Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, December 04, 2015

Islam - Pengetahuan Asas tentang Islam yang Wajib di ketahui setiap Muslim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat sejahtera ke atas kamu dengan rahmat dan berkat dari Allah!

Bagus kan makna Salam kita?

Satu ucap selamat yang lahir dari maksud sebenar Agama Islam. Satu satunya Agama @ Pedoman Hidup dari Sang Maha Pencipta diri kita semua ini dan sekelian alam2 yang zahir (dapat kita lihat) dan batin (alam ghaib).

Saya sering bertanya kepada mereka yang saya ketemui didalam urusan harian saya untuk menjelaskan apakah yang mereka faham dan tahu tentang Islam?

Agama yang kita sebagai Muslim anuti. Apakah dia Islam itu?

Seringkali jawapan yang saya terima dari mereka yang Muslim sangat sangat mengecewakan.

'Maaf pakcik! Saya tak tahu!'

Hairan juga saya ini. Orang yang saya tanya bukan budak2 kecil. Dah dewasa. Malah dah kahwin. Punya anak2 lagi.

Macamana boleh jawab begitu? 

Dah jadi suami. Dah jadi ayah kepada anak anak. Sudah semestinya tahu sedikit sebanyak tentang Ad Deenul Islam yang menjadi asas tatacara kehidupan kita.

Oleh sebab itu, tergerak di hati saya untuk menulis beberapa artikel penerangan tentang Asas Pengetahuan Islam bagi membantu para pembaca untuk mengemaskini ilmu pengetahuan masing masing tentang Islam.

Semoga dengan usaha ini dapat menjelaskan kepada golongan yang belum faham akan apakah dia Islam dengan mudah dan boleh di terima oleh semua.



Sesungguhnya setiap dari kita mempunyai tahap tahap kefahaman dan keupayaan pembelajaran yang berbeza.

Bukan semua orang dapat menangkap serta merta setiap apa yang di sampaikan seseorang guru dan adakalanya kita dapat saksikan bagaimana didalam sesuatu kelas pengajian, ada yang cepat faham akan apa yang sedang di ajar dengan mudah dan ada pula di kalangan pelajar itu yang tak faham faham walaupun telah di jelaskan oleh sang guru berkali kali dan dengan bersungguh sungguh!

Maka penting bagi kita untuk mengenalpasti orang yang sedang kita ajar itu tentang tahap pendidikannya, keupayaan nya untuk memahami isi kandungan ilmu pengetahuan yang sedang kita sampaikan dan mengubahsuai kaedah penyampaian ilmu itu menurut tahap kebolehterimaan nya.

Kaedah yang akan saya gunakan sekarang adalah bertanggapan bahawa anda, pembaca budiman artikel saya ini seorang dewasa, faham Bahasa Melayu dan boleh menggambarkan dengan jelas apa yang akan saya sampaikan secara mudah dan ringkas.

Insya Allah!

ASAS AGAMA ISLAM.

Islam berasaskan 5 Rukun-rukun yang di kenali sebagai Rukun Islam.

  1. Mengucap 2 Kalimah Syahadah iaitu:


Setiap orang yang beriman terhadap Allah perlu mengucapkan Dua Kalimah Syahadah ini serta benar benar faham akan isi kandungan nya untuk di sahkan sebagai seorang Muslim.

Bahagian pertama 2 Kalimah Syahadah ini wajib di lafazkan oleh sesiapa sahaja yang mahu memeluk Agama Islam dengan penuh keyakinan dan percaya terhadap KeEsaan Allahu Rabbul Alamin sebagai Tuhan Semesta Alam dan yang menciptakan dirinya serta kesekelian alam semesta ini.

Di sambung pula dengan lafaz dan penerimaan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam adalah Rasul Allah yang di utuskan kepada nya serta sekelian alam.

KEFAHAMAN TENTANG ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.

Jika kita berhadapan dengan seorang yang waras serta mampu berfikiran secara rasional dan mempunyai daya pemerhatian yang bagus maka sudah tentu akal fikiran nya tidak akan dapat menerima bahawa Tuhan yang mencipta dirinya itu di lahirkan pula oleh seseorang manusia seperti apa yang menjadi asas kefahaman orang2 Kristian.

