Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, April 19, 2015

Mahaguru58 ~ Kenali Haji Yassin yang memperkenalkan saya kepada Internet!

Tu dia! Member pendakwah Mahaguru58 dulu, Tuan Haji Yassin dok berdakwah pada pelancong Itali di dalam bahasa Italiano! 

Haji Yassin ini lah yang mengajak saya masuk Tariqat Naqsyabandi dahulu di Penang dan turut bersama saya dan Haji Kamarudin Abdullah di dalam usaha Dakwah Walkabout kami di Tanjong, Pulau Pinang!

Beliau lah juga yang memperkenalkan saya kepada Internet sehingga melahirkan Blogger Mahaguru58 ini dari pertama kali saya menjejak kaki ke cybercafe dan kenal akan jaringan internet depan Masjid Benggali, Markas Jamaat Tabligh Penang.
Saya amat terhutang budi kepada jasa Tuan Haji Yassin (kopiah hitam berbaju putih di video pertama dan berkopiah hijau di video kedua) ini. Tanpa usaha beliau memperkenalkan saya kepada komputer dan internet takkan ujud lah blogger Mahaguru58 pada hari ini.www.mahaguru58.blogspot.com

Haji Yassin di kanan sekali
Banyak sungguh kenangan bersama Tuan Haji Yassin ini yang saya tetap ingat sampai sekarang! Beliau seorang yang amat berani dan tidak pernah lari dari medan perjuangan saya dan rakan rakan semasa kami pergi berdakwah di jalan jalan sekitar Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.

Mahaguru58 berjubah biru dan berserban
Saya berhenti dari terlibat dengan Tariqat Naqsyabandi bila saya melihat keterlampauan segelintir murid murid Tarikat Sufi tersebut didalam memuji dan memuja Mursyid Tariqat tersebut. 
Dari Kiri : Haji Yassin, Haji Kamarudin Abdullah, Haji Abdur Rahman, Haji Zainol Abideen (MG58)
Jiwa ini masih terikat dengan pemurnian kerohanian Islami tetapi dengan lipatan usia dan pengalaman sendiri meneroka ilmu ilmu agama maka tahu lah diri ini untuk menjauhi yang batil dan menghampiri yang makruf. Sia sia lah diri semakin tua jika tidak tahu membezakan di antara kaca dan permata.

Walau apa sekalipun yang terjadi, saya tetap rindu pada sahabat lama saya ini dan berdoa agar Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati diri Haji Yassin yang dahulu nya bekerja dengan Bank Standard Chartered Lebuh Leith, Penang.

Jika tidak kerana Haji Yassin empunya usaha membawa saya ke cyber cafe depan Masjid Benggali pada tahun 1987 dahulu, tak akan ada lah Mahaguru58 sebagai blogger hari ini.
Post a Comment