Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, April 11, 2015

Malaysia Negara Islam? Sebenarnya Malaysia masih negara sekular! Syariah belum tertegak disini!

Saya ingin merujuk kepada soal Hukum Hudud dan Negara Islam yang heboh diperkatakan baik oleh PAS, UMNO atau DAP serta lain lain parti politik berdaftar di negara ini.


Barisan Nasional dibawah pimpinan UMNO memang tidak serius untuk memartabatkan Syariah Allahu Ta'ala. Sejak kita merdeka lagi, BN sebenarnya berupaya untuk menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah kerana mereka dahulunya pernah menguasai Parlimen dengan 2/3 majoriti. 


Namun BN tidak benar benar mahu melakukan demikian kerana parti MCA dan MIC yang menjadi dua lagi parti besar didalam Barisan Nasional tidak bersetuju untuk Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam menggantikan Perlembagaan Malaysia peninggalan Penjajah British Kolonial.




Kelesuan pihak 9 Kesultanan kesultanan Melayu didalam menentukan kedudukan Ad Deenul Islam sebagai asas pentadbiran negara ini turut melemahkan usaha memartabatkan Syariat Allah mengatasi segalanya di bumi Malaysia ini.


Jika tuan puan perhatikan, Mahkamah Syariah didalam negara ini tidak terletak diatas puncak persada sistem kehakiman negara dan hanya bertaraf sederhana, jauh dibawah Mahkamah Agong Sivil yang adakalanya terletak dibawah penghakiman Hakim hakim yang bukan beragama Islam ataupun yang pakar didalam perundangan Syariah Islam!


Masih ingatkah tuan puan akan kes penggunaan istilah 'Allah' oleh Gereja Kristian Katolik Malaysia dimana mereka diberikan kebenaran oleh hakim bukan Islam Lau Bee Lan untuk menggunapakai kalimah 'Allah' didalam penerbitan gereja mereka?

Akibat kelesuan Kerajaan Persekutuan Malaysia dibawah perintah dan kuasa Barisan Nasional untuk memartabatkan Syariat Allah sebagai Asas Perundangan di tanahair ini, maka lama kelamaan musuh musuh Islam dan Melayu semakin berani berlaku biadap dan kurang ajar terhadap orang2 Melayu yang merupakan penduduk majoriti di Semenanjung Tanah Melayu ini.



Negara Islam Malaysia akan terdiri sekiranya Kerajaan Malaysia benar benar mahu untuk melaksanakan  Hukum Hakam yang terdapat di dalam Syariah Allahu Ta'ala dan pelaksanaan Hukum2 Syariah Allah itu tidak membezakan di antara pesalah2 dari segi penganut agama.

Ini adalah kerana akan berlaku kepincangan dan ketidakadilan terhadap pesalah jika hanya yang Muslim di hukum manakala yang kafir terlepas. Sebagai contoh katakan lah sekumpulan penjenayah merompak dan membunuh ketika melakukan jenayah berat. 

Apabila pihak berkuasa menangkap kumpulan penjenayah itu di dapati ada yang Muslim dan ada pulak yang kafir. Takkan hanya yang Muslim akan di dakwa menurut Hukum Syariah manakala yang kafir di dakwa menurut Hukum Sivil?

Sepertimana yang kita tahu, Kerajaan Brunei Darussalam sudah mengisytiharkan pelaksanaan Undang-Undang Syariah di Kesultanan Brunei dan meliputi seluruh rakyat negara tersebut.



Jom kita saksikan bagaimana seorang warga Malaysia berbangsa Cina bertanya kepada pihak parti pembangkang kenapa mereka takut sangat dan menentang Hukum Hudud?



Beliau berkata bahawa beliau amat menyokong Hukum Hudud kerana ia faham bahawa hanya penjenayah @ pencuri tegar yang bersalah sahaja akan di kenakan Hukum Hudud. Jika tak bersalah tidak payah takut.

Ia memberikan contoh bagaimana jika Hukum Hudud di kuatkuasakan di Malaysia, Presiden MCA ketika itu @ Chua Soi Lek yang didedahkan telah berzina tidak akan dapat terus menjadi Presiden Parti MCA kerana perbuatan ia berzina itu bukan hanya di saksikan oleh 4 orang seperti di kehendaki oleh Hukum Syariah tetapi oleh berjuta juta orang yang telah menyaksikan rakaman video tersebut! 

[Kita tidak perlu untuk berbahas tentang syarat syarat kesaksian tersebut disini]

Cukup sekadar tahu bahawa bukan semua masyarakat bukan Islam yang menentang pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia. Hanya mereka yang tidak mengkaji tentang kaedah pelaksanaan Hukum Hudud sahaja yang masih seram dengan Hukum Syariah Allah ini.

Tetapi ada saja alasan oleh pihak agamawan Malaysia yang memberi alasan kenapa Malaysia belum boleh melaksanakan Hukum Syariah di Malaysia kerana tidak mampu lagi sebab tidak ada majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong usul untuk pelaksanaan Hukum Syariah di negara ini.

Bahagian 1/2

Bahagian 2/2


Syukur lah baru baru ini pihak Ahli Ahli Pembangkang (UMNO) Dewan Undangan Negeri Kelantan Darul Naim telah sebulat suara bersetuju menyokong usul menegakkan Enakmen Syariah yang akan membawa kepada pelaksanaan Hukum Hudud di Negeri Kelantan.



Tinggal mendapat kelulusan dari Dewan Rakyat Parlimen Malaysia sahaja. 

Negeri bermajoriti bangsa Melayu beragama Islam yang sudah sekian lama di perintah parti PAS tetapi terhalang oleh sistem perundangan Persekutuan yang berteraskan sistem sekular Perlembagaan Malaya peninggalan British Kolonial.

Karpal Singh yang mencabar barangsiapa yang hendak tegakkan Negara Islam Malaysia untuk melangkah mayat nya sudah mati setahun lebih. Mayat nya pun sudah di bakar dan debu abu mayatnya sudah lama di tebarkan di laut Pulau Pinang oleh ahli keluarga nya. Tetapi semangat penentangan nya masih di teruskan oleh anak anak nya serta parti DAP yang di anggotai mereka. 

Begitu juga dengan janji PM Najib Razak tidak akan melaksanakan Undang Undang Hudud Allah di Malaysia! Waris waris Karpal Singh boleh bertenang dengan janji Najib ini.



Apakah sejarah akan berlaku nanti di mana Hukum Allah akan di laksanakan di Negeri Kelantan? Atau akan berterusan keadaan di mana para pemimpin negara ini akan terus menentang usul untuk menegakkan Hukum Allah seperti yang pernah saya tulis tentang perkara ini di sini.



Post a Comment