Kelahiran Isa ibnu Maryam yang diwahyukan secara terperinci didalam Kitab Al-Qur'an Al-Karim didalam Surah Maryam cukup jelas dan tidak ada sebarang keraguan tentang hakikat bahawa Isa Al-Masih itu tidak lain hanya seorang manusia biasa seperti kebanyakan kita cumanya ia di ciptakan Allahu Rabbi dengan perintah Allah secara lisan 'Kun Faya Kun!'.

Didalam menyatakan bahawasanya Isa Al-Masih adalah seorang manusia, harus juga kita menerima bahawa Isa Al-Masih adalah juga seorang Rasul Allah yang di utuskan khusus kepada kaum Yahudi.

Tak masuk akal lah bagi ALLAH dilahirkan pula oleh suatu makhluk ciptaan Nya! 

Makanya sebagai umat Islam, seseorang itu hendaklah menolak sebarang dakyah oleh para mubaligh Kristian yang cuba mengaburi minda masyarakat kita dengan dakwaan bahawa Isa Al-Masih itu 'anak Tuhan' dan bahawa ada 3 konsep Tuhan menurut kepercayaan tersasar mereka.

Ada 'tuhan bapak', 'tuhan anak' dan 'tuhan ruh'. Ajaran karut semata mata. Hormati diri sendiri dengan tidak terpengaruh dengan segala tahyul mahyul ini. Bab menyembah Tuhan ni bukan boleh main ikut sesuka hati seseorang!

Hidupnya kita ini di atas Ehsan Allah. Bukan nya sesuatu yang lain. Segala benda2 pelik yang di sembah puak puak Kafir ini semua khayalan mereka semata mata.

Allahu Rabbul Jalil menempelak golongan karut ini dengan firman Nya didalam Al-Qur'an Surah At Tawbah ayat ke 30:

MALAY

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

TRANSLITERATION

Waqalati al yahoodu AAuzayrun ibnu Allahi waqalati an Nasara al Maseehu ibnu Allahi thalika qawluhum bi-afwa hihim yudahi-oona qawla allatheena kafaroo min qablu qatalahumu Allahuanna yu fakoon

Allah, Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang. Walaupun golongan Kaffir yang gigih menyembah secara buta tuli akan pelbagai tuhan-tuhan ciptaan mereka sendiri dan degil tidak mahu berusaha mencari kebenaran berkenaan Tuhan yang sebenar, Ia tetap memberikan mereka rezeki dan keperluan mereka.

Manusia2 kafir juga turut sama hidup dan bernafas sebebas manusia2 yang beriman. Sang pembuat berhala dan patung2 sembahan kafir turut bebas berada di bumi ciptaan Allah ini dan saling bertukar ganti secara turun temurun, zaman berganti zaman dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri.

Begitu besar sekali Sifat Ar Rahman dan Ar Rahim Allahu Rabbi sehingga membenarkan sebilangan besar umat manusia yang kafir terhadap Ia, Sang Pencipta untuk terus hidup malah memberikan segala nikmat duniawi dan kebebasan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja di dunia ini. Manusia bebas hidup menurut kehendak hati mereka. 

Di anugerahkan akal fikiran dan kebebasan memilih kepada manusia untuk mencari erti kehidupan ini tetapi sejak zaman anak anak cucu Nabi Adam Alaihis Salam lagi, manusia telah tersesat dari fitrah menyembah hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tersasar menyembah segala berhala buatan sendiri.

Saksikan video di bawah ini dan lihat bagaimana pembuat berhala di Kolkata, India membuat 'tuhan-tuhan' sembahan mereka dari jerami yang di jalin, kemudian di tempel dengan bancuhan tanah liat, kemudian di cat dan di hiaskan berhala-berhala itu mengikut rekaan dan khayalan mereka sendiri.



