Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, March 07, 2015

PAS atau PASMA? Ulamak atau Profesional? Siapakah pulak Mursyidul Am PAS selepas Nik Aziz?

Tiga persoalan utama yang sedang berputar ligat di dunia siber sejak kematian Mursyidul Am PAS baru baru ini. Bab bergaduh pukul memukul dan demo di depan Ibu Pejabat PAS pun masih hangat diperkatakan para ahli ahli dan pucuk pimpinan parti parti politik kita.



Gambar ehsan Malaysia Gazette di bawah ini jelas menunjukkan tahap 'Ghaflah Jingga' Mat Sabu Timbalan Presiden PAS bersama Dato Seri Hadi Awang Presiden PAS dengan Setiausaha Agong PAS 'hero nakal nakal' Mustafa Ali!



Bagi pemerhati politik semasa tanahair, semua sedang tertanya tanya siapakah pulak yang akan di lantik Majlis Syura Ulama PAS sebagai Mursyidul Am PAS yang baru setelah kembalinya Datuk Nik Aziz Nik Mat ke Rahmatullah?



Secara logiknya, sepatutnya Timbalan Mursyidul Am PAS, Al Fadhil Tuan Guru Dato' Dr.Haji Harun Din Al Hafiz (gambar di atas) di lantik menjawat pula jawatan sebagai Mursyidul Am PAS yakni kedudukan tertinggi  di dalam parti PAS yang merupakan parti kedua terbesar orang orang Melayu Muslim di Malaysia ini.

Tidak ada tokoh agama lain sebaik Tuan Guru Dato Dr Harun Din yang boleh kita harapkan untuk membawa sinar harapan kepada penyatuan umat Islam seMalaysia di dalam keadaan pasca peninggalan Allahyarham Nik Aziz!
Presiden PAS Dato Seri Hj Hadi Awang (jubah biru) bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Al Fadhil Tuan Guru Dato Dr Haji Harun Din Al Hafiz
Segala perancangan Pakatan Rapuh DAP-PKR-PAS kini bagaikan retak menanti belah dan orang orang kuat Pakatan Pembangkang sudah mula meninggal dunia seorang demi seorang meninggalkan golongan golongan yang boleh di katakan tidak begitu di pandang tinggi oleh kebanyakan penyokong parti parti politik bertiga itu serta rakyat jelata sendiri.


Anwar Ibrahim sudah masuk penjara semula selepas di dapati bersalah meliwat kali kedua sementara Lim Kit Siang dari DAP dan Presiden PAS Dato Seri Hadi Awang tak boleh seia sekata seperti dulu lagi!




Apakah Pakatan DAP-PKR-PAS akan retak hancur berkecai menunggu gugur berderai atau apakah gabungan bertiga parti politik berlainan prinsip dan matlamat perjuangan mereka akan kembali bercantum teguh di pateri semula?
Mengimbas kembali amaran mendiang Karpal Singh kepada sesiapa sahaja yang mahu mewujudkan sebuah Negara Islam di Malaysia :



Karpal Singh yang sebelum ini bertindak sebagai Maharaja tidak rasmi PR sering mengingatkan rakan rakan pakatan politiknya supaya melupakan sebarang hasrat untuk mendirikan sebuah daulah Islamiyyah di Malaysia ini dan mencabar mereka untuk melangkah mayatnya jika mahu berbuat demikian!


Gambar di atas ini membawa seribu satu makna!
Allahyarham Nik Aziz dan Dato Seri Hadi Awang tidak dapat berbuat apa apa bila di sergah dek mendiang Karpal Singh bila saja soal Hudud atau Negara Islam di bangkitkan merekai semasa hayat arwah Nik Aziz dan mendiang Karpal! 


Karikatur yang hebat dan benar benar menggambarkan keadaan semasa hayat kedua pemimpin Pakatan Pembangkang tersebut.



Karpal Singh mati terbunuh didalam satu kecelakaan jalanraya pada 17hb April, 2014 di KM306.1, Lebuhraya PLUS apabila kenderaan Toyota Alphard yang di naikinya bertembung dengan sebuah lori! Karpal dan pembantu setianya C.Michael (gambar di atas) mati di tempat kejadian manakala anaknya Ramkarpal Singh dan pembantu wanita Indonesia cedera. 

Dengan kematian Karpal, bab penentang terkuat dari parti DAP terhadap cita cita PAS mahu memperjuangkan sistem Hukum Syariah dan pelaksanaan Hukum Hudud di dalam negeri Kelantan Darul Naim mulai reda tetapi tidak terpadam sama sekali.

Pemimpin2 DAP lain seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo dan lain lain lagi pasti meneruskan legasi Karpal Singh menentang Hudud di Malaysia!

