Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, April 01, 2015

GST terbaik untuk Umat Islam adalah Ganti Solat Tertinggal (GST).

April 1, 2015.

Ramai tertekan dengan kesan percukaian baru @ GST ke atas kebanyakan barangan jualan dan perkhidmatan tanpa memikirkan bahawa sebelum ini dah ada percukaian sebanyak 10% ke atas perkhidmatan (yang kadang kadang tak sebagus mana pun) dan cukai kerajaan sebanyak 5 atau 6 % di atas jumlah bayaran bil bila kita pergi makan minum di restoran berdaftar.

Bagi saya, mudah saja. Jika anda mampu untuk makan minum dan berbelanja di restoran2 berdaftar, bayar saja tanpa banyak songeh. Andai tak mampu, makan saja di restoran atau warung yang tak ada mengenakan cukai tersebut. 

Nak jimat lagi? Masak sendiri. Hidup mengikut kemampuan diri. Senang cerita.

Di dalam kelam kabut nak mengelak cukai GST gitu gini, pagi ini saya terbaca status di wall FB kawan maya saya Hajjah Lily yang memberikan suatu makna baru kepada akronim yang menjadi punca fobia dan trauma segala raja dan ratu Kiasu di Malaysia ini.


Beliau memberikan maksud GST sebagai 'Ganti Solat Tertinggal'. Masya Allah. Bukankah bagus makna baru akronim GST ini?

Saya percaya ramai dari kita yang tertunggak mungkin berpuluh atau beratus ribu solat solat fardhu sepanjang hayat kita dari saat mula kita di kira wajib menunaikan fardhu solat kita sebaik kita di kira sudah baligh dan waras serta tahu akan cara cara untuk berwudhu' dan menunaikan solat.

Tak usah nak kalut kalut lagi lah tentang cukai GST yang memang tak akan dapat kita elakkan diri dari nya andai kita ini hidup di kalangan masyarakat yang berurus niaga dan memerlukan perkhidmatan begitu begini di mana bayaran tetap perlu di lunaskan.

Elok lah jika kita berusaha untuk menunaikan GST @ Ganti Solat Tertinggal yang sememangnya akan di ambil kira dan di audit oleh Malaikat Malaikat Munkar dan Naqir di dalam kubur kubur kita nanti.


Ganti Solat Tertinggal lebih bermanfaat bagi kita dunia dan akhirat. Munkar dan Naqir tak kan peduli samada kita ini pengguna atau penjual. Yang akan di hitung nanti berapa banyak amalan kita dan apakah pula jumlah dosa dan pahala di dalam akaun kita masing masing?

Semoga Allahu Rabbul Alamin redha terhadap kita dan sudi mengampunkan kita di dunia ini lagi dan tidak akan memerintah agar kita di humban ke jurang Narr Al Jahannam nanti!

Amin Ya Rahman!

Post a Comment