Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, May 08, 2015

Ellie Suriati Omar ~ Tayangan Appresiasi Filem 'PENANGGAL' Pawagam Mini P.Ramlee FINAS


Saya pergi ke Pawagam Mini P.Ramlee di Kompleks FINAS di Hulu Kelang tengahari tadi bagi menonton filem sulung arahan Ellie Suriaty Omar, pelakon berkaliber dan kini sudah bergelar Pengarah Filem!


Sebenarnya sebelum ini saya pernah terdengar tentang filem 'PENANGGAL' ini tetapi tidak berkesempatan untuk menonton nya di pawagam. Rupanya filem hebat arahan Ellie Suriaty ini telah menerima sebanyak 15 pencalonan untuk pelbagai kategori di Festival Filem Malaysia ke 26 dan memenangi 2 Anugerah. Pengarah Harapan untuk Ellie Suriaty dan Penataan Seni Terbaik untuk Nazrul Asraff.

Memang lain pengalamannya bila kita menonton filem sebegini di pawagam! Kesan bunyi nya memang terasa dan kita benar benar dapat menghayati apa yang dihasilkan oleh produksi perfileman tersebut. Sinematografinya memang amat mengkagumkan. Tonton treler filem berkenaan di bawah :



Pembikinan filem : 


Sesudah 2 tahun filem ini di tayangkan di pawagam, ada pula di muatnaik ke You Tube. 



Tak sesempurna salinan asal tetapi sekadar nak tahu jalan ceritanya, boleh lah. Jika hendak puas menonton filem ini, elok cari DVD nya yang asli dan tonton melalui skrin TV besar dengan sistem bunyi yang bagus. Pasti puas hati.

Apa apa pun kita harus ucapkan tahniah kepada Ellie Suriaty di atas kejayaan nya menghasilkan sebuah filem yang boleh di banggakan seperti Penanggal ini dan lakonan mantap pelakon2 utama nya seperti Umi Nazeera sebagai Murni/Penanggal, Azri Iskandar sebagai Syed Yusof Al Attas dan lain lain.
Post a Comment