Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, January 14, 2016

DBKL LULUSKAN BAZARIA U-TOWN DEPAN KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA KL???

3 hari yang sudah, saya menerima satu salinan surat kelulusan DBKL (JABATAN PELESENAN DAN PENGURUSAN PENJAJA) untuk SEMENANJUNG CITRA HOLDING SDN BHD untuk menyewa 200 tapak bagi mengadakan BAZARIA LARUT MALAM untuk tempoh selama 10 TAHUN setiap hari (kecuali hari Isnin) berhadapan Kolej Universti Poly-Tech MARA di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur!

Klik ke atas imej untuk paparan lebh besar! 'Right click' untuk buka imej di tetingkap lain baru dapat skala besar! 




Daripada maklumat yang saya terima, pihak pentadbiran KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA sendiri tidak tahu akan perancangan tersebut sehingga lah baru baru ini staf KUPTM mendapati kerja kerja mengecat nombor2 lot tapak perniagaan di jalankan termasuk betul betul berhadapan pintu masuk utama KUPTM!!!

Selama saya hidup ni (dah 57 tahun 2 setengah bulan ni) baru pertama kali saya menyaksikan kedangkalan akal fikiran pihak berkuasa tempatan seperti pihak DBKL ini!

Apakah jenis manusia yang menjadi pegawai pegawai DBKL ini yang boleh meluluskan penyewaan tapak perniagaan seperti BAZARIA U-TOWN ini betul betul di hadapan dan bersebelahan sebuah institusi pendidikan tinggi seperti KUPTM???


Nak kata buta perut nanti ada yang terasa sampai ke sumsum tulang tetapi HAKIKAT BAHAWA SURAT KELULUSAN TELAH PUN DI KELUARKAN jelas membuktikan bahawa DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR amat lah TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan tidak sekali menimbangkan natijah kelulusan BAZARIA tersebut terhadap suasana persekitaran dan gangguan yang sudah pasti berlaku kepada para mahasiswa dan mahasiswi, tenaga pengajar, staf dan pentadbiran KOLEH UNIVERSITI POLY-TECH MARA dan UNIKL di TAMAN SHAMELIN PERKASA!!!



Saya telah menghubungi YB Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk memaklumkan beliau akan perkara ini dan bilamana di tanya samada beliau telah mendapat info tentang cadangan BAZARIA depan KUPTM ini, beliau berkata bahawa beliau sendiri tidak tahu akan kelulusan DBKL ini kepada syarikat tersebut!

Saya telah mengirim salinan surat kelulusan tersebut kepada beliau.

Pagi tadi, saya menelefon Tuan Ismail bin Junuh, Timbalan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Poly-Tech MARA untuk bertanya samada beliau tahu akan cadangan BAZARIA U-TOWN yang akan di adakan mulai esok berhadapan KUPTM?

Beliau menjawab beliau sendiri tidak tahu akan perkara tersebut dan tidak ada sebarang pemakluman dari pihak DBKL kepada pihak pentadbiran KUPTM tentang cadangan BAZARIA tersebut!


Makanya timbul persoalan akan mana pergi nya dasar pertanggungjawaban Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terhadap keharmonian dan keselesaan para mahasiswa dan mahasiswi serta kakitangan sebuah kolej universiti yang baru hendak bernafas sebagai sebuah kolej universiti yang semakin maju dan mendapat sambutan dari golongan pelajar serta ibubapa yang mahukan anak2 mereka berjaya didalam hidup dan dapat belajar dengan tenang di KUPTM, salah sebuah institusi penddikan tinggi, anak syarikat MARA yang banyak melahirkan graduan2 berkualiti untuk pembangunan negara?



Tak semena mena DBKL datang 'BERAJA DI MATA ; BERSYAITAN DI HATI' nak merosakkan alam persekitaran KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA KL dengan kerakusan mereka untuk mengutip sewaan dari tapak tapak perniagaan 'BAZARIA LARUT MALAM' konon nya tetapi sudah pasti menimbulkan pelbagai masaalah kepada para mahasiswa, mahasiswi, tenaga pengajar dan pentabiran dua institusi MARA iaitu KUPTM dan UNIKL kampus Taman Shamelin Perkasa!

Para peniaga BAZARIA tersebut sudah pasti akan mula datang menyesakkan Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa seawal jam 5 ke 6 petang dan mula mendirikan khemah2 perniagaan mereka di lot lot tapak perniagaan peruntukan DBKL tersebut!

Surat kelulusan DBKL yang saya lampirkan di atas menyebut 200 tapak tetapi flyer pihak penganjur SEMENANJUNG CITRA HOLDINGS SDN BHD menyatakan 500 tapak kedai disediakan!!!


Tak masuk akal DBKL luluskan BAZARIA depan kolej universiti





Walau satu tapak sekalipun di hadapan pintu masuk/keluar dan persekitaran kawasan kolej universiti sudah pasti mengganggu keadaan di situ apatah lagi seperti cadangan pihak pihak yang berkenaan untuk menghuruharakan kawasan pembelajaran KUPTM dan UNIKL tersebut???
  • Kesesakan jalanraya di Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa
  • Gangguan bising kepada para mahasiswa/mahasiswi, tenaga pengajar (apakah KUPTM tidak akan ada sebarang aktiviti selepas waktu kerja? Kelas kelas Pendidikan Berterusan dan Pendidikan Jarak Jauh berlangsung sebelah malam)
  • Pencemaran alam sekitar KUPTM - sampah sarap, sisa sisa buangan
  • Orang ramai sudah pasti akan menceroboh kawasan kawasan KUPTM
dan bermacam macam lagi termasuk masaalah sosial!

Saya percaya jika BAZARIA ini di teruskan juga, maka seluruh mahasiswa dan mahasiswi serta tenaga pengajar KUPTM akan menderita dan tidak berdiam diri dengan cadangan tak masuk akal ini!

JANGAN LAH MEROSAKKAN MASA DEPAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI MARA SECARA INI!
Post a Comment