Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, October 14, 2015

UMNO dan BN semakin lemah berpunca dari pemimpin2 kurang cerdik ~ Jawapan Sesi Q&A Tun Dr.M


Punca UMNO dan BN semakin lemah dari tahun ke setahun di dedahkan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr.Mahathir Mohamad bila menjawab soalan dari peserta Majlis Hi-Tea bersama beliau yang bertajuk 'KEMBALIKAN MARUAH PERJUANGAN BANGSA (MELAYU)' di Hotel De Palma, Ampang pada 3hb Oktober, 2015. Majlis itu di anjurkan oleh UMNO Cawangan Pusat Bandar, Taman Cempaka, Ampang, 68000, Selangor Darul Ehsan.



Punca UMNO semakin hilang pengaruh dan sokongan dari kalangan masyarakat  Melayu adalah disebabkan para pemimpin2 UMNO terdiri dari kalangan mereka yang tahap akademik mereka tidak setinggi mana.

Ketua ketua cawangan UMNO yang tidak berapa cerdik ini  tidak akan menerima masuk mana mana orang yang lebih berpendidikan tinggi dari mereka. 
Di terima masuk hanya orang orang yang lebih bodoh dari mereka. Baru lah ketua ketua cawangan dan bahagian ini tidak akan di cabar dan kedudukan mereka kukuh.
Kalau nak di istilahkan dengan perumpamaan Barat sekarang bagaikan ' The Dumb leading the Dumber'. Yang Bodoh memimpin yang Tolol. 



Bilamana si Bodoh ini letak jawatan atau pun mati, maka jawatan ketua cawangan atau ketua bahagian ini akan di ganti atau di isi oleh yang Tolol tadi!



Bilamana si Tolol ini menjadi Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian, maka dia pula akan hanya memilih yang lebih tolol atau lebih bodoh darinya untuk mengisi kedudukan dia sebelum ini. 

Dan yang lebih bodoh atau tolol ini akan hanya menerima mereka yang lebih rendah tahap pemikiran mereka dari diri mereka sendiri.

Keadaan ini berterusan sampai ke hari di mana para cerdik pandai dari kalangan profesional dan terpelajar susah untuk diterima masuk menjadi ahli ahli baru didalam cawangan cawangan UMNO.

Maka mereka yang terpelajar dan cerdik pandai ini yang mahu membantu masyarakat Melayu terpaksa mencari platform lain bagi mereka masuk ke arena politik. Yang ada kedudukan sekarang sebagai lawan BN dan UMNO adalah parti parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS.

DAP dan PKR membuka ruang kepada para profesional dan cerdik pandai ini sebagai pelapis alternatif kepada barisan calon calon pilihanraya mereka. 

Bila di tandingkan calon calon yang empunya potensi ini berhadapan dengan calon calon UMNO dan BN yang kurang cerdik ini dan ada pula pelbagai skandal rasuah, moral dan tidak amanah maka sudah tentu para pengundi akan mengundi dan memilih calon calon pembangkang yang pada pandangan mereka lebih bijak, lebih bersih dan lebih berkaliber dari calon calon BN didalam PRU akan datang!

Ini adalah senario politik semasa di mana UMNO dan BN semakin terhakis kedudukan dan kuasa politik di Malaysia.

Tambah tambah pula dengan suasana ancaman pihak berkuasa terutama nya dari pihak Polis Di-Raja Malaysia yang mengugut akan menahan sesiapa sahaja yang bersuara menerbitkan apa apa sahaja kritikan terhadap Perdana Menteri Najib Razak dan Kerajaan Persekutuan.

Sila ikuti rakaman ucapan Tun Dr.Mahathir Mohamad anjuran UMNO cawangan Pusat Bandar di Hotel De Palma, Ampang, Selangor pada 3hb. Oktober, 2015 baru baru ini. 

Ikuti juga sesi sesi Soal Jawab selepas Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengetahui apa yang di perbincangkan?




Post a Comment