Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, January 16, 2016

KUPTM KL - CERAMAH PERDANA DATUK USTAZ MOHD KAZIM ELIAS 20/1/2016


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan Syukur ke hadhrat Ilahi memungkinkan KUPTM KL untuk menjemput Muslimin dan Muslimat yang di hormati sekelian menghadirkan diri ke Majlis Ilmu CERAMAH PERDANA yang akan di sampaikan oleh penceramah popular Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang di jadualkan berlangsung pada jam 8.00 malam, Hari Rabu, 20hb Januari 2016 di KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100, Kuala Lumpur.

Bagi anda yang menggunakan kemudahan pengangkutan STAR LRT, boleh turun di stesen Pandan Jaya dan menyeberang jalan ke KUPTM KL. Peta lokasi di paparkan di bawah:




Tajuk ceramah adalah 'KEBANGKITAN TAMADUN DAN KEPIMPINAN ISLAM DALAM ALAM MELAYU ; FANTASI ATAU REALITI?



Pihak Pengurusan Tertinggi KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA mengalu-alukan Tuan/Puan untuk datang beramai-ramai bagi menjayakan majlis ilmu ini.

Umat Islam terutamanya kita yang tinggal di ibu negara ini perlu meningkatkan lagi kefahaman Ad Deenul Islam masing masing dan di samping itu turut sedar akan tanggungjawab untuk meneruskan usaha memartabatkan ketamadunan Melayu serta kepimpinan Islam terutamanya di tanahair tercinta ini.

Bagi anda yang mahukan maklumat lanjut tentang majlis ilmu ini sila lah Tuan/Puan menghubungi Dr. Mohd Faizal bin Mohd. Arif, Fakulti Kognitif dan Pembangunan Manusia, KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA KL.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati usaha kita bagi merealisasikan matlamat kita untuk melahirkan ummah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam yang berilmu dan berjaya bagi menangani segala cabaran cabaran di Akhir Zaman ini. Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment