Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, March 07, 2015

Melayu Malaysia bakal hilang tanahair ini andai strategi DAP-PKR tidak di cantas segera!

Rakan blogger saya, Hajjah Lily Hashim memaparkan 'screenshot' di bawah ini dengan luahan kecewa seorang ulamak Timur Tengah tentang nasib orang orang Islam Arab Mesir hari ini yang saban hari berhadapan maut akibat penukaran rejim dari Presiden Husni Mubarak kepada pemerintah sekarang!


Negara negara di Timur Tengah seperti Republik Rakyat Mesir semakin teruk hari ini berbanding semasa diktator2 yang telah di gulingkan Amerika Syarikat melalui gerakan2 liberalisma yang di dokong Washington berkuasa dahulu!


Mesir semakin berdarah saban hari selepas Presiden Morsi dari Ikhwanul Muslimin di gulingkan dan diktator baru Jeneral Tentera Sisi yang di dokong Amerika Syarikat merampas kuasa di sana selepas tentera Mesir di bawah perintahnya membunuh sebegitu ramai rakyat yang turun memprotes!





Usaha yang sama sedang di lakukan oleh DAP dan PKR hari ini di Malaysia melalui gerakan terancang mereka melantik wanita2 Melayu yang ada rupa paras yang cantik tetapi bagaikan lembu yang di cucuk hidung di dalam mempengaruhi masyarakat Melayu yang tidak sadar diri dan buta agama serta jahil tentang warisan serta adat resam Melayu agar menyokong parti cauvinis Cina DAP bagi menjatuhkan UMNO serta Kerajaan Barisan Nasional!

Sila ke blog Unspinners disini untuk membaca tentang strategi licik DAP untuk meracuni fikiran dikalangan orang orang Melayu yang lupa diri supaya menjadi pak turut kepada agenda mereka bagi merampas Malaysia dari UMNO!





Mungkin ada di antara anda yang belum melihat rakaman video menunjukkan janji mendiang Karpal Singh untuk menghapuskan UMNO dari tanah tumpah darah orang orang Melayu sendiri di Malaysia ini!

Saksikan :



Andai umat Islam negara ini masih nganga dan leka dengan sindrom 'Si Luncai terjun dengan labu labunya' maka bersedia lah untuk kehilangan hak dan kedudukan mereka di tanahair ini sekali lagi!

Melayu memang tak serik serik di jajah dan di kuasai anasir luar! Dulu boleh kita katakan sebahagian besar orang orang Melayu kurang berilmu atau berpendidikan tinggi.

Sekarang ini begitu ramai sekali Melayu bergraduat dan memiliki bergulung gulung ijazah dan diploma begitu begini serta lulusan universiti universiti Islam antarabangsa tetapi masih bengong serta tidak sedar akan diri di perkotak katikkan oleh DAP dan PKR yang begitu tegar memporak-perandakan masyarakat Melayu secara halus dan terang terangan!

Parlimen Malaysia sering di kelam kabutkan oleh Ahli2 Parlimen Cina DAP yang tidak reti bahasa atau peraturan mesyuarat dengan bahasa pasar tunggang langgang dan bersikap seolah olah Parlimen itu mereka yang punya!

Saksikan contoh kebengapan seorang Ahli Parlimen DAP dibawah ini:



Cakap Melayu pun tak reti ada hati nak tadbir Malaysia!

Sering terjadi Ahli Parlimen DAP dari Puchong Gobind Singh Deo a/l Karpal Singh berlagak samseng menjerit jerit di dalam Dewan Rakyat membantah arahan Tuan Speaker!

Saksikan:



Semua ini berpunca dari kelemahan para pemimpin UMNO  yang tidak berani melakukan anjakan paradigma dengan menukar pucuk pimpinan parti Melayu itu dengan orang yang lebih celik tentang bahaya yang sedang menanti di ambang PRU ke 14!

Para pemimpin UMNO terus memilih untuk berserah kepada TAKDIR ILAHI dengan tidak berani mencabar Najib Razak kerana takut di timpa nasib yang sama dengan Anwar Ibrahim yang di pecat Tun Dr.Mahathir Mohamad dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan sekaligus dari jawatan Timbalan Perdana Menteri serta lain lain jawatan rasmi didalam Kerajaan Malaysia pada tahun 1998!
Anwar Ibrahim
Sedangkan Allahu Ta'ala sudah berfirman di dalam Surah Ar Ra'ad Ayat ke 11 bahawa Ia tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri!
13:11
Malay
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Melayu sekarang berkeadaan bagaikan telur di hujung tanduk! Silap perhitungan akan kecundang lah jawabnya!


Post a Comment