Beralih pula kepada bab PAS ataupun PASMA!

Presiden PAS secara terang terangan membidas puak PASMA di dalam PAS untuk angkat bungkus dan keluar pergi meninggalkan PAS jika mahu terus meliberalkan perjuangan parti mereka.


Malah Presiden PAS itu tidak segan menggunakan perkataan kasar seperti 'Barua' terhadap para pemuka PASMA yang berkenaan.


Kemunculan PASMA @ Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia sebagai satu kumpulan eksklusif para pemimpin pemimpin di dalam hieraki PAS sendiri bagaikan mewujudkan sebuah parti tersendiri di dalam parti PAS!



PAS kini bagaikan mempunyai suatu ketumbuhan didalam jasadnya yang berkemungkinan menghisap darah PAS dan meninggalkannya kering kontang dan pucat lesi bagaikan seorang yang mengalami keadaan anoreksia!


PASMA pulak mengaku ditubuhkan semata mata ingin mengawasi PAS tidak bekerjasama dengan UMNO!
Ingatkan selepas ketiadaan Nik Aziz, UMNO dan PAS boleh bersatu dan merapatkan jurang di antara sesama Islam?



Nak salahkan Nik Aziz terus pun tak ada guna juga sebab Najib Razak yang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan BN terus terang berkata bahawa Hukum Hudud tidak akan di laksanakan di Malaysia!

Saksikan:


Jadi puak puak PASMA boleh tidur lena dan tidak perlu bersengkang mata mengawasi Presiden PAS memanjang takut takut beliau gi jumpa Ah Jib Gor untuk bekerjasama!

Biarlah umat Islam seMalaysia terus bergaduh sepanjang masa sampai di tiup Sangkakala oleh para Malaikat Malaikat Allah menjelang Yaum al Qiyamah nanti!

'Watchdog' PASMA boleh lah meneruskan legasi Nik Aziz, ya?



PasMa kelihatan begitu akrab dan sangat mesra dengan pimpinan DAP yang begitu tegar menghalang pucuk pimpinan PAS dari menguatkuasakan Hukum Syariah di Negeri Kelantan walaupun Dewan Undangan Negeri Kelantan telah begitu lama mengundi menyokong dengan sebulat suara meluluskan enakmen Syariah berkenaan. 

Ini termasuk sokongan sebulat suara dari ADUN2 UMNO yang berada sebagai pihak pembangkang di negeri Kelantan. 



Kasihan juga melihat keadaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak tenang selepas tumbuhnya satu organisasi seumpama parasit di dalam tubuh parti PAS itu sendiri dan menyukarkan Presiden untuk mengemudikan bahtera PAS menuju ke pelabuhan impian yakni pelaksanaan Hukum Syariah di Kelantan sebagai permulaan dan kemudiannya ke seluruh negara.


Kehadiran PasMa ini di dalam PAS umpama lalang yang tumbuh di tengah sawah padi tetapi walau di cabut dan di racun, tetap segar mekar kembali mencucuk mata si pesawah yang tenggelam punca akan bagaimana kah cara menghapuskan perosak ini?



Masaalah juga! Bukan mudah nak menyelesaikan perkara ini. Yang menjadi peneraju dan pemuka pemuka PASMA ini bukan ahli ahli baru. Mereka adalah orang orang yang terkenal dengan perjuangan ala Machiavelli di mana matlamat perjuangan politik mereka menghalalkan apa saja cara asalkan cita cita politik mereka akan tercapai.

Menurut Presiden PASMA sekarang, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi, PASMA ditubuhkan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dengan bertindak sebagai 'watchdog' yang bertujuan untuk memastikan bahawa PAS tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan pihak UMNO sekaligus meranapkan kedudukan Pakatan DAP-PKR-PAS didalam politik Malaysia.





Presiden PAS telah membelasah pihak pihak yang berusaha didalam PASMA didalam satu majlis penerangan khas di mana video video berikut telah di rakam dan di sebarkan secara meluas melalui You Tube.

Saksikan :

Bahagian 1/3


Bahagian 2/3


Bahagian Akhir 3/3




Kemelut di antara pejuang tegar PAS dan golongan watchdog PASMA ini akan berterusan selagi Tuan Guru Presiden PAS tidak membuat suatu keputusan yang muktamad samada akan memecat kesekelian mereka yang menjadi ahli ahli PASMA dari menjadi ahli PAS atau beliau sendiri akan meletak jawatan dan menyerahkan kepada para pemuka PASMA untuk membawa PAS lebih dalam kedalam cengkaman kuasa DAP dan PKR?

Sama sama lah kita melihat perkembangan seterusnya di dalam drama politik semasa ini.

Post a Comment