Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, March 30, 2015

Pengemis Asing mencemarkan imej dan maruah Malaysia! Apa tindakan kerajaan?


Persimpangan Lampu Trafik Kerinci,
Pantai Dalam,
Kuala Lumpur .
29hb Mac 2015.

Ketika saya sedang memandu kenderaan untuk ke Mid Valley semalam, saya berhenti di persimpangan trafik Kerinci sebelum membelok ke arah Mid Valley.

Saya ternampak kelibat seorang lelaki India tua sedang menghampiri setiap kenderaan yang berhenti di situ sambil menadah tangannya meminta sedekah sementara di tangan satu lagi tergenggam pelbagai macam objek seperti tasbih, stiker, begitu begini!

Sudah tentu bukan orang tempatan atau warga Malaysia kerana perbuatan meminta sedekah begini bukan budaya kita! Ini adalah kerja kerja sindiket pengemis asing yang telah menjadi musibah di negara2 seperti India, Pakistan dan Bangladesh!

Saya hairan bagaimana pihak berkuasa tempatan boleh membiarkan gejala sindiket asing menyusup masuk mencemar imej negara kita ini yang terkenal sebagai negara sedang membangun?



Jangan lah biarkan gejala yang amat tidak bagus untuk negara kita terus berleluasa sehingga akan menjadi satu stigma kepada imej dan status Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara maju!

Orang tua ini mesti di tahan dan di siasat dengan segera! Saya percaya sudah tentu ada kereta peronda dan anggota bermotosikal Polis Di-Raja Malaysia yang melalui persimpangan tersebut.

Kenapa boleh di biarkan pengemis asing ini merosakkan maruah negara kita begitu saja?



Nak bersimpati biar kena pada tempatnya! Ini bukan budaya orang2 Islam! Memalukan ummah saja! Kopiah di atas kepala dan berjanggut mengikuti sunnah Rasulullah tetapi pergi melakukan sesuatu yang di tegah Nabi!



Kerajaan Malaysia ini memang ada satu kelemahan yang tersangat ketara iaitu cuma pandai meluluskan beratus ribu perundangan di Parlimen dan Dewan Dewan Undangan Negeri!

Tetapi bila sampai ke bab PELAKSANAAN dan PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG, cukup cukup MENGECEWAKAN!!!

Para penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan tidak benar benar melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka! 

Aduan demi aduan serta laporan artikel lengkap besertakan bukti pelanggaran undang undang didalam bentuk rakaman video dan gambar2foto yang pernah saya siarkan serta laporkan ke DBKL seperti disini sampai ke hari ini tidak ada sebarang tindakan dari mereka!

Ternyata celaan orang awam terhadap pihak berkuasa tempatan sebagai cukup korup dan kaki makan rasuah ada unsur unsur kebenarannya!

Malaysia dikatakan cukup cemburu dengan Singapura yang berjaya membangun dari menjadi sebuah pulau yang hanya mempunyai pelabuhan dan tidak ada sumber kekayaan alam semulajadi kurniaan Allah kini di antara negara negara yang cukup maju dan kaya raya dengan pendapatan per kapita tertinggi di peringkat dunia!

Tak ada rahsia sebenarnya akan sebab kenapa mendiang Lee Kuan Yew berjaya memajukan pulau Singapura sebegitu rupa didalam tempoh cuma 50 tahun selepas kemerdekaan nya dari British dan kemudian dari Malaysia!

Kuncinya PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG!

Pergi lah ke Singapura!

Eh! Tunggu!

Tak payah masuk lagi ke Singapura! Berhenti sekejap di Tambak Johor dan buka mata anda luas luas!

Anda sudah pasti dapat melihat perbezaan kebersihan di antara Malaysia dan Singapura! Di bahagian Malaysia akan ada sampah sarap pelbagai rupa di tepi tepi jalan sepanjang 'Causeway' itu manakala di bahagian Singapura akan begitu bersih dan teratur!

Itu cuma mukadimah!

Belum lagi masuk ke pulau republik tempat segala Cina Kiasu berkuasa! Tetapi Kerajaan Melayu Malaysia tak akan mahu menerima kenyataan ini. 

Tadah lah segala bukti kelemahan yang ada pada kita tetapi mata kerajaan Melayu Malaysia tetap buta, telinga tetap akan pekak dan otak tetap nak lembap mengalahkan orang terencat akal!

Kenapa jadi begini?

Apa dia? Tok Mamu kurang dengar tadi!

Oh! Kena SINDROM SI LUNCAI ya?

Iyalah! Nak buat macamana kan? Dah begitu takdir nya Kerajaan Mamluk Al-Malaisie!

Indah khabar dari rupa!

Sembang kat Parlimen dan Dewan Dewan Undangan Negeri bukan main deraih!

Tetapi cuma bagaikan ayam jantan yang kokok berderai derai menyatakan kami lah jaguh, pejuang Melayu gitu gini! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tetapi hakikatnya sudah lama 'Menang Sorak ; Kampong Tergadai!'


Sumber foto
Biorlah ye Pengemis pengemis asing ini masuk ramai ramai, buat macam kat Chennai dan Mumbai! Merosakkan segala kemajuan hidup masyarakat di atas alasan 'Kasihan... kasihan...kasihan..'

Di Mumbai, mereka begitu terkenal dengan lakonan sebagai orang susah tetapi menjadikan mengemis sebagai punca pendapatan! Saksikan satu filem pendek memaparkan penipuan seperti itu!



Anda mungkin belum pernah tengok sindiket pengemis paling canggih di dunia! Saksikan:



Siap dengan mesin untuk kad kredit!!! Fuyoo! Kasihan lagi?



Puak puak asing begini sudah biasa dengan gaya hidup pemalas dan dangkal akal fikiran dengan berasbabkan pada Takdir sedangkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala memerintahkan kita supaya berusaha merubah nasib dan takdir diri sendiri!

Apakah anda mahu melihat keadaan seperti ini berleluasa di sini???

Penipu2 begini ada di serata dunia! Saksikan pengemis palsu Amerika ini:



Dia mengaku memperolehi lebih dari USD$100,000.00 setahun dengan berpura pura sebagai OKU! Jika di darab dengan RM3.7 bagi 1USD$ dia dah dapat RM370,000.00 setahun! Sebulan lebih kurang RM30,833.00! 

Saksikan satu lagi penipuan sindiket pengemis di New York pula! 



Seorang wanita muda berlakon sebagai pengemis cacat di waktu siang dengan mengutip begitu banyak sedekah dari orang awam di kawasan kedai kedai mewah sepanjang hari dan kemudian nya memasuki sebuah van di sebelah malam!

Selepas menukar pakaian pengemis nya didalam van tersebut , kemudian nya ia muncul sebagai seorang wanita muda yang kelihatan hebat pula! Takde masaalah bongkok belakang dsbnya!

Semuanya palsu! Terbongkar penipuannya itu oleh pemberita yang memantau pergerakannya berhari hari!

Saya menyeru agar Polis Di-Raja Malaysia cepat lah menangkap pengemis asing di persimpangan trafik Kerinci itu. Jangan biarkan masaalah ini berlarutan!

CEGAH SEBELUM PARAH!!!
Post a Comment