, Taman Tenaga ini bebas membesarkan ruang gerai mereka dengan membina sambungan sambungan secara haram di depan dan sampai ke belakang!

Ada dua tiga gerai membina sambungan berbumbung menceroboh masuk ke ruang letak kereta di hadapan dan ada yang telah menyimen lot lot parking kereta itu dengan ketinggian 5 ke 6 inci dari jalan tar!

Apakah DBKL membenarkan semua ini?

Bukankah melanggar segala peraturan yang sedia ada?

Saya bertanya seorang lelaki India yang memakai unifom DBKL tadi semasa saya singgah di gerai buah tentang segala sambungan2 haram tersebut dan bagaimana lot2 parking habis di ceroboh para penggerai?

Beliau berkata 'supervisor DBKL' makan rasuah setiap bulan ada masyuk! Sebab tu jadi begitu!

Apakah benar semua ini?

* 2:22PM 5hb Mac 2015. Khamis

Setakat ini tidak ada sebarang tindakbalas mahu pun susulan tindakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke atas laporan artikel serta paparan rakaman video saya yang menunjukkan pelanggaran syarat syarat penggunaan premis penjaja DBKL di Jalan Sembilang, Taman Tenaga, Cheras, 56000, Kuala Lumpur!

Saya sudah meninggalkan mesej di akaun Facebook Datuk Bandar Kuala Lumpur sendiri dan menulis di 'wall' akaun beliau dengan meletakkan pautan kepada artikel ini.

Jika tiada tindakan susulan dari pihak beliau maka langkah seterusnya mungkin perlu membuat laporan kepada pihak Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia!
Post a Comment