Berhala-berhala ini kemudian di jual untuk sedikit keuntungan. Sang pembeli pula membawa pulang berhala yang di beli nya kemudian di letakkan di atas pelantar khas dan di sembah akan berhala yang di belinya itu dengan meletakkan seribu satu harapan kepada berhala tersebut! Boleh di terima akal?

Firman Allah kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam ketika Rasulullah di datangi rombongan puak Arab Nasrani dari Najran yang bertanya kepada Baginda Nabi tentang siapakah 'Allah', Tuhan yang sedang di perkatakan Muhammad?

Maka, Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengutuskan Malaikat Jibril Alaihis Salam untuk turun membawa wahyu dari Allah untuk di sampaikan kepada Nabi Muhammad bagi menjawab soalan2 mereka.

Wahyu itu adalah Surah Al Ikhlas!



Betapa hebatnya pengertian yang di berikan Allahu Rabbi kepada kita tentang Diri Nya!
Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam di perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk memaklumkan kepada puak Arab Kristian itu bahawa nama Tuhan adalah 'Allah' dan Ia adalah Yang Maha Esa!

Maha Esa itu makna nya ia tersendiri. Satu! Tidak ada dua atau tiga nya. Cuma Satu! Dan Ia yakni Allah adalah Tunggal!

Bukan 3 dalam 1 seperti yang menjadi kefahaman dan kepercayaan Kaffir Kristian didalam konsep Tuhan Trinitas mereka.

Allah itu bukan seperti kopi 3 dalam 1!
Makanya tidak boleh kita terima tuntutan Gereja Katolik Kristian Malaysia yang mahu menggunapakai perkataan 'Allah' sebagai gantinama perkataan 'Tuhan' didalam cetakan Bible mereka!

Duli Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Idris Shah, Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan bertitah melarang penggunaan perkataan 'Allah' oleh pihak Gereja Katolik Kristian didalam Bible dan majalah Herald terbitan mereka!

Barisan peguam peguam Muslim Malaysia dibawah pimpinan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang berjuang mempertahankan kalimah suci 'Allah' hanya untuk umat Islam sahaja di perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 22hb Ogos, 2013 dahulu.

Alhamdulillah, keputusan kes di pihak kita! Allahu Akbar!
Barisan hadapan (dari kiri) Datuk Haniff Khatri, Haji Abdul Rahim Sinwan, Datuk Zainul Rijal, Abdul Halim dan kawan kawan lain.


Pihak Vatican d Rome sendiri tidak bersetuju untuk menggunapakai perkataan 'Allah' didalam gereja2 mereka di Vatican dan negara negara Eropah! 


Pope Benedict XVI mendedahkan bahawa mereka menggunakan perkataan 'Allah' di negara negara Islam hanya untuk tujuan dakyah evangelis @ mubaligh mereka bagi tujuan menyebarkan kefahaman Kristian mereka di kalangan umat Islam!

Maka, kita sebagai umat Islam harus sedar akan segala putar belit Kaffirin bagi menyamaratakan konsep kepercayaan mereka dengan Ad Deenul Islam bagi mengaburi minda barangsiapa yang lemah pegangan atau akidah mereka untuk menerima bahawa Allah yang kita sembah adalah sama sahaja dengan 'tuhan' ciptaan mereka!

Sebab itu saya menulis panjang lebar disini bagi memahamkan sesama Islam yang sedang membaca artikel saya ini tentang perlunya kita berpegang teguh pada prinsip pertama Rukun Islam kita ini bahawa kita mengaku 'Tiada Tuhan selain dari Allah!'

Nabi Muhammad berjuang selama 13 tahun di Makkah semata mata untuk mengajak kaum Arab Quraysh yang sebangsa dengan nya untuk menerima bahawa hanya Allah semata mata yang wajib di sembah mereka dan bukannya segala patung patung berhala ciptaan mereka dan di letakkan sekeliling Kaabah dan syirik terhadap Allah!

13 tahun di habiskan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam berdakwah di kalangan bangsa Arab Quraysh untuk meninggalkan segala kekufuran mereka terhadap Allah!

