Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, April 18, 2015

Nampak Alim tetapi bertindak Zalim! Ulasan Mahaguru58 kes Ludah & Tampar Polis!


Georgetown: Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan meludah dan menampar seorang anggota polis pada 15 April lalu.

Shaikh Abdul Wahab Shaikh Ibrahim, 67, bersama anaknya, Shaikh Abdul Shukor Shaikh Abdul Wahab, 31, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Koperal Mohamed Shahrul Nizam Mohamed Salleh di Jalan Pattani, Georgetown.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret L Umma Devi kemudian menetapkan jaminan RM3,000 seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan kes akan disebut semula pada 19 Mei hadapan.

Laporan Harian Metro.

Di Akhir Zaman ini, pihak pihak yang menzahirkan diri dengan imej warak dan beragama sepatutnya sadar bahawa diri masing masing akan senantiasa menjadi perhatian dan di pantau ramai kerana mereka (termasuk diri saya ini) akan menjadi bahan cacian serta kutukan ramai bila saja tersilap langkah atau kata. 

Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam telah bersabda bahawa di Akhir Zaman ini, mereka dari kalangan umatnya yang berusaha menepati Sunnahnya dan hidup beriktikad untuk menzahirkan Ad Deenul Islam akan di pandang ganjil oleh masyarakat dunia Akhir Zaman ini.

Golongan penghidup Sunnah ini akan di panggil 'Al Ghuraba' yakni 'Orang Asing'.

At-Tarmidhi dan Abu Dawud meriwayatkan bahawa  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam telah bersabda: 

"Akan datang suatu zaman tidak lama lagi di mana untuk beristiqamah di dalam Agama seumpama menggenggam bara api yang menyala dengan tangan kamu. Yang tekad bertahan (menghidupkan ajaran Islam) akan mendapat ganjaran 50 orang,"

Sahabat sahabat Rasulullah kemudian bertanya : 'Apakah mereka akan mendapat ganjaran 50 orang dari kalangan kami atau di kalangan mereka?' 


Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam menjawab :" Ganjaran 50 orang dari kalangan kamu!"

Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Begitu lah perumpamaan yang di berikan terhadap golongan yang berpegang kepada tuntutan Ad Deenul Islam di kala dunia semakin berubah dan tatacara kehidupan manusia di zaman moden ini kadangkala serupa di zaman jahiliyyah atau lebih teruk dari itu.

Zaman di mana akan muncul golongan di kalangan umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam yang berketerampilan tidak seperti kebanyakan orang lain yang tidak mahu atau pun malu untuk menzahirkan diri sebagai seorang Muslim.

Golongan yang di sebut Nabi Muhammad ini akan tegar memakai pakaian Sunnah dan berjanggut, berkopiah dan berserban di kala manusia lebih selesa dengan pakaian barat dan serba ringkas.

Golongan yang ditakrifkan sebagai 'Al Ghuraba' @ 'Orang Asing' ini memang akan terserlah dari kalangan manusia manusia moden semasa.

Tidak mengikuti peredaran masa atau trend masakini. Jenis yang dok bela janggut dan berkopiah serta berserban di kala ramai yang lain dok ikut fesyen 'marang perapu keponden parang sekeper'! 



Maka dua beranak ni yang menampilkan diri dengan imej warak tetapi kecundang pada nafsul Ammarah yang membawa kepada kecelakaan diri adalah simbol betapa imej warak tersebut wajib di-iringi kesadaran diri sebagai Muslim penyambung sikap dan sifat Nabi.

Kita semua patut belajar dari kejadian ini dan berusaha mengawal diri dengan lebih sepatutnya jika di timpa malang serupa.


Sumber foto 
Bukan perkara mudah untuk dapat menghidupkan Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam di zaman ini sambil bersabar dengan kerenah manusia sekeliling yang bukan sahaja ada di kalangan mereka yang jahil murakkab (orang jahil yang rasa diri sangat cerdik) tetapi juga boleh meruntuhkan dinding keimanan kita dengan terjahan cabaran cabaran dan godaan godaan duniawi!

Sebab itu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam telah berkongsi begitu dengan sahabat sahabat tercinta Baginda.

Bukan senang brader nak jadi orang baik baik di zaman ini. Maruah diri pasti tercabar dengan pelbagai macam ujian demi ujian setiap hari sementara masih bernyawa di kala ini.

Dah mati, tutup fail. Berjawab je dengan Malaikat Malaikat Allah yang akan datang menyoal siasat kita. Mereka tak akan peduli samada tuan seorang Raja, Sultan, Putera Mahkota, Raja begitu begini, Perdana Menteri, Menteri Tua, Menteri Muda, YB, Datuk Paduka, Tun, Tan Seri, Datok atau apa kebana pun!

Soalan soalan cepumas tetap akan di tanya dan segala amalan baik dan buruk kita pasti di paparkan di depan kita.

Ketika itu tak akan ada sesiapa pun peguambela yang boleh hadir nak bela atau kawtim untuk kita.

Melainkan segala amalan dan ibadah kita yang ikhlas demi Allah sahaja yang akan datang bercakap bagi pihak kita.

Maka walau pun kita ni rasa diri dah 'alim' dan sudah 'bertaubat Nasuha'; dah menyempurnakan segala tuntutan 'Ad Deenul Islam'; dah pergi Haji dan Umrah berkali kali, jangan sesekali kita lupa diri.

Sesaat kita khilaf begini, segala amal ibadat kita sekian lama ini habis, hancur musnah di lupakan semua tetapi kita akan di caci dan di maki semua mereka yang kadang kadang tikar sejadah pun dah lama tak di hamparkan oleh mereka.

Bawa bawa beringat ya. Setiap yang bernyawa pasti kan mati bila bila masa dari saat kita dok baca perkataan perkataan ini.

Mudah2an kita semua mati di dalam keadaan ' Husnul Khatimah' dan tidak sekali kali mati di dalam keadaan hina dan celaka.

Amin Ya Allah.
Post a Comment