Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, June 05, 2015

Hutang Along? Maaf! Mahaguru58 Tak Boleh Tolong!

Sejak kebelakangan ini, saya sering menerima emel memohon bantuan kewangan baik dari para pelajar sekolah merayu agar saya dapat menginfakkan sejumlah duit untuk mereka pergi belajar ke luar negara lah ; malah ada yang berhutang dengan Along meminta bantuan dari saya kerana sudah tak tahu nak pergi minta tolong dengan orang lain!

Saya pun pelik! Apakah mereka ini berfikir Mahaguru58 ni seorang yang kaya raya sehingga boleh nak membantu mereka keluar dari kesempitan hidup mereka?

Apakah mereka fikir orang tua ini duduk di istana tersergam indah dengan segala macam kekayaan melimpah ruah?

Saya ini mencari makan melalui kerja kerja penterjemahan, penyuntingan esei, tesis dan repot para pelajar dan pensyarah akademik. Melakukan kerja menyediakan profail syarikat dari para usahawan dan mengambil upah menulis artikel berkepentingan sesebuah syarikat atau pertubuhan.

Menulis skrip bagi syarikat produksi dan saya sendiri sedang menunggu pembayaran bagi kerja yang telah saya sempurnakan walau dah masuk dua bulan sesudah mengirimkan hasl kerja kepada penerbit berkenaan.

Ada saya pergi merayu memohon bantuan dar sesiapa?

Tidak!

Saya hidup dengan kemampuan yang ada pada saya.

Tetapi orang orang ini senang senang saja datang meminta bantuan begitu begini dengan menyalah anggap bahawa 'Mahaguru58 boleh tolong!'

Mungkin mereka ini melihat video saya di bawah ini menyampaikan bantuan RM5000 tunai kepada isteri Koperal Khalid Che Ros di tepi laman blog saya ini dan beranggapan 'Fuyoo! Mahaguru58 kaya! Boleh serah RM5000 kepada orang susah!

Hello! Duit itu duit amanah dari seorang penderma yang menitipkan duit sebanyak RM5000 itu kepada Datuk Ahiruddin Atan @ Blogger Rocky Bru untuk di sampaikan kepada anggota polis yang terlantar koma setelah di langgar lari oleh seseorang pada tahun 2009!



Datuk Ahiruddin Atan menghubungi saya selaku penyiar video tentang anggota polis berkenaan bagi menyampaikan bantuan derma wangtunai sebanyak RM5000 kepada Koperal Khalid yang susah setelah jatuh sakit tak berupaya mengurus diri sendiri selepas di langgar lari.

Saya dapat tahu dari Datuk Abdul Jalil Hassan tentang kesengsaraan anggota polis ini semasa saya pergi mencari berita berkenaan kes budak yang mati di tembak semasa memandu kereta secara berbahaya di Shah Alam.

Selaku seorang blogger bertanggungjawab, saya menyiasat dan menyiarkan berita tentang kesusahan anggota polis berkenaan dan pendedahan saya telah menggerakkan hati penderma itu untuk menghulurkan bantuan kepada Koperal Khalid Che Ros.

Itu duit orang. Bukan duit saya. Amanah orang tu. Bukan kita boleh dok pegang lama lama. Mesti kita serahkan kepada yang berhak.

Ini datang pulak seorang demi seorang dok minta bantuan dari saya! Dari mana datang nya ilham tu? Bawa bawa beringat lah sama. Saya ini orang biasa saja. Susah susah saya saya tak ada nya nak pergi ganggu sesiapa mohon bantuan. Saya berusaha sedaya upaya saya dengan sedikit kemahiran yang ada pada saya.

Tolong lah berhenti mengganggu saya dengan permintaan seperti ini. Pergi cari orang orang kaya raya yang hidup mewah berlimpah ruah. Apa hal lah dok datang cari saya ini dengan cerita cerita kesusahan kamu?

Hutang dengan Along? Sorry! SAYA MEMANG TAK BOLEH TOLONG!!!
Post a Comment