Bukan 13 bulan, 13 minggu, 13 hari atau 13 jam!

13 tahun! Menderita segala macam penganiayaan kaum nya semata mata untuk membawa mereka keluar dari kegelapan akidah menyembah berhala serupa sahaja dengan berhala berhala buatan orang orang Hindu di Kolkata, India di dalam video di atas!
 
Katakan : Ia adalah ALLAH, yang Satu dan Esa!

Inilah yang di perjuangkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam bagi membawa umat manusia keluar dar kesesatan yang nyata, keliru pergi menyembah segala batu berhala, patung patung buatan sendiri, busut dan batu batu berbentuk pelik pelik yang tidak terjadi dengan sendirinya malah semua nya adalah ciptaan Allah!

Tidak bergerak suatu zarrah sekalipun melainkan dengan Izin Allahu Ta'ala!

Amat penting sekali bagi mana mana umat Islam berusaha untuk mengetahui dengan tepat akan siapakah Allah itu? Tidak cukup sekadar berkata' Aku percaya kepada Allah' tetapi bila di minta menjelaskan akan sifat sifat Allah, ianya tenggelam punca dan lidah nya kelu tidak terkata apa apa!

Mari kita belajar tentang Sifat Sifat Allah melalui video ini.



Allah ada 100 Sifat Rahmat. 1 daripada nya Allah perturunkan kepada sekelian makhluk ciptaan Nya. 

Dengan satu sifat Rahmat dari Allah itu kita berkasih sayang dan kasihan mengasihani sesama manusia, terhadap kehidupan2 lain serta sekelian alam.

Baki 99 sifat Rahmat Allah itu turut di kenali sebagai Asma'ul Husna. Nama nama indah Allah, Tuhan Semesta Alam.

Ketahui makna Asma'ul Husna tersebut melalui video ini.



Maha Suci Allah, Tuhan yang mencipta kita ini. Memberikan kita segala nikmat pancaindera kita. Tanpa satu daripada kurnia Allah ini maka pincang lah kualiti kehidupan kita. Cuba kita semak sebentar.


Pertama sekali, Allah Azza Wa Jalla memberikan kita daya penglihatan. Dengan mata kita ini, dapat kita melihat segala cetakan huruf huruf dan gambar gambar serta video video didalam artikel ini dan di sekeliling kita.

Bayangkan jika kita di takdirkan menjadi buta?

Sebelum ini saya sudah mula khuatir kerana penglihatan mata kanan saya semakin kabur di sebabkan kerosakan pada kanta mata saya. Ia nya berubah menjadi kabur dan keadaan itu di sebut sebagai 'katarak' kanta mata.

Syukur Alhamdulillah setelah sekian lama saya berulang ke Unit Oftalmologi, Hospital Kuala Lumpur mendapatkan rawatan dari pakar pakar mata di sana, pada 23hb November 2015, hari Isnin sudah, mata kanan saya telah di bedah oleh Dr.Rudi (sebelah saya dalam gambar di bawah ini) yang membuang kanta saya yang rosak katarak dan di gantikan dengan kanta buatan. 


Saya kini sedang didalam proses pemulihan dan beransur pulih dapat melihat semula. Saya masih perlu pergi mendapatkan kacamata baru bagi mempertajamkan mutu penglihatan saya dari optometris pula.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala kurniakan kepada kita akal fikiran dan kudrat untuk berusaha merubah nasib dan keadaan kita. Jika kita sakit, maka kita perlu lah pergi mencari rawatan dari pakar perubatan dan berikhtiar secara betul.

Bukan pergi jumpa Tok Nujum atau Bomoh kaki temberang! Menambah masa'alah kita nanti.

Belajar tentang Allah dan beribadat lah menyembah hanya Allah, Tuhan kita dan bukan tunduk kepada gejolak hawa nafsu kita. 

Ada banyak lagi yang perlu saya berkongsi tentang memahami bab mengenai Allah tetapi dah menjelang 2.32 pagi Juma'at ni. Saya perlu tidur. Insya Allah akan saya sambung lagi jika hidup lagi.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment