Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 11, 2015

Mursyidul Am PAS yang baru! Al Fadhil Tuan Guru Professor Dato Dr. Haji Harun Din Al Hafiz!

Alhamdulillah! Syukur Alhamdulillah dan Salam Tahniah buat Al Fadhil Tuan Guru Professor Dato' Dr. Haji Harun Din Al Hafiz yang baru saja di lantik Majlis Syura Dewan Ulamak PAS menjadi Mursyidul Am PAS yang baru!
Semoga dengan kepimpinan berhemah Dato Dr Harun Din, nasib umat Islam se Malaysia akan lebih terjamin dan tiada lagi sumpah sumpah dan doa laknat akan di buat kepimpinan PAS terhadap sesama Islam di Malaysia kita!
Foto tuntunansholat.com
Bawa berpakat untuk menambah berkat kepada semua! Bimbing lah umat Islam kita ke arah mahu mendaulatkan Syariah Allah di bumi Malaysia ini dengan penuh hikmah dan bijaksana sepertimana yang saya tahu Prof Datuk Dr Harun Din mampu!

Syukur Alhamdulillah! Terimakasih ya Allah kerana memakbulkan doa doa saya sekian lama ini!!!



Saya percaya di bawah kepimpinan dan tunjuk ajar Tuan Guru Datuk Dr Haji Harun Din Al Hafiz, peranan PAS akan menjadi lebih baik untuk membimbing umat Islam di tanahair kita ke arah menegakkan Syiar Islam dan Syariah Allah di Semenanjung Tanah Melayu ini! Semoga ada manfaat bagi kita semua! Amin Ya Allah!

Marilah kita semua berdoa kepada Allahu Rabbi agar memanjangkan umur Mursyidul Am PAS yang baru, Al Fadhil Tuan Guru Dato Dr. Haji Harun Din Al Hafiz, menyembuhkan segala penyakit yang ada pada beliau. 

Memperkasakan anggota jasad zahir dan batin Tuan Guru. Mempermudahkan segala urusan pentadbiran dan kepimpinan beliau. Melembutkan segala hati yang selama ini keras kerana di hasut dan di perdaya pemuka2 DAP dan PKR serta anasir anasir yang sering mengadu domba didalam jamaah.

Amin! Amin Ya Rabbal Alamin.
Post a Comment